Thursday, March 19

Mom of The Year

Dapat award dari Rizza.




Comelnya gambar ni. Siap pakai sling lagik.

1. Admit one thing you feel awful about (involving being a mom). Once you have written it down, you are no longer allowed to feel bad. Remember you are a good mom!
Mama paling menyampah kat diri sendiri sebab selalu ter-marah Imran. Lagi-lagi semenjak Irma ada. Mana taknya, ada ke patut dia cakar muka Irma. Adoyai anak terunaku. Tapi itu bukan alasan untuk mama tinggikan suara dan babab Imran. Mama pun tak tau la apasal semenjak dua menjak ni senang sangat temper. Tak baikkan? Mama minta maaf ye Imran sayang. Mama akan cuba sedaya upaya untuk jadi lebih penyabar. Huhuhu.

Kalau tang Irma pula, mama minta maaf sebab tak berapa jaga makan dulu-dulu. Main belasah je makan pucuk ubi, pucuk paku. Last-last Irma yang terima padahnya, kembung perut sepanjang malam. Mama minta maaf ye Irma gegerl.

2. List 7 things you love about your kids, you love doing with your kids, or that your kids love about you.



- Imran
1) Anak yang bijak. Senang ikut apa yang diajar.

2) Hensem dan comel. Ikut mama la ni. Ah ah ah (gelak gaya CY)

3) Kuat membebel walaupun mama tak paham apa yang dia cakap. Tapi mama suka dengar Imran membebel.

4) Suka buat muka cute - senyum sampai telinga pastu sengetkan kepala (dapat bayangkan ke?) ke kiri ke kanan.

5) Mama suka main bola dengan Imran. Harus aku kurus kalau selalu main bola dengan dia. Hahaha.

6) Imran paling suka pi playground. Lagi-lagi kalau kawasan playground tu luas. Wahh... tak cukup kaki dia lari sana sini. Tak cukup kaki gak abah atau mama mengejarnya.

7) Mama suka tengok bila Imran makan. Anak terunaku ini suka makan! Seronok tengok nasi yang kita suap habis. Tapi kalau biar dia suap sendiri, habis jugak. Habis bersepah kat bawah meja!

- Irma
1) Anak dara mama yang bijak dan cepat tangkap.

2) Suka senyum. Saja nak tunjukkan lesung pipit dia yang kiut tu. Ini pun ikut mama jugak ni ada lesung pipit. Ah ah ah (lagi sekali gelak CY)

3) Mama suka bila time bf dengan Irma. Nikmatnya tak terucap. Maklumlah masa Imran dulu mama tak berpeluang nak bf dia.

4) Pantang kalau mama hilang dari mata. Mesti melalak. Unless kalau dia tengah leka tengok kartun. Owh terasa mama sangat2 diperlukan oleh Irma.

5) Irma suka duit. Pantang nampak mama keluarkan duit dari wallet, mesti dia nak sambar. Haiyo. Suka duit untuk simpan takpe tau Irma. Suka duit mama untuk belanja/habiskan, tak mau la.

6) Kalau Imran dengan doraemon nya, Irma pulak dengan tuala. Tak kira la tuala apa. Besar ke kecik ke. Kalau nak tidur, dia akan sambar tuala, gentel-gentel tuala tu sambil jari tangan sebelah lagi masuk dalam mulut (jari telunjuk dan jari tengah). Nampak begitu heaven sekali.

7) Suka bergambar. Kalau dia nampak mama halakan kamera/henpon kat dia, automatically dia akan senyum sambil tunjuk lesung pipit dia.



3. Send this to 5 other moms of the year that deserve a reminder that they too are the best moms that they can be. Remember to send them a note letting them know you have selected them, and also add a link to your post that directs people back to the person who nominated you

Sekian. Mama beri award ni kepada sesiapa yang belum dapat lagi.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!