Irma dah tumbuh gigi! Dua batang gigi bawah. Akibatnya? Irma telah mengganyang B mama hingga luka. 2 gigitan sekali. Huhu. Maka berdarahlah B mama. Nak nenenkan Irma pun terseksa sungguh rasanya.
Mama mula perasan luka tu masa nak mandi, Isnin lepas. Kat breast pad mama ada kesan darah. Ok ow. Bila mama check, owh ada darah sedang menitis kat B. Patutlaaa rasa ngilu dan pedih semacam. Mama cuma sapukan susuibu kat B.
Masa nak nenenkan Irma, mama hanya mampu menahan sakit yaamat masa mula-mula. Lepas 10 saat macam tu, bila Irma dah 'melekap' barulah rasa sakit tu hilang. Ini semua sebab gigi Irma yang bergesel dengan luka tu.
Semalam, dek kerana tak tahankan sakit tu, dan kebetulan mama pun stay Cheras, mama minta abah pergi ke kedai Susuibu.com untuk belikan Lucas' Papaw Ointment. Lepas dah sapu, barulah rasa ngilu tu kurang. Dan rasa sakit masa nak nenenkan Irma tu dah berkurang dari 10 saat ke 5-6 saat gitu. Hehe.
Ada orang kata kalau nak ajar baby supaya jangan gigit masa nenen, kalau dia gigit kita tekap muka dia. Mama pernah buat tapi tak jalan. Irma lagi 'melawan' dengan 'menolak' kepala dia menjauhi B. Pernah juga cakap baik-baik dengan Irma supaya jangan gigit masa nenen. Hm, yang ni hasilnya dah ada sikit-sikit. Itupun lepas B dah luka.
Masa Irma nak nenen tu, dia tergigit lagi dan mama terjerit kuat. Irma terkejut dan menangis. Mama bagitau dia yang mama tak marah dia tapi mama terkejut sebab Irma gigit sampai mama rasa sakit. Mama bagitau juga dengan nada suara rendah kat Irma supaya jangan gigit B mama lagi. Sebab kalau Irma gigit, nanti luka. Pastu nanti Irma tak dapat nak nenen direct lagi sebab mama tak tahan sakit.
Pesanan ni mama bagitau banyak kali kat Irma. Well, ada nampak perubahan. Irma dah kurang 'rakus' bila nak nenen ie dah tak nenen ganas-ganas dah. Dia lebih berhati-hati masa nak mula hisap tu. Good girl!
Harap-harap cepatlah sembuh luka mama ni. Sakit woo.
2 comments:
act irma bkn sengaja 2 he3 yelah, gigi baru kan.. 2 yg xcited nk try kat B mama....
Alhmdlh amsyar pon da dpt gg dlm 1bulan tp xpenah g kena gigit... dia lg suka gigit kerusi keh3...
Tu baru tumbuh gigi..abih tu kalu dah 6 batang macam sufia tuh!selamat menahan sakit yer..kekeke..
Post a Comment