Wednesday, August 13

Sesi Luah Perasaan

Semalam dengar tak kat satu stesyen radio ni pasal pengakuan sorang laki yg dah nak nikah Jumaat ni but then gf dia tak tau? Ala... kes pasang dua ni lah... Isy geram betul aku dengar. Hampes betul lelaki tu. Dah tu radio tu pun contact la gf dia supaya laki ni dapat buat pengakuan yg dia akan kawen dgn pompuan lain Jumaat ni. Ha hamek ko! Pengakuan on-air... satu Malaya tau!

Reaksi pompuan tu? Of course terkejut. Tapi yang peliknya laki tu boleh kata, rilek la... jgn marah. Bagi la saya kawen dulu. Siut je. Cakap macam takde perasaan. Pastu boleh kata, dua2 saya sayang. Ah blah la!

Aku memang sakit hati kalau perangai lelaki yg macam tu. Mungkin pengalaman sendiri yg sebabkan aku mcm ni kot. Memang susah nak terima. Boleh kata dua2 dia sayang?! Hm mungkin laki dgn pompuan lain. Pompuan memang diciptakan untuk jadi seorang yang setia (eventho ada gaks pompuan2 hampeh yg pasang dua tiga sekaligus). Lelaki pulak mmg nalurinya begitu. Tak puas dgn yang satu je. Alah, cuba lah tanya laki korang, teringin tak kawen dua? Kompem kalau tak banyak, sikit mesti ada punyalah rasa teringin tu. Kalau tak, takkanlah Islam benarkan lelaki kawen 4 kan?

But then, to those guy yang belum kawen tapi dah berangan nak pasang dua, tiga atau empat sekalipun, pikir2 lah dulu weh. Hidup berumahtangga bukan semudah yang disangka. Tanggungjawab yang besar menanti korang. Kalau sekarang takat nak tanggung diri sendiri, or sesekali belanja awek keluar makan, tengok wayang (or awek korang yg belanja?), nanti dah kawen sok, bukan takat kena tanggung bini, kena tanggung hutang kereta, duit rumah, duit dapur etc. Kalau ada anak lagiii lah. Duit nursery, diapers, susu. Ingat murah ke? Mahal woo nak tanggung anak! Baju pun kena gak belikan sekali sekala. Isteri hanya membantu sedang lelaki lah tonggak utama pemberi nafkah dalam keluarga. So, pikir2kanlah sebelum ngengada nak buat perangai ek.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!