Friday, January 2

Interview

Tadi dapat panggilan dari Jabatan Kesihatan (kot?). Interview mama pasal kes denggi abah. Huhu. Banyaknya dia tanya. Nak dekat 8 minit jugaklah.

Tanya abah pi mana antara 4 Disember hingga 17 Disember. Ada pi pasar malam tak. Ada makan kat luar tak. Pi kerja pukul berapa, balik kerja pukul berapa. Pi jumpa supplier pukul berapa. Huhu. Banyaknya soalan. Terasa ala-ala cuak pun ada. Macamanalah agaknya orang yang kena soal-siasat dengan pihak polis atau kat mahkamah ek? Sure seremmm jek.

Lastly sebelum letak telefon orang tu suruh sembur Shieldtox/Ridsect satu ruma pukul 7 pagi dan/atau 7 malam.Especially kat tempat-tempat gelap dan lembap.

Kawan-kawan, bersama-samalah kita mencegah pembiakan nyamuk Aedes!

1 comment:

sW33tdARLiNG said...

adehhh, skang ni memang musim demam... kami anak beranak semua demam satu umah...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!