Wednesday, July 27

Zzz

Ngantuk!!! Gila berat mata aku nih.


Dah dua malam jejak rumah nak dekat pukul 11. Semuanya sebab nak settlekan hal rumah kat Shah Alam ni. Kalau harapkan weekend je mau sampai raya haji pun tak masuk rumah lagi. Ehehe.


Pagi tadi aku drive macam orang sewel je. Mata dok terkatup-katup terpisat-pisat. Macam drive dalam mode auto pilot pun ada. Fizikal je tengah drive, tapi fikiran dok ingat bantal dengan tilam je.
Kalaulah boleh suka suki masuk ofis pukul berapa, nak je aku masuk pukul 12 tengah hari!


Monday, July 25

Pulang ke sarang

Alhamdulillah. Kerja-kerja nak pindah dah hampir 50% selesai. Hopefully dapatlah kami pulang ke sarang semula dalam bulan puasa ni :)


Pinda memindah ni banyak penat woo... lagi-lagi kalau rumah kita tu dah pernah orang lain duduk sebelum kita. Student pulak tu. Lelaki pulak tu. Mak aiii satu kerja nak mengemas rumah yang tah macam hape. Aku rasa diorang memang tak pernah le buat kerja-kerja pembersihan. Dinding bilik air berkarat Ya Rabbi.
Tapi aku bersyukur walaupun budak-budak ni duduk rumah aku macam duduk kolej - tak pernah cuci toilet ke apa, tapi so far aku tak pernah le dengar aduan dari jiran-jiran pasal diorang buat perangai tak senonoh. Cukup baik bagi aku.


Kerja-kerja pembersihan dah hampir selesai. Tinggal nak tambah itu ini sikit, nak panggil plumber betulkan tah hape yang bocor kat belakang tu. Then masukkan barang-barang. Lepas tu Insyaallah boleh le pindah. Yay.



Thursday, July 21

Hello

Sedang berehat sambil temankan En Abah tengok bola.

Semalam pi check up. Result mgtt aku sungguh menyedihkan. Ye, bacaan untuk lencing manis sangat tinggi weh. 9.6.

Salahkan diri sendiri kerana sungguh beriya makan durian masa balik seremban last week.

Salahkan diri sendiri jugak kerana makan gula-gula agak banyak dek kerana nak tahan ngantuk masa gi lursus hari tu. Eheh.

So, lagi tiga minggu aku kena hadap air gula tu lagi sekali. Paling tak best sebab takleh puasa masa tu. Huhu.

Blood pressure ok. Baby Alhamdulillah ok dan dengan lepaknya telah menunjukkan jantinanya kat aku dan doktor. Hehe. Berat baby 788gram. Berat yang ok untuk baby 25 minggu.

So, next appointment ialah 19 Ogos. Aku kena jaga makan especially tang benda benda manis nih.

Oh aku dah start kerja kat tempat baru. So far so good. :-)

Friday, July 15

Semalam dan Hari Ini

Semalam kononnya nak buat MGTT tapi cancel sebab doktor tengah ada kes orang bersalin maka klinik adalah tutup. Adeh. Postpone la nampaknya.


Hari ni dapat khabar gembira yang dinanti dah sebulan lebih dah. Syukur sangat.



Hari Pertama

Hari pertama di tempat baru. Belum start apa lagi hari ni. Baca fail meja je. Sangat ngantuk okeh.


Ni aku tengah kat opis lama ni. Tengah dok transfer file-file dalam PC warga emas ni ke external hard disk. Gila lama ah. Jangan aku lambat masuk opis sudah.


Wednesday, July 13

Selamat Tinggal Kawanku Ofisku...

Hari ni ada makan-makan dan doa selamat kat ofis sempena bos akan dapat bilik baru, pegawai naik pangkat jadi datuk sebab dapat cucu pertama, serta meraikan kepergian aku.


Esok last day aku kat sini. Sedih? Siapa yang tak sedih tinggalkan ofis lama. Tapi aku lebih kepada agak cuak nak memulakan kerja di tempat baru. Oh aku memang gitu. Selalu cuak kepada benda-benda yang tak terjadi lagi. Eheh.


Hari ni aku (baru) nak transfer semua dokumen & benda alah lain yang ada dalam PC ni. 6 tahun guna PC yang sama, haruslah berlambak-lambak benda alah tah hape-hape (yang dah jadi tukun pun ye) yang wujud dalam PC ni.


Lepas tu aku nak asingkan pulak dokumen-dokumen untuk diwariskan kepada pengganti aku :) Kena susun betul-betul ni. Tak kang harus pening kepala En. A tu nanti. 


Hari ni kalau larat aku nak angkut semua harta benda aku yang ada dalam bilik ni. Ingatkan tak banyak. Tapi bila dah kumpul-kumpul boleh tahan jugak woo... Macamana la aku nak angkut ni kang. Jangan terberanak sudah. Hahahaha. 


Kalau takat benda-benda kecik macam stationery tu boleh le aku hadap. Ni buku-buku teks zaman degree dulu pun ada aku bawak ke sini. Konon nak buat rujukan la konon. Konon je la. Sudahnya jadi perhiasan dalam ofis aku konon aku ni banyak membaca la. Baca la sangat kan.


Ok lah perut sudah kenyang kena asak dengan soto dan spaghetti. Now nak pi toilet pastu nak start kemas barang.


Jumpa lagi entah bila.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!