Wednesday, January 15

Resepi Nasi Ayam Fav Zety Zin

AMARAN: Akan berlaku side effect seperti suami makan tak pandang belakang, anak asyik minta tambah nasi, nasi atau ayam tidak cukup. *Ini semua poyo!* :P

Assalamualaikum

Dah lama rasanya tak share resepi kat blog kesayangan ni.

So hari ni sesaja nak letak Resepi Nasi Ayam idaman En Abah. Wah kemain nama kan.


Nasi Ayam ni memang favourite En Abah. Sampaikan dia suruh saya buka gerai jual nasi ayam. Amboih.

Sekadar gambar hiasan. Credit to tuanpunya gambar

Ok jom tengok resepi dia. Sukatan main agak-agak aje ye. Harap maklum.

Bahan-bahan

Stok Ayam
Ayam seekor
Bunga lawang 2-3 kuntum
Kulit kayu manis 1-2 batang
Bunga cengkih 2-3 kuntum
Buah pelaga 2-3 biji
Bawang putih diketuk 3-4 ulas
Halia seinci diketuk

Nasi Ayam
Beras 4 cawan dibersihkan dan ditos
Stok Ayam 6 cawan
Bawang putih + bawang merah + halia dikisar
Buttercup 1 sudu besar
Minyak masak untuk menumis
Garam secukup rasa

Bahan Perapan Ayam
Sos tiram
Kicap manis + masin
Minyak bijan

Sos Cili
Cili merah hidup 7 tangkai
Bawang putih 2-3 ulas
Cuka
Gula dan garam secukupnya
Stok ayam

Kuah kicap
Stok ayam
Kicap masin + manis
Sos tiram

Sup
Bawang putih + bawang merah + halia dikisar
Stok ayam
Minyak untuk menumis
Daun sup
Garam secukup rasa

Salad
Tomato
Timun


Pergh macam banyak je kan bahannya. Tapi sebenarnya simple je.

Yang penting sekali ialah sediakan stok ayam dulu. Sebab stok ayam ni part of bahan dalam semua set Nasi Ayam ni.

Cara-cara

1. Buat stok ayam dulu
- Ayam dipotong ikut suka dan dibersihkan. Masuk dalam periuk. Masukkan air sehingga sekurang-sekurangnya tenggelamkan ayam.
- Masukkan bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis, bawang putih dan halia dalam periuk.
- Didihkan atas api.

2. Perap ayam
- Bila stok dah ready, keluarkan ayam yang dibuat stok tadi tu. Tinggalkan sikit je buat isi sup.
- Perap ayam dengan bahan perap.
- Lagi lama perap lagi sodap.

3. Masak nasi ayam
- Panaskan periuk / rice cooker (bhgn dalam rice cooker la jangan bhgn luar pulak :D) atas api. Masukkan minyak masak dan butter. Api kecik takmo butter cepat hangus.
- Masukkan bahan kisar dan garam. Biar kuning sikit.
- Masukkan beras. Kacau-kacau sikit.
- Kemudian masukkan stok ayam. 
- Boleh pindahkan periuk rice cooker tu masuk ke tempat rice cooker tu semula.
- Masak nasi macam biasa,

4. Buat sos cili
- Masukkan cili, bawang putih, cuka, gula dan garam, stok ayam dalam blender.
- Blend. Zasss siap :)

5. Kuah kicap
- Campurkan kicap, sos tiram dan stok ayam dalam mangkuk.
- Sebatikan. Siap.

6. Sup
- Panaskan minyak. Tumis bahan kisar dan garam secukup rasa.
- Masukkan stok ayam secukupnya. Tunggu menggelegak.
- Daun sup dihiris halus dan tabur atas sup.

7. Goreng ayam
- Panaskan minyak dalam kuali
- Goreng ayam - tak perlu lama sangat sebab dah rebus masa buat stok tadi kan. Just goreng sampai kulit garing-garing. Nyuumms.
- INI PENTING - Lepas goreng, angkat ayam, lumurkan minyak bijan atas ayam tu. Hoyeh!

Ok. Dah boleh susun semua bahan. Salad jangan lupa ye.

Simple je kan?

Tapi sodap!

Nota: Ada orang suka letak serbuk kunyit sikit dalam nasi. Boleh la tambah kalau suka. Saya suka au naturel gitu :D

So selamat mencuba ye kawan-kawan. Resepi Nasi Ayam ni pun saya dapat hasil google di internet. Tapi godek-godek sikit ikut tekak.

Credit to the owner of this pic

Agaknya En Abah nak suruh saya meniaga cenggini la kot. Koser ai tau En Abah hehehe.

Lepas makan nanti jangan lupa ambil Lecithin dan Omega Guard. Kontrol lemak gitu :)




Shaklee Independent Distributor
ID 1001018
SMS/WhatsApp 0192929796


Klik sini untuk dapatkan info dan berita tentang produk Shaklee



Ingin tahu harga produk Shaklee? Sila klik sini



Daftarlah sebagai ahli Shaklee hari ini dan nikmati pelbagai kelebihannya!


Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau mencegah sebarang jenis penyakit.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!