Monday, August 22

Ahad Yang Penat

Semalam menghabiskan hari Ahad dengan shopping raya. Eheh. Asalnya nak gi hari Sabtu. Tapi masa tu dah dekat tengah hari dah. Sampai je dekat-dekat dengan Kompleks PKNS gil12a jemmm!!! Terus kensel. Maka plan shopping dibawak ke hari Ahad semalam.


Budak-budak kena tinggal kat rumah Atuk dia sebab aku tak larat nak handle budak-budak aktif kat tempat sesak macam kat Kompleks tu. Mau pengsan aku nanti haha.


Dek kerana nak elakkan jem dan nak senang dapat parking maka aku dan En Abah sampai ke Kompleks pukul 9 pagi. Muahaha. Eh tapi tu pun parking kat luar tu dah nak penuh tau. Gila tak gila la kan. 


Start pukul 10 lebih macam tu umat manusia dah ramai. Sesak ya amat nak berjalan pun susah. Dari pagi sampai ke petang kitorang dapat le cari baju anak-anak dengan baju En Abah. Tu pun lepas Zohor siap duduk berehat kat kerusi depan Pusat Zakat. Sempat le En Abah terlelap setengah jam. Haha. Kalau orang yang lalu lalang tu tengok mesti diorang ingat En Abah kena paksa dengan bini shopping raya. Hihi.


Baju aku? Gila susah nak cari jubah saiz mak yong 7 bulan yang sedia comel ni. Kebanyakan jubah moden sampai saiz 50 and saiz tu menyebabkan perut aku tersangkut kalau lepas makan ketupat mesti terkoyak baju tu nanti. Ahaha. Kalau jubah ni saiz 52 baru le rasa selesa. Baju pregnant lak saiz 48. Tapi aku nengok baju pregnant kat Pe.ace dengan Opt.imo semuanya tidak membangkitkan mood raya. Aiseh.


Kalau kat Opt.imo lagi la. Ada free size, saiz 46 & saiz 54. Aiyark. Free saiz sah sah le aku tak muat. Saiz 46 tersangkut di dada gitu. Saiz 54 ayomak gedobos sungguh aku pakai. Huwaa. Ngape la takde saiz 48? Memang takde rezeki sungguh nak cari baju raya kat Shah Alam.


Abaya pulak takde yang bunganya kaler hijau. Macam-macam kaler ada. biru purple pink brown tapi hijau lak takde. Aiseh. Oh ye tahun ni kaler tema untuk raya pertama kitorang anak-beranak ialah kaler hijau.So anak-anak dengan En Abah dah settle dah kaler hijau. Cuma aku je la yang tak ketemu lagi baju kaler tu. Hmmph. Aku rasa last resort nanti aku beli je la abaya biasa pastu pakai dengan tudung hijau. Aci tak? Ahaha.


Pukul 6 kitorang sampai Cheras. Tak sabar aku nak suruh budak-budak test baju. Sekali Imran punya baju besar daaa... Besar gila padahal kitorang bawak baju contoh. Huhu. Sudahnya sebab takut baju dia takde stok kitorang pergi la Shah Alam balik pukul 6.30 tu. Bawak Imran sekali. Woh penat gile ok.


Alhamdulillah ada rezeki Imran. Baju asal saiz 6 tapi saiz untuk Imran saiz 4 je. Aku ingatkan saiz tu ikut umur rupanya tak. Hoho. My mistake. Ye lah dah terbiasa belikan Imran baju umur 7-8 tahun. Sampai terbawak-bawak pulak masa beli baju melayu dia.


Sampai rumah pukul 10 malam. Pergh. 14 jam berjalan cari baju raya. Ni baru baju untuk 1st day raya. Baju jalan budak-budak dengan En Abah aku tak cari lagi. Baju aku? Dek kerana frust semalam aku malas dah nak pikir pakai baju apa masa berjalan rumah orang nanti. Tengok le nanti kalau ada rezeki aku nak dapat baju baru, ada la.


3 comments:

lia said...

adeiii aku yg rasa penat utk ko... da la ko bawak perut, tabah tol...

Nieza Ishak said...

sekejap jerk Zety, ko dah 7bulan bulan ..

aku pun kalo mengandung, balik nung bagan serai carik jubah kat sana .. baru la ada saiz & murah ...

Unknown said...

lia,
penat weh. balik rumah, mandi terus tido. hahahaha.

nieza,
boleh kirim ka? :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!