Monday, January 30

Sayu

Pagi ni hantar anak-anak pi sekolah. Biasanya En Abah yang hantar. Tukar turn la pulak kan. Hehe.


Tadika Imran dengan taska Irma ni dalam satu bangunan yang sama cuma dipisahkan dengan pintu/divider aje. Hantar Imran nampak dia ok je. Lepas letak beg dia terus pi dapur. Tengok dia ok so teruslah nak hantar Irma. Masa keluar dari tadika dia, terdengar cikgu dia tanya, "Imran nak pergi mana?"


Pintu belakang dapur tu bertemu dengan pintu taska Irma. Masa hantar Irma ternampak la Imran tengah turun tangga. Oh ye sekolah budak-budak ni kat tingkat atas.


Lepas hantar Irma, jenguk Imran kat kelas dia. Cikgu dia kata Imran gi toilet kat bawah. So aku menjenguk le dia kat tangga. Nampak dia tengah naik tangga. Bila nampak aku dia patah balik nak turun. Aik? Pehal pulak budak ni? Aku perasan mata dia merah pastu muka macam nak nangis. Hoh? Anak aku menangis sorang-sorang kat toilet ke? Siannyaaa!!!


Aku panggil dia naik tangga. Tanya dia nak pi kencing ke? Dia geleng kepala je. Pastu dia turun tangga balik. Aku turun tangga ikut pintu depan pastu pusing bangunan tuju ke toilet. Ternampak Imran tengah struggle pakai seluar. Sorang-sorang. Huhu sayu hati aku. 


Dia ternampak aku pastu dia menyorok sambil pakai seluar. Aku rasa dia takmo aku nampak dia nangis. Aku pi kat dia, pakaikan seluar, lap-lap sikit muka dia. Pastu try ajak borak benda yang boleh buat dia tukar mood. Tak jalan. Muka still sedih. Aku suruh dia naik atas pi masuk kelas. Dia naik. Aku panggil nak babai tapi dia buat dek je. Aku tunggu dia sampai atas. Bila dia sampai atas, dia toleh. Agaknya dia nak tengok aku dah blah ke belum. Argh! Sedih weh. Tak tau nak cakap macamana.


Now aku terpikir. Patut la kalau kat rumah tu budak-budak ni kadang-kadang sampai angin mengada-ngada tahap dewa diorang. Rupanya diorang ni terpaksa berdikari kat sekolah. Anak aku tu mana la nak pakai seluar sendiri. Sampai aku kadang-kadang tu naik angin sebab diorang ni sanggup terbogel dari suruh pakai seluar sendiri. Rupanya nak bermanja kat rumah. Oh sungguh menginsafkan hari ini.
Pastu aku terpikir kenapa dia takmo aku nampak dia menangis. Maybe dia tak nak nampak lemah/cengeng depan aku. Dia tak nak buat aku sedih atau frust bila dia nangis kat sekolah. Sebabnya aku selalu pesan, pi sekolah takmo nangis-nangis. Kena happy-happy. Tapi biasanya aku pesan kat Irma sebab selalu buat drama tiap-tiap pagi.


Huhu. Sungguh. Aku rasa sayu pagi ni.



Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!