Last Saturday buat majlis cukur jambul untuk Irma. Buat kat Seremban. Balik Jumaat malam. Sampai Seremban dah nak dekat pukul 11 malam. Ngantuknya tuhan je tahu. Aku dah la tetiba je kena selsema. Lagi bertambah layu mata aku. Sampai2 tengok MIL dgn SIL tengah sibuk buat persiapan untuk esok. Aku pulak tak membantu hape pun. Bukan tak nak tolong, tapi Irma nak menyusu. Terpaksa la membawa diri dalam bilik, nyusukan Irma diam2. Dah selesai menyusu, tidurkan Irma pulak. Baru je Irma nak lena, hubby dah bawa masuk Imran dalam bilik. Hubby pun muka luyu je. Nak suruh aku tidokan la tu. Imran pulak energy terlebih2 pulak malam tu. Susah betul nak tidurkan dia. Sudahnya aku suruh hubby tengok2kan Irma, aku pulak bawak Imran kat ruang tamu, layan dia main. Nak dekat pukul 2 baru la tido.
Esoknya lepas Subuh aku terus straight berjaga. Hubby sibuk dengan persiapan, tolong family dia. Aku pun nak tolong gak. Karang orang kata aku ni menantu pemalas pulak. But what can I do when both of my children need attention and there was no one else to turn to except for their mother (me!)? Kena lah layan dua2. Imran pulak entah apa anginnya nak M.A.N.J.A pulak dengan aku. Mungkin masa kat Cheras ramai yg melayan, and aku pun kurang luangkan masa dengan dia, so masa ni lah dia nak aku layan dia habis2. Hai la anakku...
Aku ni tak boleh nak hilang dari pandangan dia. Kena sentiasa la duduk dekat2 dengan dia. Even masa aku gosok baju kat bilik adik ipar aku pun, Imran dah start meraung bila dia tengok takde saper yang ada kat dalam rumah (masak-memasak kat luar rumah). Hadoi. Letih sungguh. Tapi sesungguhnya aku bersyukur Imran gitu. Maknanya dia perlukan aku la sebagai Mama dia, tempat dia bergantung dan bermanja. Betul tak?
Punyalah susah nak lepaskandiri dari Imran. Lepas hubby dah selesai buat kerja, barulah aku boleh mandi. Masa tu dah pukul 1 ptg! Majlis mula pukul 2 ptg! Hoho... Kelam-kabut gue. Mana nak siapkan Imran lagi, siapkan Irma lagi. Sebelum majlis mula kena la bagi Irma susu puas2. Karang masa bercukur takut mengamuk pulak dia. Aku siapkan Imran dulu. Dia asyik menangis je. Mula2 tu tak tau kenapa. Dah bagi susu tapi dia still mengamuk. Pastu aku sumbat la paci kat mulut dia. Terus dia baring, tido. Loh ngantuk sangat rupanya anak teruna aku ni. So aman la kejap. Terus aku siapkan Irma. Pakaikan baju gaun comel. Lepas dia dah siap, aku tidurkan dia kejap sementara nak Zohor. Masa aku keluar bilik nak ke bilik air, tetamu dah ramai dah kat ruang tamu. Aiyak! Aku dengan t-shirt buruk and kain batik aje. Huhu. Kelam kabut gue. Cepat2 lepas Zohor aku bersiap. Dah bersiap pastu aku dah mati kutu. Alamak nak buat macamana ni? Takkan nak lepak je dalam bilik. Isy. Perut dah la lapar gila. Tak makan apa2 pun beb. Sabo2.
Tengah dok termangu dalam bilik tu, tetiba MIL datang, suruh aku bawakkan Irma bercukur. Aku pun dukung le Irma round keliling ruang tamu tu, sua rambut Irma kat tetamu. Lepas dah selesai, MIL suruh duduk bilik balik, tunggu nak berendoi pulak. Sebenarnya kalau ikutkan hati, aku tak berapa berkenan berendoi2 ni. Takmau la ajar anak masuk buai. Nanti jadi macam Imran. Bila siang takde buai susah gila dia nak tido, unless kalau dia ngantuk sangat. Sudahnya jadi masalah bila pi jalan2 rumah orang ke hape. Huhu. Tapi dah MIL yang nak buat, takkan aku nak bantah pulak. Dah le majlis ni di sponsor. Malas lah aku nak bising2. Takpelah sekejap aje kan.
Tak lama lepas tu, MIL dtg balik suh aku letak Irma dalam buaian. Dia suh aku duduk situ, buaikan baby. Aku takdelah enjut2. Aku goyang2kan buai tu ke depan ke belakang. Dapat bayangkan tak? Goyang slow2. Last2 Irma pun tertidur. Lepas selesai berendoi, maka selesailah majlis cukur jambul Irma Adreanna. Alhamdulillah everything went smoothly. Habis je majlis, aku terus menuju satu tempat je. Tempat nak isi tembolok gue la. Lapar gile beb! Hehehe. Makan memang keless. Maklumlah masak sendiri. Kambing masak kari, gulai tempoyak pedas gile, ayam masak merah, ulam2, sayur campur, kek coklat, bubur kacang durian. Yum. Aku rasa berat aku naik 5kg sepanjang minggu ni. Huhuhu.
Masa berendoi tu, aku dengar bait2 gurindam or so whatever they call it. Terharu la pulak dengar tang pengorbanan ibu menjaga anak siang malam, baju kena kencing muntah etc. Walaupun ayat dia sempoi je and kalau org lain dgr boleh tergelak (termasuk le hubby aku), tapi bagi aku ayat2 dia cukup bermakna. Nak menitis airmata aku. Mungkin hanya hati seorang ibu je yang faham dan dapat mendalami maksud ayat2 tu dengan lebih 'feel'. Hehe. Jiwang lak aku.
Yang penting, pesanan dalam gurindam tu supaya si anak membesar jadi anak yang baik, kata ayah ibu jangan dilawan. Insyaallah, anak2 aku akan aku cuba didik sebaik mungkin supaya menjadi anak soleh dan solehah. Ya Allah, permudahkan lah aku dan tetapkanlah hatiku dalam mendidik anak2 ku. Semoga mereka menjadi hambaMu yang bertakwa. Aminn...
No comments:
Post a Comment