Wah wah wah. Baca blog orang, rata-rata tengah bercuti. Samada dok rumah jadi temporary SAHM, balik kg atau pi holiday. Seronotnya.
Okeh. First of all, thanks to all friends yang bagi support bila abah masuk wad hari tu. FYI, abah duduk hospital sampai Krismas je. Entah kenapa cepat sangat abah recover. Malam Rabu tu ada jugak abah sms mama, bagitau yang dia tak tahan nak duduk hospital sebab sakit masa ambil darah. Seriously, memang teruk abah kena. Kat bekas-bekas tempat kena cucuk masa ambik darah tu jadi lebam yaamat. Kalau kat lengan dia lagi laa... dah rupa macam tattoo dah. Kesian mama tengok. Kesnya sebab doktor tak jumpa urat (urat ke ek?) abah. Huhu. Mama pesan kat abah, kalau nak keluar hospital cepat-cepat, minum air dan 100 plus banyak-banyak. Miiinuuum je. Agaknya sebab tu abah pun tak lama kat hospital kot.
Pagi Khamis masa doktor pakar datang melawat, katanya abah dah nampak sihat sikit. Petang nanti boleh keluar. Abah punyalah suka. Tengah hari tu mama datang dengan Imran & Irma. Imagine nak bawak budak 2 orang ke hospital. Kehkehkeh. Nasib baik masa sampai sana Imran tido. So mama letak Imran dalam stroller, Irma mama dukung. (Masa ni terasa alangkah bagusnya kalau ada sling. kehkeh) Mama kidnap backpack abah untuk letak barang-barang Imran & Irma, namely diapers, baju extra, susu formula dan air panas Imran, wipes. Oh mama bawak jugak nursing cover untuk nenen Irma.
Pukul 10 lebih kami keluar rumah. Singgah drive-thru McD. Beli Big Breakfast dan Hotcakes. Park tepi tasik, makan dalam kereta. Hehe. Masa tengah tunggu order sampai, mama banyak kali jugak la cakap kat Imran, "lepas ni kita makan kat tasik ye." Then tetiba Imran sebut, "tacek". Seronok mama dengar. Hehe.
After breakfast, mama speed bawak kereta ke Putrajaya. Sampai sana pukul 1155. Mama dengan gagahnya bawak anak-anak. Siap singgah kat gift shop untuk beli 100 plus abah. Oh ye, kat giftshop ni jugak la mama first time nampak air tin longan dan kurma. Wah. Salah satu short cut untuk tambah susu. Hihi.
Tepat kul 12 naik lif pi tingkat 4. Abah dah menanti dah kat katil. Abah kata dah boleh keluar dah. Berseri-seri muka. Hehe. Pukul 1 lebih doktor bagi surat. Doktor kata 31 hb kena pi ambil darah lagi. Abah angguk aje tapi mama tau abah dah serik nak ambik darah.
Abah bagitau mama lepas ni azam dia sempena Maal Hijrah ni ialah dia nak berhenti merokok. Serik nak masuk hospital lagi. Mama tambah, mama kata ni baru ambik darah je. Bayangkan kalau sakit akibat rokok, lagi macam-macam test agaknya doktor buat. Abah sungguh-sungguh taknak merokok dah. Alhamdulillah. Until now memang abah tak pernah lagi hisap rokok. Bila dia nak merokok je, dia makan raisin. Siap sound mama, get ready ajelah abah nak gemok. Haha. Mama cakap kat abah, kalau terasa nak merokok je, bayangkan doktor nak ambik darah. Hahaha. Horror gila kata abah.
Khamis malam Jumaat, abah tetiba sakit kepala. Sakit yang amat-amat. Mama suspek sebab dia kurang minum air. Ye lah, kalau kat hospital kan sentiasa masuk air walaupun tak minum sangat. Kat rumah, dia kurang disiplin la. Minum ikut suka je. Mama bagi abah makan ponstan mama. Alhamdulillah pagi tu abah ok.
Pagi Jumaat kami balik Seremban. Abah kata dia nak makan sedap-sedap. Maklumlah mama masak bukannya sedap pon. Jarang masak pulak tu. Hoho. Kat Seremban pun kadang-kadang abah pening kepala. Mama sentiasa ingatkan abah, jangan tinggalkan air dan 100plus. Mama tak bagi abah minum kopi atau teh atau nescafe. Kalau minum, cepat-cepat minum air masak double the amount air berkafein yang abah minum tadi. Ecewah, macam orang bf pulok. Hahaha.
Sabtu petang, kami the whole family pi Bagan Lalang. Makan seafood tepi laut. Bolehlah tahan sedapnya. Cuma bagi mama kalau datang dari Seremban ke Bagan Lalang semata-mata untuk makan, tak berapa berbaloi lah. Unless tidur sana ke, lepak dari pagi ke, mungkin ok lah kut. Irma pulak asyik meragam. Tak aman nak makan. Hehe.
Pagi Isnin abah ajak pi Zoo Melaka. Tapi dengar khabar tanah runtuh pulak kat tepi highway. Jem teruk. Ye ke? Mama pun tak tau. Abah yang bagitau. So, kensel lah pi zoo.
Kesimpulannya, weekend yang amat panjang tapi takde mende buat. Nak ajak abah jalan-jalan bawak anak-anak, dia pun tak sihat sepenuhnya lagi. Bila dia yang mengajak pulak, ada saja benda yang menghalang. Ni lah takde rezeki namanya. Huhu. Nantilah abah. One day kita pi holiday puas-puas ek.
No comments:
Post a Comment