Friday, October 31

Imran Si Abang Yang Baik Hati

Selama ni Imran cuma tepuk2 adik dia aje. Imran datang dekat dengan Irma, then dia akan tepuk2 kaki atau lengan Irma. Kononnya nak comfort kan adiknya lah.

Malam tadi Irma meragam. Kembung. Masa tu Imran baru aje nak tidur. Mama puas laaa pujuk Irma. Dah sapu minyak kat perut dan belakang, dodoikan Irma tapi Irma still nangis.

Tetiba Imran bangun, datang kat mama dan Irma. As usual dia akan tepuk2 Irma. Lepas tu tetiba aje dia cabut puting dia, kendian dia buat bubbling. Selalunya Irma yang buat macam tu. Yelah budak umur 5 bulan kan suka bubbling.

Imran pun bubbling sambil pandang Irma. Bila Imran buat gitu, Irma terus berhenti nangis and gelak. Hehe. Kemudian Imran pun gelak sama. Mama tak tahan tengok, terus tergelak jugak. Hehehe. Then Imran buat lagi bubbling kat adik dia. Irma pandang mama (kononnya nak dapat approval la) then bila mama senyum barulah Irma gelak lagi.

Wah, anak teruna mama ni pandai memujuk rupanya. Sungguh sweet!
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!