Friday, October 7

Cuak

Ada sesiapa baca paper pagi ni? Pasal kes student UiTM Machang meninggal dunia sebab accident tu? Tak sure la keluar berita ke tak malam tadi sebab malam tadi (dan malam-malam sebelumnya) tak tengok berita pun. Eheh.


Salah seorang yang meninggal tu adalah adik ipar kepada salah seorang staf kat ofis ni.Pagi ni most of the staff pi ziarah keluarga budak tu. Teringin nak pi ziarah tapi tak berapa nak berani. Almaklum pregnant kali ni jiwa raga ku sensitif ya amat. Karang orang lain ok kita ni pulak menangis teresak-esak. Not good. Maka dikirimkan saja salam takziah pada keluarga dia.
Malam tadi pi check-up. BP ok. Berat naik 1.5kg. Hoho, Baby ok. Sudah 2.88kg. So kemungkinan baby lebih 3kg adalah sangat tinggi. Masa doktor scan siap bibir dia gerak-gerak macam menyonyot. Hehe. Tak sabar mau breastfeed kah? :)


Doktor kata ada sorang patient tu yang EDD nya sama dengan aku dah selamat bersalin dah. Whoa. And doktor kata lagi aku ni memang menunggu hari je la. Anytime boleh. Lagi satu dua hari pun mungkin. Pendek kata, bila-bila masa ajelah. And kalau lahir sekarang pun Insyaallah baby will be fine sebab berat dia dah cukup ok.


Oh em gee... seriously tak ready apa-apa lagi ni. Jangan kata barang-barang lain. Beg untuk ke hospital pun tak ready lagi. Huhu. Cuak cuak. Sabar dulu ye baby. Tunggu mama prepare semua barang kasi cun punya barulah keluar ok. :)





Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!