Since ramai orang bercerita di blog masing-masing pasal makan, maka saya pun takmo ketinggalan ketapi. Tapi cerita saya lain sikitlah ye.
Sejak akhir-akhir ini, Irma sudah kembali ke perangai lamanya - tak nak makan. Buka mulut sekecik-kecik yang boleh. Sudu baru separuh masuk ke dalam mulut, dia cepat-cepat tutup mulut. Lagi satu, dia takmo duduk diam masa makan. Bila saya baca entri di blog Cik Fid, terus saya teringatkan Irma.
Selalunya bila bagi makan memang saya akan letakkan Irma dalam walker. Walker yang emak saya belikan ni takde brake, so terpaksa sendal dengan kaki ajelah masa menyuapkan dia.
Satu suap, dua suap, tiga suap. Ok, dia dah start dah. Irma akan cuba sedaya upaya untuk keluar dari walker. Kalau tak berjaya keluar, dia menangis. Bila dia dah start menangis, jangan harap la dia nak makan kan. Silap-silap boleh muntah balik segala bubur/nasi yang dia makan tadi. Maka, untuk mengelakkan dia muntah, dan untuk beri dia makan, terpaksalah keluarkan dia dari walker tu.
Bila dah keluar, hm.... paham-paham aje lah. Memang main kejar-kejarlah anak dengan mak diayang gumuk ni. Terpaksa. Demi untuk bagi dia makan. Sementelah dengan berat badannya yang tak naik-naik tu (makin kecut ada la saya tengok), harus jugak bagi dia makan. Minum susu pun dah makin kurang (maka supply susu saya pun turut merudum huhu).
High chair? Dulu ada terpikir nak beli gak. Tapi bila melihatkan betapa Irma tak suka duduk dalam highchair masa kitorang makan kat luar, terpaksa la saya lupakan hasrat untuk beli highchair tu. Dia akan memanjat nak keluar dari highchair tu. Kadang-kadang siap berdiri atas highchair tu. Isk. Sangat bahaya ok sebab Irma berdiri pun tak tegap sungguh lagi. Terhuyung hayang. So, highchair? Lupakan ajelah.
Berbeza sungguh dengan abangnya yang amat suka makan. Hatta sampai sekarang pun kadang-kadang dia nak duduk dalam walker masa makan - sebab jeles tengok adik dia duduk dalam walker. Aduyai Imran. Awak dah big boy. Tak muat dah masuk dalam walker tu. Montot pun melekat kat walker, sampai susah nak keluar. Bila dah tak boleh keluar, tau pulak menangis. Hahaha.
Duduk kat highchair pun takde masalah pada Imran. Dia ok je. Cuma kadang-kadang takmo kita suap. Nak makan sendiri. Tapi kalau makan sendiri, alamatnya 10% ajelah yang masuk dalam perut. The remaining nasi akan jatuh ke lantai. Huhu.
Imran memang suka makan. Pantang nampak kita mengunyah, sure dia akan mengendeng. Pantang nampak kita duduk kat meja makan (padahal bukan makan pun), cepat-cepat dia tarik kerusi nak duduk jugak. Pantang nampak ada roti atau pisang atas meja, mesti mintak (walaupun kadang-kadang buat main je pisang tu). Tengoklah dia sekarang. Dah 15kg. Tak larat saya nak dukung lama-lama. Hihi.
Jadi, macamana ye nak galakkan anak makan? Dan duduk diam kat satu tempat ketika makan? Adakah Irma dah bosan makan bubur/nasi? Patutke saya tukar menunya? Last Q, patut ke saya bagi dia minum Ped.iasure tu?
Oh ye... masih lagi kisah makan dan Irma. Tapi lebih kepada perubatan alternatif untuk Irma la. Kisahnya gini...
Anak sepupu saya yang baru berusia dalam 3 bulan (rasanya), beratnya makin turun dan turun. Mak-mak sedara saya risau. Sorang ni dapat kontek number seorang ustaz. So dia suggestkan supaya bawa jumpa ustaz tu. Yelah, kot-kot ada apa-apa kan. So sepupu saya ni bawaklah anak bongsu dia dan anak kedua dia.
Ustaz tu kata, semasa isteri sepupu saya ni pregnant, dia dah terlanggar (ke terlangkah) 'barang orang'. So 'benda' tu dah masuk ke dalam badan baby sepupu saya ni, melalui isteri dia. Kemudian, ustaz tu check pula anak kedua sepupu saya ni.
Anak kedua sepupu saya ni agak nakal. Kuat melawan. Umur 8 tahun tapi mulutnya laser mak aiii.. kalau melawan memang sakit hati kita mendengarnya. Ustaz tu kata anak lelaki sepupu saya ni nakal sangat sebab ada saka. Huh? Ada saka pun boleh nakal ke? Saya terkonpius sikit. Tapi lepas ustaz tu bagi air penawar, mengikut kata makcik saya, memang ada peubahan la kat anak sepupu saya tu. Wallahualam.
So, motip cerita ni ialah, saya diminta supaya bawakan Irma jumpa ustaz tu. Untuk tengok-tengokkan kenapa laa Irma tak naik-naik badannya. Ini bukan tak naik yang biasa-biasa tu ok. Bayangkan masa saya ke Dungun dulu, ada orang ingat Irma baru 2 bulan! Dan walaupun usianya dah setahun, dia masih boleh pakai baju newborn. Ibu mana yang tak risau?
Jadi, Insyaallah, malam ni saya akan ke rumah ustaz tu (which reminds me yang saya tak mintak lagi alamatnya from sepupu). Apa-apa berita/keputusannya akan saya update nanti. :)
Doakan untuk Irma ye. (Eceh macam la kena operate ke hape)
Sejak akhir-akhir ini, Irma sudah kembali ke perangai lamanya - tak nak makan. Buka mulut sekecik-kecik yang boleh. Sudu baru separuh masuk ke dalam mulut, dia cepat-cepat tutup mulut. Lagi satu, dia takmo duduk diam masa makan. Bila saya baca entri di blog Cik Fid, terus saya teringatkan Irma.
Selalunya bila bagi makan memang saya akan letakkan Irma dalam walker. Walker yang emak saya belikan ni takde brake, so terpaksa sendal dengan kaki ajelah masa menyuapkan dia.
Satu suap, dua suap, tiga suap. Ok, dia dah start dah. Irma akan cuba sedaya upaya untuk keluar dari walker. Kalau tak berjaya keluar, dia menangis. Bila dia dah start menangis, jangan harap la dia nak makan kan. Silap-silap boleh muntah balik segala bubur/nasi yang dia makan tadi. Maka, untuk mengelakkan dia muntah, dan untuk beri dia makan, terpaksalah keluarkan dia dari walker tu.
Bila dah keluar, hm.... paham-paham aje lah. Memang main kejar-kejarlah anak dengan mak dia
High chair? Dulu ada terpikir nak beli gak. Tapi bila melihatkan betapa Irma tak suka duduk dalam highchair masa kitorang makan kat luar, terpaksa la saya lupakan hasrat untuk beli highchair tu. Dia akan memanjat nak keluar dari highchair tu. Kadang-kadang siap berdiri atas highchair tu. Isk. Sangat bahaya ok sebab Irma berdiri pun tak tegap sungguh lagi. Terhuyung hayang. So, highchair? Lupakan ajelah.
Berbeza sungguh dengan abangnya yang amat suka makan. Hatta sampai sekarang pun kadang-kadang dia nak duduk dalam walker masa makan - sebab jeles tengok adik dia duduk dalam walker. Aduyai Imran. Awak dah big boy. Tak muat dah masuk dalam walker tu. Montot pun melekat kat walker, sampai susah nak keluar. Bila dah tak boleh keluar, tau pulak menangis. Hahaha.
Duduk kat highchair pun takde masalah pada Imran. Dia ok je. Cuma kadang-kadang takmo kita suap. Nak makan sendiri. Tapi kalau makan sendiri, alamatnya 10% ajelah yang masuk dalam perut. The remaining nasi akan jatuh ke lantai. Huhu.
Imran memang suka makan. Pantang nampak kita mengunyah, sure dia akan mengendeng. Pantang nampak kita duduk kat meja makan (padahal bukan makan pun), cepat-cepat dia tarik kerusi nak duduk jugak. Pantang nampak ada roti atau pisang atas meja, mesti mintak (walaupun kadang-kadang buat main je pisang tu). Tengoklah dia sekarang. Dah 15kg. Tak larat saya nak dukung lama-lama. Hihi.
Jadi, macamana ye nak galakkan anak makan? Dan duduk diam kat satu tempat ketika makan? Adakah Irma dah bosan makan bubur/nasi? Patutke saya tukar menunya? Last Q, patut ke saya bagi dia minum Ped.iasure tu?
********************
Oh ye... masih lagi kisah makan dan Irma. Tapi lebih kepada perubatan alternatif untuk Irma la. Kisahnya gini...
Anak sepupu saya yang baru berusia dalam 3 bulan (rasanya), beratnya makin turun dan turun. Mak-mak sedara saya risau. Sorang ni dapat kontek number seorang ustaz. So dia suggestkan supaya bawa jumpa ustaz tu. Yelah, kot-kot ada apa-apa kan. So sepupu saya ni bawaklah anak bongsu dia dan anak kedua dia.
Ustaz tu kata, semasa isteri sepupu saya ni pregnant, dia dah terlanggar (ke terlangkah) 'barang orang'. So 'benda' tu dah masuk ke dalam badan baby sepupu saya ni, melalui isteri dia. Kemudian, ustaz tu check pula anak kedua sepupu saya ni.
Anak kedua sepupu saya ni agak nakal. Kuat melawan. Umur 8 tahun tapi mulutnya laser mak aiii.. kalau melawan memang sakit hati kita mendengarnya. Ustaz tu kata anak lelaki sepupu saya ni nakal sangat sebab ada saka. Huh? Ada saka pun boleh nakal ke? Saya terkonpius sikit. Tapi lepas ustaz tu bagi air penawar, mengikut kata makcik saya, memang ada peubahan la kat anak sepupu saya tu. Wallahualam.
So, motip cerita ni ialah, saya diminta supaya bawakan Irma jumpa ustaz tu. Untuk tengok-tengokkan kenapa laa Irma tak naik-naik badannya. Ini bukan tak naik yang biasa-biasa tu ok. Bayangkan masa saya ke Dungun dulu, ada orang ingat Irma baru 2 bulan! Dan walaupun usianya dah setahun, dia masih boleh pakai baju newborn. Ibu mana yang tak risau?
Jadi, Insyaallah, malam ni saya akan ke rumah ustaz tu (which reminds me yang saya tak mintak lagi alamatnya from sepupu). Apa-apa berita/keputusannya akan saya update nanti. :)
Doakan untuk Irma ye. (Eceh macam la kena operate ke hape)
6 comments:
zety
ke dia nak 'menu' lain hahahaa
dia siap tutup2 mulut ya?
fid,
'menu' lain apakah yang dimaksudkan? ku kurang paham. hoho sengal sungguh la haku nih. dia tak tutup mulut masa kita sua sudu tapi dia bukak mulut kecikkkkk je.
Kasi minum pediasure nieza sokong.. kasi selera makan dia naik ...
aah.. kalau dia ok ngan susu lembu.. try la pediasure.. ke dia still full bm??
ada paed kata.. BM dah takcukup unt 1yearolg kid.. kena campur susu.. tak tahulah kan.. paed ni pon mcm2 pendapat..
by the way.. adam pon still boleh pakai baju dia yang lama2.. on the positive side..jimat mak, lama tahan baju tu.. hehehe!
as long as berat dia naik,even sikit.. still ok kot.. sebab about this age..derangkan ke makin lasak n makin choosy.. otak dia pk nak mainn jek.. :P adam kadang2 smpi ngingau gelak2..
but.. as long org yg u nak pegi tu.. practise amalan yang btol, tak salah pon give it a try.. just jgn bomoh2 la... :)
byk lak bebel..hahaha! sory!
nieza,
tulah nanti nak try.
queenin,
masih breastfeed walaupun dah tak berapa fully dah. hehe. hm, masalahnya berat & tinggi irma tak naik langsung. tu yg masalahnya tu. huhu.
zety
pi jumpa pakar pemakanan la....cek semua...gk apa yg kena apa tak kena..kalu kita dok assume itu ini..haru juga..ntah2 irma mmg jenis kecil...
an as BM tak cukup zat tu.....shud be cukup zat tapi dah kena tambah ngan mknn lain..
dah pernah bg dia mkn pasta?bg pasta tak bg nasi
or ada try jpns rice?
tapi aku lagi setuju kalu ko jumpa paed then jumpa pakat nutrisi....
yg jumpa ustaz pun jumpa juga..
kita jumpa yang pakar..tgk apakah kata mereka...
Post a Comment