Tuesday, September 23

Buka Puasa @ Palms Cafe

Semalam abah bawa mama berbuka dekat Palms Cafe, Palms Garden Hotel, IOI Resort, Putrajaya. Abah teringin nak makan kambing panggang.

Kami sampai dalam pukul 6.20petang. Ingatkan kitorang yang paling awal. Rupanya dah banyak kereta parking kat situ.

Mama dengan abah dapat duduk kat luar. Seronok la abah makan kat luar. Dekat dengan kambing panggang lak tu. Haha. Pukul 6.40petang orang dah start beratur ambik makanan. Abah pun apa lagi... terus abah beratur ambik sate dengan kambing. Punya la banyak abah ambik. Meja dah la comel. Penuh satu meja dengan makanan. Lepas tu abah pi ambik kek pulak. Lepas tu, ambik nasi putih dengan lauk pauk. Haiyo. Habis ke tak ni?

Azan Maghrib, kami pun berbuka. Makan kambing. Nyum nyum. Makan sate. Nasi sikit2. Kek blueberry. Lepas tu mama pulak pi amik bubur pulut durian, air dan aiskrim. Mama makan aiskrim coklat campur mint. Letak pulak topping strawberry jam. Bila makan pelik pulak rasanya. Hahah. Kombinasi yang tak berapa best.

Kenyang sungguh makan. Mama dah tak larat dah. Abah makan kambing lagi. Pastu ambik pulak ayam panggang. Then wrap up dengan aiskrim goreng. Aduih. Macam nak pecah perut mama.

So far OK la makan kat sana. Pastu takde la mahal sangat2. RM58++ sorang. Ye lah, kalau kat hotel lain ada yang cecah RM90++. Tak mau lah. Tapi mama tetap suka kambing panggang masa jiran mama buat majlis house warming dulu. Keless!

Balik rumah, mama dengan abah dah pening2 sebab makan kambing banyak. Haha. Abah pulak dah rasa panas satu badan. Luckily mama minum banyak air masak instead of air manis masa berbuka. So mama takde la rasa panas badan. Pagi ni pun mama still rasa 'weng' hasil makan kambing tahap melampau. Hoho.

Abah, thanks sebab bawa mama buka puasa kat tempat best2. Love u. Hihi.

Oleh sebab semalam telah makan dengan banyaknya, maka hari ini mama rasa sangat 'berat'. Oleh itu, mood mama untuk hari ini ialah 'fat'. Sekian terima kasih. Hahahahahahaha.
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!