Thursday, March 19

Imran dan Ultraman Mebius

Sehingga semalam, Imran hanya mempunyai satu DVD Ultraman Tiga, yang dibeli secara terpaksa di Tes.co Shah Alam. Hampir setiap hari Imran asyik minta mama atau abah pasang DVD tu, sampai mama dah nak naik muntah tengok cerita 'Men' dia tu.

Jadi semalam abah pun belikanlah DVD Ultraman cetak rompak baru untuk Imran. Kali ni Ultraman Mebius pulok. Penjual DVD tu kata cerita ni tak dialihsuarakan ke Bahasa Melayu. Dah namanya cetak rompak kan. Abah pun angguk-angguk dan terus belikan DVD 8 in 1 tu.

Sampai rumah, terus pasangkan DVD tu. Setkan supaya ada subtitle BM. Macamlah Imran reti membaca. Haha.

Sudahnya.....

Akibat boring sebab tak paham satu hape pun, tak lama lepas tu pun Imran tertidur kebosanan. Jangankan lapan, satu cerita pun tak sempat habis. Last-last mama dan abah pulak yang layan cerita 'Men' Imran tu. Hahaha. Layannzzz.


Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!