Monday, November 3

Sakit Perut

Last Friday mama kena cirit birit. 7 kali keluar masuk toile! Huhu. Penatnya dan lesunya takyah cakap lah.

Hari Sabtu kazen mama kawen. Mama pi jugak walaupun tengah sakit perut yaamat. Malamnya Mak Yang pulak ajak datang rumah. Ada makan-makan. Mak Yang masak tomyam, kerabu sotong, kambing panggang dan ayam goreng serta bubur pulut hitam. Yummy.

Hari Ahad lepak-lepak aje kat rumah nenek. Tapi malamnya mama kena cirit-birit sekali lagi. Pagi tadi pun kena jugak. 8 kali dah pi toilet. Kempis sudah perut mama sampaikan masa pakai jeans untuk ke klinik pun, jeans mama terasa beno longgarnya. Sekali tarik sure terlondeh la. Huhu.

Tadi pi klinik, doktor bagi mama ubat oral tu, ubat angin dan cirit-birit. Dan asid folik. Doktor kata muka mama pucat sangat.

Lepas tu injek Irma sekali. Hm. Berat Irma cuma 5.6kg @ 5 months. Kecik aje kan? Tapi doktor kata masih di tahap normal. So ok la.

Yang buat mama risau sekarang ni, buku rekod Irma dah hilang! Entah mana mama letak. Hish. Menci dengan diri sendiri tau!

Ok lah. Mama tak tau nak tulis apa. Mama MC hari ni. Sakit perut masih bersisa. Hopefully after makan ubat, sakit perut ni akan hilang.
.
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!