Wednesday, August 25

Dari semalam badan rasa tak sedap walaupun badan ai ni 'sedap-sedap' :P. Kat ofis, tisu mesti sentiasa ada kat depan mata. Balik rumah, badan dah mula rasa seram sejuk. In fact, sampai je rumah saya cari bantal dulu. Terus tertidur sampai waktu berbuka.


Malamnya saya menggigil satu badan. Sejuk sangat! Kena air rasa macam kena ais! Tidur bertemankan sweater dan berselubung comforter lah jawabnya.


Pagi tadi kepala rasa beratnya yaamat! Sudahnya saya ke klinik. Sampai kat klinik, pandai pulak demam tu 'lari'. Ceh. Tapi dapat MC dari doktor. Dua hari. Dapatlah berehat. Alhamdulillah.


As for En Abah pulak, demamnya pun on and off. Macam biskut. Kejap2 ok. Kejap2 tak ok. Gerai dah beberapa hari tutup dek kerana kesihatan En Abah yang tak menentu. Kalau esok still macam tu keadaannya, nak tak nak saya terpaksa 'paksa' En Abah ke klinik untuk ambil darah. Harap-harap bukan demam denggi. Bukan juga sakit yang bukan-bukan. Harap2 demam biasa lah. Semoga En Abah cepat2 sembuh.


Anak-anak, Alhamdulillah dah makin sihat. Cuma Imran aje yang masih selsema. Cepat2 lah sembuh ye Imran. Mama sayang anak-anak mama.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!