Wednesday, August 15

Selamat Hari Raya!

Assalamualaikum... 

Waduh waduh. 

Lamanya tak buka blog sendiri mahupun baca blog orang lain.

Entah bila agaknya mood memblogging nak datang balik. Punyalah lama tinggalkan dunia blog, tau-tau dah nak raya dah. Hehe. Sepanjang puasa takde sikit pun kongsi cerita kat sini.

Bukan tak mau cerita, tapi rasa macam tak tau nak cerita apa. Boleh? Padahal banyak je benda terjadi sepanjang tempoh ni. Sibuk pun ye jugak.

So, untuk cover semua cerita, kita buat list aje lah :P

  1. Raisha dah 9 bulan lebih. Masih belum merangkak. Mengengsot sana sini. Masih jadi Mama's Koala Bear. Pantang diletak, abis dikejarnya kita. Sudah tumbuh satu batang gigi :)
     
  2.  Imran dengan Irma masih begitu. Tiap hari main sama-sama, gelak sakan, lepas tu mula la dengar salah sorang menangis. Huhu.

  3. Persiapan raya? Banyakkkk lagi yang belum. Sampin En Abah dengan Imran, songkok dengan kerongsang untuk baju melayu Johor diorang, kasut diorang. As for me, aku rasa aku perlukan lagi sepasang baju kurung. Alah, ada sepasang je pun sebelum ni. Tu pun rasanya dah longgar bangat dah. Dah rupa baju pinjam pun ye. Gedobos semacam je. Secara kasarnya, perlu dikecikkan sebanyak 2 inci gitu la. Sempat ke nak alter? Atau harus ke beli baju replacement? :P

  4. Persiapan raya versi rumah pulak. Adoyai. Tang ni aku lemah betul rasa. Rumah belum habis kemas lagik. Mamfus. Tahun ni macam tak dan je nak buat rendang ketupat semua tu. Kuih raya pun tak de. Sebelum ni ada jugak beli (ehem.. kuih tunjuk je. harap maklum :P) 2-3 jenis tapi dah selamat masuk dalam perut.

  5. Kisah tuan tanah? Sudah hilang 10kg (yay!). Sebab tu le baju raya aku gedobos. Tapi, walaupun hilang 10kg, masih ada banyakkkk lagi kg-kg yang perlu dihilangkan. Tapi aku rasa macam tak sempat nak tunggu raya ni hahaha. Temptation terhadap masakan raya macam ketupat rendang dan kuih raya sah-sah la sangat kuat untuk aku. Pastu masa raya sok masa gi ziarah sana-sini memang aku kena bawak bekalan air kosong yang mencukupi lah nampaknya. Oh air manis silalah pergi jauh-jauh! Huhu.

Cukuplah 5 benda. Cerita banyak-banyak karang bosan pulak kan.

So, sementara aku masih ada mood membebel kat blog bersawang ni, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Mohon ampun dan maaf kiranya ada tersalah kata selama ni. Yang pulang ke kampung sila bawa kereta dengan berhati-hati dan berhemah. Speed trap banyak woo sekarang ni :P Kepada customer saya (ceh dan-dan tukar jadi saya), marilah kita sama-sama beringat-ingat di hari raya ini dengan menjaga makan dan minum kita serta jangan lupa minum susu anda 8 scoop sehari :)

Selamat berhari raya!





 

2 comments:

lia said...

apa tips ko kurang 10kg? share dgn aku plz....

Unknown said...

takde tips mende lia. aku amik sd2 :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!