Wednesday, May 25

Happy Belated Birthday, Irma!

Semalam genap 3 tahun umur Irma.


Cepat betul masa berlalu.


Sambutan sekadar potong kek je. Insyaallah Sabtu ni sambut dengan sepupu sepapat Irma kat Seremban nanti.


Irma - makin cheeky, bijak, tapi kuat merajuk. Hehehe. Ikut perangai siapa la tu? :P Alhamdulillah dah berjaya diaperless (tapi waktu siang je la). Malam masih pakai diaper. 


Irma jugak sangat berani. Kalau dia terasa nak kencing, terus je dia bukak seluar pastu pi toilet sorang-sorang. Tau-tau je ada suara budak kecik buat announcement dari toilet, "Irma tencing!" Risau jugak kalau budak berani sangat nih. 


Macam malam tadi, rasanya dah pukul 12 lebih. Tiba-tiba je Irma kejut saya, tunjuk diaper yang belum pakai punya. Pastu bagitau dia poo-poo. Bila tanya, siapa yang ambikkan diaper (diaper simpan kat tingkat bawah), dia jawab, "Ima la amik. Ima amik sowang-sowang. Ima baani (berani). Ima tak tatot (takut)!"


Haiyo. Berani sungguh ok. Semua orang dah masuk bilik masa tu. Takde siapa pun kat bawah. Berani dia turun tangga sorang-sorang, gelap-gelap. Syukur tak terjatuh ke apa. Scary ok.


Bab belajar, Alhamdulillah dia memang minat belajar. Mak dia je malas ajar. Hampeh tul. Biasanya nenek atau atuk yang ajar itu ini. Hehe. Irma boleh baca Al-Fatihah sikit-sikit tapi pelat lah. Yang paling dia hafal doa makan dengan doa tidur.


Pastu sangat suka menyanyi. Paling dia suka lagu Wali Band yang Baik-baik Sayang tu. Kemain dok ulang-ulang korus lagu tu. Hehe.


Oh lagi satu sangat suka tengok cerita hantu. Apa yang best sangat cerita hantu tu tah. Kalau ada drama series cerita hantu kat TV tu, memang terasa sunyi je rumah sebab Irma tengah khusyuk menonton. Fokus gila. Haha.
 Lepas tu siap komen, "Alaa, tu bukan hantu la. Dia metap (make-up) je." Hoho.

Apa pun Irma, mama saaaayang princess mama ni. Jadi anak yang solehah, baik budi bahasa, cantik, comel, dan segala yang baik-baik. Happy birthday, sayang. Mmmmuahh!!!


Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!