Wednesday, March 18

RM0.89

Kelmarin semasa saya membeli belah kat Pasaraya Bintang Seksyen 7, saya telah membeli air tin Longan & Red Dates jenama Sea.sons. Satu tin harganya RM0.89. Murahnya. Saya pun beli la 5 tin.


pic dari linsharliana.com. (mak mintak tolong pakcik google dapat gambar ni)

Saya minum 1 tin waktu pagi dan 1 tin lagi sebelum tidur. Hasilnya, Alhamdulillah susu saya ada peningkatan production-nya. Pagi tadi saya mampu menghasilkan 9oz susu. Lepas ni bolehlah saya beli lagi air ini dengan banyaknya kat sana.

P/S: Ini adalah pendekatan orang yang ada 'M' besar kat bahunya. Sila abaikan. Longan kering yang direbus sendiri lagi bagus sebenarnya. Plus lagi ekonomi.


8 comments:

~ As ~ said...

ku selalu buat sendiri rebus longan kering + kurma merah... wahhh tak sangka ada dlm tin.. nak nak nak..

mamalisa said...

salam perkenalan, thanks sebb jadik my follower blog.Tak pandai sgt bab-bab follower function tu, nanti ada masa saya explore..hehehe

longan dlm tin yer?terbukti production meningkat?bagus tu, harus ku carik jugak..nak tingkatkan productivity yg masih di takuk 4 oz ni. thanks for sharing ya.

Nieza Ishak said...

wah wah wah .. lagi senang ekk. kena buat stok air ni.

Husband nieza dah sebulan beli longan kering, nieza tak start buat lagik sbb susu still menten lagik.soooooo penyakit M bermaharajalela .. muahahahah

Crazee Choc's said...

tak penah nampak pun jual ni.... sbb saya pam dpt 4 oz je.... normally 6-8 oz

tp.. mmg murah la

Crazee Choc's said...

zeti.. nak mintak email bole?

NM said...

wa bagus2!!!!
pasni nk wt stok gak..sya minum gak..tap yg instant punye...baca kt blog sya..hehe :)

Unknown said...

as: ini stail org ma.las. hahaha

mamalisa: cuba jgn tak cuba

nieza: jgn M selalu... nanti menyesal macam saya... huaaaa...

marisa: ada banyak brand sebenarnya. air kotak pun ada. saya dah bagi email add kat blog marisa.

mama-qaisara: sila-sila buat stok :)

Unknown said...

sy pun nk kena carik jugak nih...
hehehe.. nampak cam sedappppp jer...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!