Oh, selain daripada aktiviti mencukur jambul, kat ofis aku ada aktiviti makan2. Kitorang buat majlis farewell seorang colleague ni yang nak bertukar tempat kerja, balik kampung temankan emak dia yang keseorangan kat Pulau Pinang. Bagus. Anak soleh ni. Actually aku ada 2 majlis. Satu kat ofis baru ni. Satu lagi kat ofis lama. Pun farewell jugak. Ada akak ni bertukar ke UiTM Cawangan Sabah. Ikut her dear husband. Isteri mithali. Kat ofis baru buat pot luck. Kat ofis lama panggil catering. Bayar sorang RM15.
Dulu kan, sebelum aku start keje sini, aku tak pernah dengar langsung perkataan potluck tu. Mende tu ek? Rerupanya potluck tu ialah bawak makanan masing2 lalu kita berkongsi bersama2 makanan itu. Tapi jangan la ngelat tak bawak apa2 pulak. Tak baik tau. Hehe.
Disebabkan takmo ngelat, aku dah pening kepala tatau nak bawak apa. Last2 aku mintak tolong Mama (mak aku jugak jadi mangsa hehehe) buat trifle bersama2. Pernah makan trifle tak? Trifle ni ada mcm2 version. Kalau yang kat Nigella's feast tu dia guna kek coklat dgn buah cherry kalau tak silap aku. Version mak sedara aku ni, guna resepi simple aje. Meh aku try tulis resepi dia:
Bahan-Bahan
Kek swiss-roll 2 gulung
Buah2an dalam tin sebanyak mana yang nak
Jeli nona (aku guna perisa raspberry) 2 peket
Bird's custard 1 cawan
Air 6 cawan
Susu Ideal 1 tin
Gula 3/4 cawan
Krim 1 kotak
Kacang tumbuk (aku blend aje)
Cara-cara
Susunkan kek swiss roll dalam acuan. Siram-siramkan kek tu dengan air dari buah-buahan dalam tin. Kemudian taburkan buah2an dalam tin. Seeloknya potong2 buah tu bagi kecik so susunan pun nampak cantik. Masak jeli - campurkan 800ml air panas mendidih dengan 2 peket jeli. Kacau biar sebati. Tuang ke dalam acuan. Masak custard - Campurkan 1 cawan serbuk bird's custard ke dalam periuk, 6 cawan air dan satu tin susu cair (Ideal). Letak atas dapur.Tambahkan gula. Kacau sehingga likat. Kemudian tuang ke atas acuan tadi. Masukkan dalam peti sejuk. Bila custard dah keras, tuang rata krim ke atas acuan dan taburkan kacang tumbuk. Enak dihidang sejuk. Nyum!
Resepi kat atas ni boleh hasilkan trifle untuk dalam 30 orang kot. Banyak jugak mak aku masak. Alah tapi kalau kat rumah aku tu kejap je dah licin. Haha.
Maka aku pun bawaklah trifle version mak sedara aku ni ke ofis. Risau jugak. Takut tak laku. Ye lah bukan semua orang berani mencuba benda baru kan. Sampai kat ofis rerupanya takde sape pun penah makan trifle. Huhu. Aku suruh la diorang try rasa. Hah rasakan. Licin tupperware gue! Haha. Siap bagi kat department lain, dan org dept lain tu dtg 2 kali sebab nak top up trifle. Alhamdulillah habis jugak.
Oh sibuk cerita pasal trifle lupa lak nak cerita pasal jamuan tu. Kat ofis baru ni punyalah banyak makanan! Pot luck la katakan. Kami ada 19 org. Maknanya ada 19 jenis makanan! Bayangkan. Ada bihun goreng, spageti, makaroni salad, nasi impit rendang kuah kacang, roti canai, kuih-muih yang macam2, puding yang macam2, lontong, buah2an yang macam2. Aiyak! Banyak gila makanan. Dan aku makan semuanya! Gilos tak? That's why aku kata berat aku bertambah 5kg. Haha.
Lepas selesai kat ofis lama, aku lari kejap pi ofis baru. Kat sana ada soto, roti jala, KFC, popiah goreng, tart buah. Huhu. Tak larat aku nak makan. Sepanjang Jumaat lepas aktiviti aku ialah makan, makan dan makan. Sampaikan sesi pagi punya pumping terlepas. Haha. Tengahari tu aku pam dapat 11oz hasil production yang terkumpul sejak pagi. Haha.
Bersyukurlah dapat makan macam2 walaupun ekonomi diri sendiri tengah tak stabil. Alhamdulillah...
No comments:
Post a Comment