Tuesday, January 4

HKLBR

Ahad lepas kami satu family tengok cerita ini.




Ye... kami satu family termasuklah mak dan ayah saya. Hehe. Tak pernah-pernah mak ayah saya join tengok wayang. Cerita Mamat Khalid ni berjaya tarik minat parents saya masuk panggung.


Komen? Hmm... kelakar memang kelakar lah cerita ni. Tang yang lawak nya memang saya menangis sampai keluar air mata. Haha. Especially tang hantu tet*k tu. "Panjangnya kop*k dia..." bak kata Zami Ismail. Haha. But personally saya rasa Zombie Kampung Pisang lagi menyengat.


Nak sipnosis ke? Tak yah la kut. Kalau tanya kat Pakcik google tu berlambak sipnosis yang ada. Meh nak cerita benda lain lak. Masa dalam panggung hari tu, kan sebelum start movie tu ada iklan movie lain kan? Saya kurang berkenan sikit tang iklan nih. Bukan apa, HKLBR rated as U, untuk tontonan umum. Tapi diorang ni siarkan gazette movie yang selain dari U. Tak kisah le 18SG ke, PG13 ke. 


Time tu diorang tunjukkan movie hantu yang lain. Khurafat kot kalau tak silap. Memang agak seram la gazette tu. Yang kesiannya ada budak baya-baya Imran yang tengok iklan tu terus menangis tak ingat dunia. Takut kot. Kesian budak tu. Sampai bapaknya kena bawak dia keluar untuk tenangkan dia.


Ye lah. Taulah HKLBR tu cerita hantu. Tapi hantu tak seram langsung ok. And rated as U. Bukannya PG13 atau lain-lain. Kalau dah U, mestilah semua lapisan umur gi tengok kan. Tak adillah tunjukkan gazette movie yang menakutkan. Kalau ada wanita hamil ke, orang sakit jantung ke, orang penakut nak mampus macam mak ni ke macamana? Tak ke naya namanya? Hisyy... tak sensitif betul diorang ni.


Hopefully pihak-pihak berkenaan tolonglah siarkan gazette movie yang bersesuaian dengan jenis movie yang ditayangkan. Bukannya letak ikut suka-suki je.


Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!