Hari ni birthday Raisha!
Oh my. Cepatnya masa berlalu. Dan jarangnya aku update blog, semenjak pregnant kan si Raisha ni lah mood memblogging dah ke laut. Dan rugi pulak rasa sebab tak banyak update pasal Raisha yang aku tulis dalam blog ni. Tak macam masa abang dengan kakak dia dulu.
Teringat masa nak bersalinkan Raisha. Budak tecit ni la yang pecah rekod sebab keluar ikut tingkap. Hehe.
Dua tiga hari sebelum EDD, aku dah ke hospital untuk check-up. Sekali tu bp aku tinggi. Berapa tah tak ingat pulak haha. Pastu gula pun boleh tahan. Sudahnya aku kena tahan kat hospital sebab doktor nak monitor bp aku.
Beberapa hari sebelum tu pulak, En Abah ni mukanya terpercik minyak petrol. Huhu. Pastu muka dia rasa panas, pastu tekak loya-loya macam nak muntah. Panik aku ok. Aku call MIL, dah terus kecoh kat belah sana. Masa tu MIL ada kat rumah sedara En Abah. Ha terus kecoh satu family. Siap ada pulak yang kata En Abah nak bunuh diri. Hahahaha. Pehal pulak dia nak bunuh diri. Gilo ko apo.
Aku bawak En Abah ke hospital. Kat Salam kot tak silap aku. Sekali diorang kata takleh amik kes macam ni. Kena bawak ke PPUM. Ah sudah. Dah la masa tu dah malam gila. Aku pulak termengah-mengah kebuyungan plus kerabunan nak bawak keta memalam cenggini. PPUM pulak tu. Tak familiar aku area sana.
Sudahnya sepupu En Abah jemput dia kat depan Salam tu. Aku pulak terus drive balik rumah, tunggu berita dia.
Alhamdulillah tak apa-apa.
Balik kepada cerita aku masuk hospital. Macam time Irma dulu, aku dah cakap kat doktor awal-awal yang aku takmo amik apa-apa drugs. Natural birth la konon. Doktor ye kan aje la. 1 Nov tu bp aku dah ok. Aku rasa bp aku naik mencanak sebab penat plus peristiwa panik En Abah tu kot hehehe.
Pagi 1 Nov tu aku dah siap-siap masuk labour room. Hari tu ramai jugak le yang bersalin. Tapi caesar semuanya. OT sentiasa ada orang. Kesnya sebab diorang nak pilih tarikh 01/11/11. Hehe.
Tengah hari, masih takde tanda kepala baby ke bawah. Contraction dah mula rasa sikit-sikit. Lepas pukul 2, contraction dah mula kuat tapi kepala baby still kat atas. Time bidan seluk-seluk tu aku rasa ngilu sangat, tak macam masa abang dengan kakak dulu.
Petang, masa tu dah bukak 8cm dah. Contraction punyalah kuat. Sekejap-sekejap rasa sakit. Air mata dah dok mengalir dah ni. Tapi still kepala baby kat atas kata doktor. Adoyai. Kata doktor kepala baby senget sikit so dia macam tersekat takleh nak betul-betul turun.
At last, doktor bagi kata putus. Kena buat c-sec. Aku dah cuak-cuak dah. Maklumlah tak pernah kena operate kan. Doktor kata, kalau nak normal gak, kena tunggu bukak 13cm. Mampukah weh? Sudahnya dengan pasrah aku kata kat doktor, buatlah apa yang terbaik untuk baby. Huhu.
So aku pun ke OT. Terasa-rasa pisau masa dia potong perut tu. Tak sakit tapi terasa lah perut tu dibelah. Erk. Masa dah terbukak tu doktor boleh kata, hah memang kepala dia (baby) senget ni. Aku diam ajelah. Tak lama lepas tu dengarlah suara baby. Syukur Alhamdulillah. Mengalir air mata aku masa tu. Happy, syukur, lega semuanya bercampur baur.
After a year, inilah budaknya:
Budak manja ni. Sangat manja kalau dibandingkan dengan abang dengan kakak. Hehe.
Sekarang umur setahun ni, masih fully breastfeed. Berat dia sekitar 6.8-6.9kg je. Cenonet macam kakak dia jugak agaknya. Risau jugak tengok berat dia tapi selera makan boleh tahan. Dia tak kuat membebel macam abang dia dulu. Tapi sila jangan kacau dia / ambik barang dia. Sure kena "ahhh!" dengan dia. Hehe.
Dia dah boleh memanjat, bercakap bahasa jerman, merajuk, jealous dengan abang & kakak dia kalau diorang ngendeng kat aku. Masih belum berjalan tapi dah start mengukur segala kerusi meja yang ada. The only words yang dia selalu sebut ialah "nak", "am", dan "em". Nak dengan am tu kalau nak makan. Em tu kalau nak nenen. Hehe. Gigi sudah empat batang dan dah berjaya buat aku menjerit beberapa kali time nenen. Sakit nak oii!!!
Raisha Saffiya, selamat hari lahir sayang. Mama doakan yang baik-baik untuk anak mama ni. Saaaaaaayaanggggg Raisha!
1 comment:
comeinyer die.. geram tgk :)
Post a Comment