Wednesday, March 4

Mama... Mama...!

Dua hari lepas, dalam pukul 9 malam, mama pi kedai sengsorang untuk beli diaper Imran. Tinggal 2 keping je. Abah dan anak-anak tak ikut. Satu, sebab abah tak sihat. Dua, masa tu hujan. So, mama pun drive la ke kedai sengsorang.

Masa mama nak bertolak tu, Imran memang dah start nangis dah nak ikut. Itu adalah normal kalau dia nampak abah nak keluar rumah. Biasanya mama pujuk dia kejap, dalam 10 minit macam tu ok la dia.

Bila mama balik dari kedai, Imran masih menangis lagi! Mama rasa, ada la dalam setengah jam. Menangis macam apa. Memang tak sanggup nak tengok. Irma tak yah cerita la kan. Anak dara sorang tu memang takleh berenggang dengan mama.

Sampai2 rumah mama terus dukung Irma. Imran pulak datang kat mama sambil peluk mama. Dua2 tersedu sedan macam tak jumpa mama sebulan. Kesian mama tengokkan. Pujuk2 sampai tertidur dua2, kepenatan sebab menangis lama gila.

Esoknya, abah cerita kat mama. Masa mama pi kedai tu, Imran menangis sakan. Kelam kabut dia cari mama. Kejap ke tingkap yang kat tangga (tingkap tu rendah so dia boleh nampak luar), kejap ke sliding door. Macam kucing hilang anak. Pastu bila dengar je bunyi kereta kat luar rumah, cepat2 dia ke sliding door dan tingkap balik, sambil menangis2 dan sebut, "mama... mama..." Sayu mama dengar.

Tak pernah jadi macam tu sebenarnya. Biasanya Imran ni jenis yang senang dipujuk. Bukak PHDC kejap, dia ok la. Abah kata, cara Imran mencari-cari mama tu macam dia takut something bad akan terjadi. Owh... sian nya anak mama. Lainkali mama takkan tinggalkan Imran dan Irma lagi ok. Except kalau ke taska. Hehe.


Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!