Friday, January 24

Tips Bercuti Ke Legoland Bersama Anak Kecil

Ini cuma pandangan peribadi saya. Bolehlah ikut mana yang rasa sesuai :)

Saya tak masuk Water Park. So takde tips pasal water park yang boleh saya share. Harap maklum :)

Assalamualaikum

Minggu lepas sempat bawa anak-anak ke Legoland. Sebenarnya ini kali kedua kami ke sana. Dan kali ni kami dapat masuk secara percuma. Yay Alhamdulillah!

Masa kali pertama pergi dulu pun kami hanya beli tiket dewasa. Anak-anak semua masuk secara percuma. Nak tahu macamana? Jom baca :D


Semuanya bermula pada Disember lepas, apabila En Abah belikan biskut Oreo untuk anak-anak. Saya terbaca kat packaging Oreo tu, Legoland bagi satu tiket percuma untuk kanak-kanak dengan setiap pembelian satu tiket dewasa.

Anak ada tiga. Raisha pulak boleh masuk percuma. So, elok-elok ajelah kalau beli 2 tiket dewasa. Dapat 2 tiket kanak-kanak.

Maka ke Legoland lah kami :)

Pergi tanpa apa-apa preparation. Bertolak dari Seremban waktu pagi, sampai Nusajaya elok-elok pukul 10 pagi. Penat tapi redah jugak demi anak-anak.

Dalam Legoland, panasnya kemain. Pergi waktu hujung minggu, memang ramai umat manusia. Setiap ride yang kami pergi, mesti kena beratur lama. Waduh.


Dalam cuaca terik macam tu, badan sangat-sangat perlukan air. Sekejap-sekejap singgah di booth. Beli air. Duit yang keluar pun macam air jugak T_T

Sampai kat satu ride ni, Imran ajak saya naik. Saya pun temankanlah. Ala-ala roller coaster, tapi DEBUSH!!! Masuk dalam air daaa! Habis basah baju. Hahaha. Dah la tak bawak pakaian extra! Belasah je lah labuuu...

Inilah ride yang buatkan saya basah!!! Dino Island.

Sebelum balik sempat ke 4D cinema. Layan kartun Lego sambil guna cermin mata 3D. Sambil tu jugak basah satu badan bila ada scene melibatkan air dalam cerita tu. Ye. 4D. Bukan saja nampak 'hidup', tapi siap ada 'rasa' sekali.


Balik ke Seremban waktu petang. Penatnya mak aiii... Tuhan je yang tahu. Bawa kereta pun bergilir-gilir dengan En Abah. Sampai ada satu masa tu, tersengguk-sengguk depan stereng. Bahaya kan? Huhu.

Sampai Seremban dah malam. Lambat sampai sebab asyik berhenti kat R&R. Mengantuk seh! Sampai je rumah MIL, terus tido. Huargh.

So, untuk trip kali pertama ni, memang BANYAK duit habis. Hoho. Itulah. Tak buat planning betul-betul. Last minute plan lah katakan.

Total belanja?

Tiket : 2 dewasa - RM140 x 2 = RM280
Air : Dalam RM50
Makan : Dalam RM50
Total: RM380

Not included: Tol dan petrol.

Oh lupa nak cerita. Masa kami beli tiket tu, kami dapat lagi satu set tiket PERCUMA. 2 tiket dewasa, 2 tiket kanak-kanak. Tapi, kena datang before 31 Januari 2014.

Yay.

Cuma kali ni, kami nak prepare lebih-lebih sikit.

Apa tipsnya?



Tips #1 Tidur Di Sana Malam Sebelumnya

Sebelum ni kami bertolak pagi. Sampai sana Subhanallah letihnya. Jadi kami decide untuk tidur semalaman di area Nusajaya. Alah, tidur hotel bajet aje sudah. Asalkan badan cukup rehat kan.

Esok paginya tu, Alhamdulillah kami lebih bertenaga dan lebih enjoy trip kali ni. Anak-anak pun tak cranky.


Tips #2 Bawa Bekalan Air Banyak-Banyak

Seriously, harga air kat Legoland sangatlah mahal. Standard lah kawasan ramai tourist ni kan. First time pergi dulu, rasanya untuk air sahaja kami habis dalam RM50. Air aje tau. Tak campur makan lagi. Eh, ke lebih ye? Hmm.

So, kali ni kami decide nak bawa air sendiri. Air mineral pun ok. Bila cuaca panas, air mineral lebih menyegarkan dan rasa puas bila minum. Kan?




Kami bawa backpack. Beli air mineral besar 1 botol, air mineral kecil 2 botol. Beli kat kedai runcit aje cukup. Kat Legoland, air mineral kecik RM5 kot. 

Ok air mineral kecik kami selitkan kat bahagian tepi backpack. Air botol besar kat dalam beg. Bila air mineral kecik tu dah habis, kami refill balik dengan air dalam botol besar tu. So takde lah anak-anak susah nak minum dek besarnya botol tu kan? Ngeh ngeh ngeh.

Alhamdulillah kami dapat jimat dengan banyaknya bajet untuk air minum.


Tips #3 Bawa Baju Lebih

Bila cuaca panas, melekit gila badan. So bila ada baju lebih boleh la tukar untuk keselesaan.

Lagi satu, bila kita nak main ride yang melibatkan air, kalau dah terbasah badan tu, boleh jugak guna baju spare untuk ganti baju yang basah tu kan.


Tips #4 Jangan Lupa Bawa Baju Hujan dan Payung

Payung untuk digunakan masa panas atau tetiba je hujan pulak kan. Baju hujan tu, guna masa naik water ride. Selamat baju. Hehe.




Tips #5 Bekalan Makanan Seperti Roti

Ramai parents lain yang saya perhatikan bawa bekalan makanan. Ada yang bawa makanan kering seperti roti. Tak kurang jugak yang bawak tuppeware penuh dengan makanan.

Bila dah penat bermain, bolehlah beri pada anak-anak. Sekurang-kurangnya buat alas perut.

Kat sana makanan boleh tahan mahal jugak. Last time kami ke sana, makan nasi ayam dua set, harganya RM46! Tapi lapar punya pasal, ku gagahkan jua :(


Tips Tambahan

Bawa Diapers

Kebanyakan pengunjung menghabiskan masa seharian di Legoland. Kalau kita yang dewasa ni pun perlu singgah ke toilet, si kecik pun perlu ditukarkan diapers jugak. Barulah selesa.


Pakai Selipar/Sandal Yang Flat. 

Sila jangan pakai kasut bertumit. Kat dalam tu kena berjalan kaki. Bukannya ada tram ke apa kan. So kasut atau selipar yang takde tapak adalah sangat selesa dan tidak menyakitkan. Kali kedua trip saya ke sana, saya pakai selipar jepun je. Ahaks. Mudah.

Beli yang murah-murah je ^_^


Pakai Baju Yang Serap Peluh/Diperbuat Dari Kapas

Sah sah sana panas. Silalah pakai t-shirt yang selesa kalau tak nak badan lencun dengan peluh.


Makan Vitamin Untuk Tenaga Tambahan

Elok juga kalau ada supplemen yang boleh beri tenaga. Vita-Lea Shaklee boleh bantu beri sumber tenaga extra:)

Saya juga ambil Vita-C untuk kuatkan antibodi :D

Untuk anak-anak, Chewable Vita-C yang sedap amat membantu.


Bawa Duit Lebih, Atau Bawa Kad ATM :)

Anak-anak bila dah nampak kedai mainan Lego, mestilah nak buat souvenir kan.

Mainan paling murah yang saya nampak berharga RM10. Ada juga yang berharga RM3.90. Tapi bukan mainan. Itu stiker.

Yang mahal-mahal lagilah ada kan! Memang rambang mata tengok set Lego. Tapi, kena pandai-pandailah ukur poket sendiri hehehe. Pada saya, tujuan ke sana ialah untuk bawa anak-anak main rides yang ada. Mainan kat area KL pun boleh cari. So, saya belikan yang murah-murah je. Sekadar nak puaskan hati anak. Heeee....

Ada ATM Maybank di pintu masuk Legoland (The Beginning).


So, kali ni berapa pula total belanja?

Tiket: FREE
Hotel: RM167
Makan: RM35
Minum: RM5
Mainan: RM35

Jumlah: RM242

Ok lah kot. Ada jugak jimatnya kan? Hehe.


Well, rasanya itu je kot tips yang saya dapat kongsikan.

Anda ada tips tambahan yang lain?

Meh share kat komen :)



Shaklee Independent Distributor
ID 1001018
SMS/WhatsApp 0192929796


Klik sini untuk dapatkan info dan berita tentang produk Shaklee



Ingin tahu harga produk Shaklee? Sila klik sini



Daftarlah sebagai ahli Shaklee hari ini dan nikmati pelbagai kelebihannya!


Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau mencegah sebarang jenis penyakit.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!