Wah wah wah
Disebabkan dok teringin nak makan 'something western', mama try masak black pepper chicken ala Secret Recipe.
Resepi ni mama copy dari website mana mama tak ingatlah. Minta ampun pada tuan punya resepi. Tapi memang marveles lah rasa dia. Ini resepinya:
Bahan
Ayam (1/4 bahagian) -buang tulang. Tapi mama tak buang tulang pon. Tak koser.
Black pepper 2 sudu - tumbuk. Mama letak satu peket kecik tu terus. Barulah power!
Oyster sauce 2 sudu
Bawang putih 1 ulas - tumbuk. Mama letak 2 ulas
Bawang merah 2 ulas - tumbuk. Mama letak 3 ulas. Sajee..
Halia 1/2 inci - tumbuk
Fish sauce/garam - ikut rasa. Mama guna garam aje.
Kicap - Mama guna kicap lemak masin cap Kipas Udang.
Cara
Lumurkan ayam dengan semua bahan-bahan di atas.
Perap dalam 15 minit.
Tutup ayam dengan cling film.
Masak guna microwave selama 5-10 minit guna temperature high.
Siap.
Cara mama
Bahan yang perlu ditumbuk-tumbuk tu mama masukkan semuanya dalam blender dan blend sekaligus. Senang!
Mama perap dalam 20 minit. Tak guna cling film pon sebab lupa nak beli. Hehe.
Masak guna microwave 5 minit. Then keluarkan ayam, balik-balikkan dia, then masuk microwave lagi dalam 10 minit.
Untuk side dishes, mama goreng fries, dip dengan mayonis yang digaul dgn carrot parut. Siap ada baked beans dan daun salad. Mama juga masak mushroom soup instant (campbell's). Serta air sirap satu jag. Hehe.
Hasilnya...
Dua manusia dewasa yang perutnya berkapasiti agak besar tersandar kekenyangan. Burp! Jimat kos. Tak yah susah-susah pi Secret Recipe yang mahal itu.
By the way, walaupun namanya Black Pepper Chicken ala Secret Recipe, pada pandangan dan deria rasa mama, rasanya jauh lebih superb dari yang dijual kat Secret Recipe tu. Plus, the recipe is not really a secret. Wakaka.
Kepada kawan-kawan, silalah mencuba. Gerenti best.
Oh ye. Resepi kat atas tu untuk sorang makan ye. So kalu nak masak untuk dua org (atau lebih), sila darabkan sendiri jumlah bahan yang diperlukan oke.
P/s: Gambar tak ada lah. Tak sempat nak ambik sebab ayam tu sekejap aje dah berterbangan masuk dalam perut. Al maklum, mama kan lapar gile semalam.
.
4 comments:
amboi...tetibe terliur lak aku pepagi nih...heheheheheh
alhamdulillaaah!
opie: sila try masak. hehe.
afkar'z: alhamdulillah!
Hi have a nice day.. Looking for wallpapers for your house or office? or your friends/relative interested, visit my blog! thanks..
Post a Comment