Tuesday, September 4

Eid Celebration 2012

Assalamualaikum


Selamat Hari Raya! Eh boleh ucap selamat hari raya lagi kan? Hihi.


Adeh. Punyalah dah lama tak berblog sampaikan nak nyusun ayat pun dah tak berapa reti. Layan gambar ajelah ek.


Anak dara ni tidur lepas mandi. Badan dah sedap & wangi, dapat pulak nenen, memang syok ajela dia tido.


Family potrait
Family potraitlah sangatttt.... Kemain muka seposen je anak dara sorang tu lepas tu takmo duduk sesama atas sofa. Kes merajuk sebab tak dapat ambik gambar dengan family Mak Ngah nya.


Perasan tak mata En Abah semacam je? Ekekeke. Tah tetiba lepas mandi mata kanan dia bengkak pastu merah-merah. Tak pepasal mata dia sama saiz dengan mata aku. Kehkehkeh.


Ni lah family belah En Abah. Ni pun tak lengkap sebab sorang SIL kat obersi, pastu husband SIL no 1 pun takde sebab kerja.


Susah nau nak amik gambar anak teruna ni. Asyik berlari sana sini masa kat kampung En Abah. Habis bergegar rumah kampung arwah atuk En Abah. Hohoho.


Ehem. Bergambar di sebalik tiang dapat memberikan ilusi selim ye kawan-kawan. Muahahaha. Lepas tu sila lengkapkan dengan pakej 'handbag' anda untuk cover sikit perut yang penuh dengan ketupat rendang itu :P Ini budak sememangnya koala bear mama sebab asyik nak melekat manjang...


Kalau ditinggalkan dengan kadar yang agak lama maka inilah hasilnya. Nangis sakan siap gosok-gosok mata. Kemain.


Ni raya kedua. Ikut family aku ke rumah mak sedara kat Muar. Orang takde kampung lah katakan. Tak pasal-pasal rumah mak sedara aku inilah jadi 'kampung' kitorang musim raya ni.


Yang pegang Raisha tu adik bongsu aku.  Baru kahwin awal tahun hari tu. Alhamdulillah dah ada isi. Inshaallah merasa la dapat anak buah pertama bulan Februari nanti. 


Adik aku ni memang rasi dengan budak-budak. Kalau tengok dia senanggg aje suruh bebudak tu buat itu ini. Nak potong kuku ke, sikat rambut ke. Cuba kalau aku yang suruh? Kadang sampai bertukar jadi tarzan dibuatnya haha.


Ni hasil kreativiti cucu-cucu mak sedara aku lah kot. Sangkar burung jadi 'burung sangkar' hehehe. 


Orang lain sibuk main bunga api kat luar, anak teruna sorang ni sibuk main game kat iPhone orang. iPhone orang ye, bukan iPhone aku. Maklumlah maknya takde iPhone. Maka numpang kasih iPhone orang lah kejap.


Yang sorang ni tidur kepenatan. Tapi posing baekkk punya. Haha.


Haih baru aku perasan sikit bebeno gambar raya aku tahun ni. Pastu takde pulak bergambar dengan family aku. Huhu. Pastu yang paling tensi, gambar orang lain yang aku tangkap boleh tahan jugak le hasilnya. Tang gambar aku jadi blurlah apa lah. Sabo je la Zety.

Last but not least...

Tada!!!
Dagu dah mula nampak! Muahahaha! Kalu dak tu memang bolat ajelah kekdahnya kan hahaha! *Perasan*


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!