Assalamualaikum...
Huwaa... lama gila tak menjenguk blog!
Kot ada yang tertanya-tanya ZZ ni wujud lagi ke tak, ya, saya masih wujud :)
Entah kenapa malas bebeno nak update blog. Busy pun ye jugak. Bukannya takde cerita nak ditulis dalam blog, tapi tah la ek.
Well, latest story, hari tu ada sorang budak cucuk telinga Irma dengan pensel kaler. Kisahnya hari tu lepas En Abah ambik dia balik tadika, dia mengadu sakit telinga. Punyalah sakit agaknya sampai menangis sakan. Tak tahan menengoknya, teruslah bawak ke klinik.
Doktor kata gegendang telinga Irma koyak sikit. Macam ada lubang besar jarum. Pastu ada darah terpercik kat tepi-tepi gegendang tu. Aduihhh ngeri weh masa dengar.
Kitorang terus la buat soal siasat kat Irma. Tanya punya tanya, sekali dia jawab ada kawan dia cucuk telinga dia dengan kaler.
Terduduk mendengarnya.
En Abah pulak pantang betul benda-benda macam ni jadi. Terus suruh pack barang, balik Cheras. Takmo dah dia hantar pi tadika tu lagi. Siap En Abah tambah cerita, masa dia jemput Irma kat tadika, Irma takde kat dalam tadika tu. FYI, tadika dia ni atas surau.
Bila terserempak dengan cikgunya, cikgu dia pulak boleh cakap, "Irma mana? Ni mesti hilang ni."
Intonasi dia tu macam seolah-olah salahkan kita pulak sebab anak hilang dari tadika. Bukan sepatutnya tanggungjawab cikgu-cikgu kat situ ke untuk perhati budak-budak kat sana?
En Abah terus turun bawah cari Irma. En Abah terserempak dengan Irma jalan sorang-sorang sambil tunduk bawah. Tengah tahan sakit telinga dia la kut agaknya masa tu. Tapi, sorang-sorang okeh! Kalau tetiba ada orang culik dia, atau terjatuh tergolek kat tangga ke, apa cikgu-cikgu tu nak jawab agaknya ye? Salahkan parents jugak ke? Hish geram sungguh la.
Ok balik kepada cerita Irma kena cucuk telinganya tu. Esoknya nak bawak Irma jumpa pakar ENT. ENT pulak bukak dari pukul 2.30 sampai 4 petang je. So nak tak nak memang kena amik half day lah.
Bila diperiksa, rupanya gegendang dia bengkak saja. Tapi besar jugaklah bengkak tu. Syukur Alhamdulillah tak koyak. So dapat antibiotik dan ubat tahan sakit aje.
Pagi sebelumnya tu En Abah call sekolah bagitau pengetua dia yang Irma dengan Imran tak datang. Pastu cerita la pasal telinga dia tu. At first pengetua dia minta maaf la bagai. So ok la. Sejuk sikit hati kan. 5 minit lepas En Abah letak telefon, pengetua tu SMS bagitau, Cikgu Y (cikgu yg ajar Irma) kata Irma suka korek telinga dia dengan kaler.
Hmm sepanjang pemerhatian aku, tak pernah nampak dia korek telinga dengan kaler. Dengan cotton bud adalah. Takpun dengan jari. Tak tau la kot kat sekolah dia suka guna kaler pulak. Tapi, munasabah ke dia nak korek telinga dia sampai luka? Kalau kita korek sendiri telinga, mesti kita tau limitnya kan? I mean, takat mana rasa 'syok' (hahaha) korek telinga tu boleh bertukar jadi sakit. Kan? Ke aku yang silap?
Plus, benda utama yang kitorang concernkan sangat ialah tentang betapa kurang pekanya cikgu-cikgu tu perhatikan budak-budak. Budak-budak secara bebasnya boleh naik turun tadika. Pi toilet sorang-sorang. Toilet kat bawah ok. Dah nama area surau kan, kita paham la gate surau memang sentiasa terbukak dan mudah diakses oleh public. So sepatutnya sekolah kena la sentiasa tutup grill diorang kat tingkat atas tu kan? Kalau budak nak pi kencing cikgunya teman. Barulah rasa selamat sikit. Ni kalau yang teman pun, kawan-kawan dia jugak. Kalau apa-apa terjadi, boleh ke budak umur 5 tahun nak selamatkan kawan dia? Sila pikir.
Hoi penat bebel hoi. Dah lama tak menulis tetiba bebel pulak kan. Hehe. Ampun ya.
2 comments:
welcome back!
semoga xde apa yg serius utk anak daramu.
slmt kembali..biasala kn, mood berbelog pn ada pasang surut jugak..heheh
Post a Comment