Wednesday, May 25

3rd Check-up

Baru balik check-up.


Aiyarkk itu blood pressure sudah naik. Jadi 140/80 dah. Hooo. Mungkin sebab sekarang ni cepat sangat rasa penat. Kena pantau bp setiap hari untuk seminggu pastu kena hantar report kat doktor. Kena make sure bp jangan cecah 140/90. Sipi-sipi je lagi tu kan?


Berat turun another setengah kilo. Mungkin sebab lately ni kurang selera nak makan nasi atau makan berat. Tapi kata doktor takpe. Sebab memang takleh naik banyak-banyak. Kena naik max sekilo je sebulan. Orang lain 2kg. Eheh. Gitu le kalau 'comel' sangat. Haha.


Doktor nasihatkan kalau takde selera makan, just focus pada nutrition. Tak selera makan nasi, silalah makan sayur dan ayam atau ikan masa lunch. Takyah nasi pun takpe. Kata kena kontrol berat badan kan? Lepas tu pastikan makan buah at least sekali sehari. Pastu kena minum vitagen atau yakult sebab ada discharge terlebih sikit. Heh.


Baby Alhamdulillah ok. Sudah 17 minggu. Berat dia 161g. Hmm lebih kurang berat handphone 5-6 tahun lepas kot? Hihi. Tapi uri jatuh sikit. Belum tahap bahaya lagi lah so doktor kata masa tidur tu kaki tinggikan sikit.


Lepas tu kena buat urine test. Keputusan ok, cuma kena minum air masak lebih. Hah kantoi. Haku memang susah bebeno nak minum air kalau kat opis. Walaupun ada sebotol besar air kat atas meja ni, boleh pulak terlupa nak minum. Hoho. 


Next check-up akan buat MGTT pastu amik darah sekali. So nasihat doktor, sila jaga pemakanan untuk sebulan ni supaya MGTT ok. Kalau tak ok, nanti kena buat lagi sekali sebulan selepas itu. Hish tak suka ok minum air gula tu. Manis kemain.


So peringatan untuk diri sendiri - next check-up ialah pada 29 Jun 2011. Kena datang awal untuk buat MGTT. Perut kena kosong. Boleh minum air masak sahaja. Datang dalam pukul 9 pagi. Buat MGTT, then balik opis balik. 2 hours after that kena datang lagi. Haih mau aku amik cuti je hari tu. Hahaha. *Tanduk sudah tumbuh sikit*



Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!