Wednesday, November 12

Abah Sakit Lagi

Semalam masa abah jemput mama dari kerja, abah bagitau dia kena attend kursus kat Nilai. 3 hari. Dari Rabu hingga Jumaat. So mama kena bawak Imran dan Irma stay rumah nenek kat Cheras. Ponteng sekolah la gamaknya budak-budak ni.

Abah pun ada bagitau mama yang telinga abah yang sakit tu makin menjadi-jadi sakitnya. Bengkak makin besar. Pain killer pun dah tak mampu membunuh rasa sakit yang terpaksa abah tanggung.

So semalam lepas hantar Imran dan Irma ke rumah nenek, mama bawak abah pi klinik dekat sana. Dah pukul 9.30 malam tapi punyalaaa ramai umat tengah tunggu turn. Kalah hospital kerajaan!. Abah punya turn nombor 66. Masa kami sampai baru nombor 50! Huhu. Sabar ajelah menunggu.

Doktor bagitau yang bengkak abah tu dah nak sampai ke gegendang, Dan sakit dia bukan sekadar sebab allergic tapi dah kena infection. Doktor bagi ubat titis, antibiotik, ubat tahan sakit, ubat bengkak. Sampai rumah nenek abah terus makan ubat.

Pagi tadi abah bagitau yang ubat ni ok. Sakit abah dah kurang. Alhamdulillah. Tu lah abah. Lepas ni kurangkan makan seafood, belacan dan yang seangkatan dengannya ok!

3 comments:

Fara said...

zety
fara pn ada allergic tp smpai hr ni tak dpt detect punca dia. klu tetiba dia nk dtg gatai2 tu dia dtg la bila2 masa. abis bengkak sume badan, muka, kepala. tp fara standby ubat...lps mkn 1/2 jam OK la.
Bahaya tau allergic ni. Ada yg meninggal sbb dia jadi bengkak kt leher. block pernafasan dia.

Unknown said...

ubat apa yg fara makan? memang doc sendiri tak dapat tau puncanya ke? mungkin makanan apa2 kot??

Zetty said...

didoakan semoga abah zety sihat semula la ye ..

apa2 pun thanks sudi nak follow blog .. dah follow and link ur blog to mine .. ada masa jgn serik nak dtg lagi .. tqvm ye ...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!