Sabtu lepas dek kerana banyak aktiviti yang dibuat, sampai lupa pulak nak cerita keberangkatan SIL #3 ke luar negara. Hehe.
SIL #3 satu family akan duduk kat oversea selama 3 tahun. Husbandnya kerja kat sana. SIL #3 pulak terus berhenti kerja, ikut husband dia. Syoknya la hai. Rezeki masing-masing.
Flight nya pukul 12 malam. Biasalah kena masuk 2 jam awal kan. Kitorang ni nak menghantar le diorang kat KLIA. Bertolak dari Cheras lepas Isyak. Bajet kurang sejam sampai lah kat KLIA tu.
Siap singgah kedai ubat cina beli susu Imran lagik.
Sekali sampai lambat daa..... Lambat punya pasal, En Abah parking je kat depan pintu departure tu. Nasib lah. Dari tak dapat jumpa SIL #3 kan. 3 tahun tu lama wooo....
Masa kitorang berjalan nak masuk dalam tu dah perasan dah ada polis yang jaga. Tapi both polis and kitorang memasing buat donno je.
Fuh. Sempat jugak jumpa SIL #3. Masa jumpa family En Abah memasing dah sot set sot set dah menangis. Saya tak sempat nak feeling-feeling sebab sampai lambat bebeno kan. Sampai je, salam-salam amik gambar, terus le SIL #3 dan family kena masuk dalam. Huhu. Sedih je rasa. Siap sampaikan pesan yang dia tinggalkan satu beg baju anak dia untuk Irma.
Lepas dah menghantar tu, Imran dok sibuk nak ikut sepupunya. So, kitorang bagi la dia ikut, karang before tol amik la dia balik.
Sampai kat kereta je, jeng jeng jeng......
Kena saman la, apa lagi!!!! Koser tau abang pulis ni saman dalam diam-diam. Hahaha. Dah la pinjam kereta mama saya. Haruslah kena settlekan saman cecepat kan.
Nak keluar dari KLIA tu ada pulak road block. Fuh nasib baik le pinjam kereta mama. Kalau naik kereta En Abah, memang sah-sah le kena saman. Dua kali saman di situ! *No worries now kereta En Abah dah renew roadtax dah :)*
Lepas tu tunggu SIL #2 kat tol. Nak ambik Imran balik. Masa En Abah ambik dia, dia nangis tak ingat punyaaa!!! Bila tanya SIL #2, dia cakap Imran nangis pastu dok sebut-sebut,
"Nak bapak. Ban sayang bapak!!!!"
Hoho. Dia ingat kitorang tinggalkan dia. Padahal dia yang beriya nak ikut sepupu dia tu. Sedih ada, kelakar pun ada. Hehe.
Saya terpikir la kenapa pulak Imran cakap gitu. Then baru teringat. Tengah hari tu masa kitorang on the way nak pi tengok En Abah main futsal, saya tanya Imran,
"Imran sayang bapak tak?"
Geleng.
"Nape Imran tak sayang bapak? Emm... Kalau bapak gi kerja jauh-jauh, tak duduk dengan mama, tak duduk dengan Ban, Ban tak sedih ke?"
"Tak." Huhuhu.
FYI, semenjak dua menjak ni Imran memang tak mau rapat dengan En Abah, kecuali masa main-main Ultraman-lawan-raksasa atau main polis-polis, atau masa kat Seremban. Selebihnya, dia lebih senang dengan atuknya. Mungkin sebab atuknya yang jaga dia kot. Or mungkin juga sebab memang dia berada di dalam fasa 'memilih orang' kot.
So kadang-kadang En Abah terasa la jugak kan. Saya sendiri serba salah dibuatnya. Takkan nak paksa-paksa Imran rapat dengan bapaknya? Tapi kalau dibiarkan, takut Imran tak mahu langsung dengan En Abah nanti. Kan susah. Ke... saya yang terlebih concern ni?
Anyway, berbalik pada cerita tadi, tak sangka pula borak-borak ringan saya dengan Imran masa tengah hari tu terpahat dalam otak dan hati dia. Seriously saya tak sangka.
Kesian pulak tengok Imran masuk kereta sambil badan tersengguk sengguk menahan tangis.
Salah saya ke? Salah ke cara saya? Atau betul ke cara saya tu untuk 'merapatkan' balik En Abah dengan Imran?
Huhuhu.
1 comment:
Shops at BEST price for baby clothings and accessories with us. Also grab the cute toy socks at only RM 6/pair from BabyShop!!
Post a Comment