Tuesday, February 1

Selamat Hari Wilayah

Selamat bercuti kepada mereka yang layak bercuti :)


Hari ni jalan adalah lengang. Sangat best bawak kereta. Perjalanan biasanya ambil masa 45 minutes jadi 25 minutes too late aje. Tu pun bawak takat 80km/j je. Kalu dak haku speed 110km/j. Opss! :P


Malam tadi sempat lah buat nugget sendiri untuk snek anak-anak pagi ni. Tapi bekalan hari ni tinggal seciput aje sebab si abang request suruh masak jugak nugget tu malam tadi.


Update on Irma - semalam bawa dia ke klinik pakar tapi klinik tu still tutup lagi. Cuti CNY kah doktor? Nampaknya bisul tu dah kering sikit. Masih ada baki nanah yang belum habis keluar. Kalau tengok rasa geram macam nak picitkan aje nanah tu keluar biar habis. Tapi doktor dah pesan jangan picit. Biar dia keluar sendiri. 


Sekarang bawah telinga Irma tempat nanah tu dah macam rupa kudis pulak. Hopefully takde la berparut. Malam tadi pun dia tidur lena. Maknanya rasa sakit tu dah takde la kot. 


Imran pulak dah selamat dibotakkan oleh atuknya. Sedih ai. Dah banyak kali pesan kalau ye pun nak gunting rambut dia jangan la botakkan. Huhuhu. Tapi nak buek camno. Terima ajelah. 


Selamat Hari Wilayah!


Cuti ni tak ke mana-mana ke? :)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!