Ahh... hari ni mama dah start kerja balik setelah cuti 2 hari sempena kepulangan nenek dari haji.
Nenek sampai pukul 0030, 4 Januari lepas. Ikut plan, abah je yang keluar pi jemput nenek, atuk, dan aunties. Tapi tetiba atuk call suruh mama pun pergi sekali sebab tak muat nak letak beg. Haiyo. Beg sudah beranak-pinak dari 4 buah kepada 8 buah! Hoho. Masa tu Imran & Irma baru je lelapkan mata. Tak sampai hati nak angkut masuk dalam kereta. Tapi takkan nak tinggalkan diorang kat rumah pulak!
So berangkutlah kami 2 kereta ke KLIA. Bertolak pukul 0150, sampai pukul 0245 kalau tak silap. Nenek tunggu kat departure sebab kat arrival ramai sangat orang. Sampai Cheras tak terus sambung tidur tapi nenek, atuk, aunties semuanya terus unpack barang. Yang mama nampak, kebanyakan barang yang 'dikumpul' setelah sebulan lebih kat sana ialah makanan! Hahaha. Biskut itu biskut ini, coklat itu coklat ini, siap ada puding karamel, jus buah, kurma, macam-macam lah!
Untuk Imran & Irma, nenek siap belikan mainan lagi. Tapi mainan kat sana sangat mahal okeh. Ada satu mainan ni, macam ferris wheel. Siap ada muzik dan pusing-pusing. Harganya? 50++ riyal! Takde brand pun. Tapi sekarang sudah rosak sebab dua orang cucu kesayangan nenek tu pusingkan ferris wheel lawan arah. Hahaha. Dah tak berpusing dah.
Untuk mama, nenek belikan jubah dan gelang. Untuk Imran ada jubah, Irma dapat gelang. Tapi disebabkan gelang tu besar so mama pakaikan kat kaki. Jadilah gelang kaki. Abah dapat jubah, perfume, seluar, kopiah.
Terima kasih, nenek!
Oh ye, selama seminggu ni mama berulang Cheras-Shah Alam sebab nenek nak main puas-puas dengan Irma dan Imran. Hihi.
1 comment:
bestnye la kan kalu dapat gi mekah...bile la dpt nk kesane lagi...
mainan kt sane mmg mahal...aku dulu bli la keta control, dlm 60 riyal la...sampai kat umah, keta tuh tak berfungsi pon...mencik tul la..sampai skrg jadi hiasan je la
Post a Comment