Thursday, May 7

Ripple Effect

Assalamualaikum!

Sekadar berkongsi.

Pernah terbaca satu poster yang dilekatkan kat dinding bilik seorang lecturer masa zaman degree dulu, bunyinya lebih kurang gini,

"Apa sahaja yang kita cakap atau lakukan, ianya akan memberi kesan kepada 163 orang yang lain."

Gitu lah lebih kurang bila dah translate ke BM. My English is karatz oredi  (^‿◠)✌

Maknanya, setiap apa yang kita buat, memang akan beri 'ripple effect' atau kesan riak takabbur air pada orang lain.






So, dalam kehidupan seharian kita ni, apa saja yang kita buat, kenalah dengan cara yang baik dan berhemah, UNLESS kalau kita ni dah dipijak-pijak. Itu pun sebenarnya ada cara yang betul nak tangani kalau kita set aside rasa emo kita.

Paling senang nak tengok ialah thru media sosial la kan.

Senang sangat nak bagi viral satu-satu isu tu, lelebih lagi kalau benda tu benda negatif.

Ada jugak benda-benda yang orang nak sebar dengan niat yang baik, contohnya hadis-hadis Nabi dan macam-macam kisah sahabat Nabi.

Cuma yang jadi masalahnya yang disebarkan tu hadis palsu la pulak. Atau kisah yang tak pernah diriwayatkan pun. 

Lagi best kalau kat sesetengah benda yang di share, especially kat WhatsApp atau Telegram la, ada ayat cenggini,

"Sesiapa yang share ilmu/kisah ini maka sesungguhnya akan dapat pahala beribadat selama 180 tahun dan dijamin syurga baginya."

Atau

"Mereka tidak sebarkan ilmu ini maka akan dilaknat selama 7 hari 7 malam dan dikutuk makhluk seluruh alam."

Apabila perkataan 'Adoyai' rasa macam tak valid untuk digunapakai *෴*


Serius saya pernah dapat message macam tu.

Korang pernah dapat tak?

Kalau yang isu-isu negatif takyah cerita lah kan. Lagi sedap di share nya. Kadang tu tak baca habis pun cerita tu, baca TAJUK je, terus buat kesimpulan, "Hoh teruk ni. Kena bagitau semua orang ni." 

Klik share pehtu tambah ayat kat status, "Ni lah dia si polan yang tah hape-hape ni. Bla bla bla tak senonoh bla bla bla. Boikot jom bla bla bla."

Klik post.

Ulang langkah klik share dan post, tapi kini dibuat orang lain. Akhirnya isu tersebut tersebar ke beratus ribu manusia.


-----------------------
Sehari dua lepas tu, atau seminggu dua kemudian, rupanya benda tu tak betul. Fitnah rupanya. 

Kesan kepada yang klik share dan post? Malu sekejap kot. Atau buat bodoh je.

Kesan kepada yang kena fitnah? Trauma hingga ke sudah.

Huhu.

So, marilah kita lebih berhati-hati dengan apa saja yang kita share, tak kira la sama ada benda tu elok atau tak.

Ingatan untuk diri sendiri jugak ni.




Shaklee Independent Distributor
ID 1001018
SMS/WhatsApp 01137081912


Klik sini untuk dapatkan info dan berita tentang produk Shaklee



Ingin tahu harga produk Shaklee? Sila klik sini



Daftarlah sebagai ahli Shaklee hari ini dan nikmati pelbagai kelebihannya!


Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau mencegah sebarang jenis penyakit.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!