Wednesday, January 21

Ku Tak Tahan

Mama ditag oleh Madam Za dan MamaDhea. Terima kasih kerana mengasihiku. Ecewah.

Ku tak tahan apa ye? Mama try lah list kan okeh.

  1. Asap rokok
    Menci taw! Tak suka bau asap rokok! Especially kalau dalam aircond. Double triple tak suka! Kenapa la ada manusia bengong yang terus je masuk dalam opis lepas 'fogging' (betul ke eja nih) kat luar?

  2. Anak merengek takmo diam walaupun setelah dipujuk
    Ohooo panjang tak title di atas? Memang gereeemmmm je bila anak-anak merengek tak tentu pasal. Bila ditanya, makin kuat merengek nya. Buatkan susu, dia diam masa kita bancuhkan. Kononnya hepi la mamanya buatkan susu. Bila bagi, boleh pulak mengamuk. Tension okeh! Tapi last-last dia minum gak susu tu. Adeh la hai anakku. Kan Imran reti cakap 'nak' kalo nak susu?

  3. Timbunan baju kotor
    Seperti ibu-ibu yang lain, saya juga menjadi resah-gelisah bila melihat timbunan baju kotor yang banyak. Selagi itu laundry bag tak kosong, selagi tu hatiku tak tahan. Tapi saya sangat tak koser melipat baju. Maka timbunan baju bersih jugak adalah sangat membukit. Tapi takpe sebab bersih. Hahaha. Boleh ka gitu?

  4. Pemandu yang kureng berhemah
    Saya sangat menyampah dengan pemandu jalanraya yang suka 'beam' lampu kereta dia tapi tak kena tempat. Kononnya dia nak cepat dan kita ni slow sangat. Helloooo! Kat depan haku pon kereta melambak-lambak tengah slow okeh. Tak nampak ke tengah jem? Yang ko dok 'beam' lampu tu nape? Boleh lajukan kereta haku ke? Kamu ingat kamu ambulans?

  5. Tandas yang kotor dan musyuk (baca dengan mencepit jari kat hidung)
    Ini juga salah satu yang ku tak tahan. Saya sanggup menahan diri dari melepaskan hajat di hati daripada menyeksa deria bau dan penglihatan saya di tandas yang kotor. Gunakanlah tandas dengan berhemah, wahai rakyat Malaysia. Guna macam kat rumah la. Selagi itu bendasing hasil kalian tak hilang dari penglihatan, selagi tu jangan keluar dari jamban. Ada paham?

Okeh. Itu ajelah kot. Saya tag kepada semua pembaca blog saya. Selamat menjawab tag!

2 comments:

Opie said...

yg no 5 tuh susah sket...nak bace sambil tutup idong..ekekeke

Mommy2H said...

zety sila collect your award..hehe

http://mommy2h.webs.com/

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!