... aku obese kencing manis. Huhu. Padan muka kerana tak jaga makan. Bacaan adalah tinggi. 8.7. Jadi test seterusnya ialah BSP test. Jangan tanya aku apa maksud BSP tu hehehe.
Tapi secara umumnya aku kena gi klinik untuk dapatkan bacaan gula sepanjang hari, and aku kena rekodkan apa yang aku makan. Bermula pukul 8 pagi, 12 tengahari, 6 petang dengan 9 malam. Kalau ok, Alhamdulillah. Kalau tak ok, kata doktor aku kena amik insulin and takut ada problem masa nak deliver nanti.
Haiyoyo. Cuak seh.
Maka raya nanti haruslah aku menjaga makan. No ketupat and nasi impit (kena kurangkan nasi), no lontong, no air manis, kuih raya pun kena jaga. Aku kena buat BSP test ni before 9 September. Tapi kena buat sebelum raya sebab kalau buat time puasa tak accurate pulak bacaannya nanti.
Jadi Zety, silalah jaga pemakanan anda!
Oh as for berat badan aku hari tu naik 3 kg. Tapi kali ni turun 3.5kg. Sungguh terkejut sebab aku expect berat aku naik banyak. But Alhamdulillah berat baby adalah ok. 1.5kg kalau tak silap.
Baby sungguh aktif dan EDD masih tak lari dari yang asal ie 1/11/2011.
2 comments:
Aiyoooo bahaya gak kekdahnyer gini...
Kawal mkn, ilang nikmat sat ja, bb da lahir ko balun balik... Errrr bernas ke komen aku ni?
Memang bernas! Hehehehe
Post a Comment