Tuesday, September 1

Cerita Cuti Merdeka

Cuti weekend yang panjang baru-baru ni balik ke Seremban. Tak lama pun. Pagi Ahad dah balik ke sini balik sebab En Abah sangat-sangat busy nak uruskan kiosk barunya.


Puasa: Hari ke-7

Jumaat petang kami ke kampung saya yang 'jauh' itu. Berbuka kat sana sebab ada family meeting. Menu berbuka ialah bubur lambuk Kg Baru, lompat tikam, bubur pulut hitam, paru goreng berlada, sup ayam, sayur campur dan beberapa makanan yang dah tak ingat. Banyak sangat!


Lepas berbuka En Abah terpaksa ke Alamanda untuk tambah stok barang so lepak lah kat kampung dengan anak-anak. Dalam pukul 10.30 malam barulah En Abah sampai. Terus balik ke Seremban malam tu jugak. Saya dan anak-anak dah tertidur dalam kereta. Kesian En Abah drive sesorang padahal dia tersangatlah penat.


Puasa: Hari ke 8

Bersahur di Seremban. Menu sahur ialah ikan gerut-gerut masak kari. Waktu sahur amat mengantuk so makan ala kadar saja.


Siangnya En Abah tetiba ajak main bowling kat Jusco Seremban 2. Haih. Layankan saje. Hahaha. Bawa adik ipar dan anak-anak buah jugak.


Dah 10 tahun tak main bowling, memanglah hampeh prestasinya. Lagi banyak masuk longkang daripada jatuhkan pin. Hahaha.


Berbuka pula, menu adalah kari ayam dan nangka, ayam golek (En Abah beli sebab teringin), sayur sawi tumis air, sambal tumis ikan bilis, air mangga. Kenyang gila!


Oh ye, start beberapa minggu yang lepas, kami dah tak tidur kat bilik lagi kalo kat Seremban ni. Kami anak-beranak tidur kat ruang tamu. Sebab bilik tidur kitorang agak panas sikit dan Imran tak tahan. Nanti malam-malam dia mengamuk-ngamuk, tergaru-garu leher dia sampai luka-luka.


Bila tidur kat ruang tamu barulah dia ok. Mungkin sebab guna kipas siling so circulationnya tu better lah daripada kipas meja kan.


Malamnya kami anak-beranak terbongkang depan TV sambil layan movie. Titanic gitu. Imran dengan Irma pun dok menahan mata layan Titanic. Sabor je lah.


Puasa: Hari ke 9

Bangun sahur dengan mata terpisat-pisat. Ye lah, sudahlah tidur lambat melayan Titanic, siap menangis sampai bengkak-bengkak mata lagi. Hahaha. So bangun tidur tu agak liatlah jugak.


Menu sahur adalah sama dengan menu berbuka so tak payah lah dok ulang lagi.


Sebelum Zohor dah berangkat balik Cheras.


Menu berbuka kat Cheras ialah roti John hasil air tangan adik, sup tulang, paru goreng berlada, sayur campur (brokoli+kubis+cendawan tiram). Nampaknya sayur campur dah jadi menu wajib mak pulak sejak dua menjak ni. Layankan saje.


Puasa: Hari ke 10.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!


Malam tadi tidur awal so tak tahu la ada sambutan Merdeka ke tak kat TV. Lepas Subuh tidur balik so takde tengok apa-apa perbarisan ke tak. Haha. Gila tak patriotik sungguh.


Ikut mak dan adik ke Kajang sebab nak tukar baju kurung. Ada sedikit defect kat kain dia. Ye, kami selalu beli baju siap sahaja. Hehehe.


Selepas ke Kajang, singgah pula ke Jusco Cheras Selatan. Beli kurma. Buat spec baru sekali. Jenama adalah chap X sahaja. Tak koser nak beli yang mahal-mahal sebab lens adalah mahal. Mak kan rabun tahap langit ke-7! Lens sahaja sudah lebih RM400. Kalo pilih frame yang dahsyat-dahsyat haruslah habis gaji mak! *Pengsan*


Oh masa kat sana ada orang jual face mask yang dibuat dari kain. Saiz budak kecik pun ada. Sehelai RM5. Belikan untuk Imran & Irma. Kalau tahu Cik Fid dah start buat mask DIY, tak koser nak beli kat orang tu. Hoho.


Malam tadi En Abah balik pukul 1 pagi. Kesian En Abah kepenatan. Pagi tadi nak bangun sahur pun tak larat.


Oh ye, En Abah ada buka kiosk baru kat Giant Stadium tu. So, kalau ada yang nak beli capal kulit ke, belt untuk dewasa dan kanak-kanak ke, sila-silalah ke Giant Stadium, atau ke Ole-Ole Seksyen 18, atau ke Alamanda ok. *Promote*


Pagi ni gerak awal sikit ke tempat kerja. 1st day sekolah adalah sinonim dengan heavy traffic jam so better keluar awal. Petang ni balik tak taulah macamana. Tak dapat bayangkan ke-heavy-an traffic jam nanti. Berkemungkinan akan balik selepas berbuka kot.


Panjangnya entri kali ni. Ampun ye kalau bosan. :P



2 comments:

Opie said...

zety, ko kat seremban kat mane..hari ahad lepas aku singgah kat pasar ramadhan ampangan..carik nasik ayam lotak lotak abeh tuh..hahhha

Unknown said...

opie, aku dekat2 senawang. ooo kedai makan nasi ayam lotak-lotak abeh tu dekat beno dgn rumah MIL aku. tapi tatau la bulan posa dia bukak ke tak. mebi tutup sebab fokus kat PaRam kan.

nasi ayam dia mmg superb beb.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!