Monday, September 9

Hello World!

Assalamualaikum...


Halu halu! Ingat saya lagi tak? Hihi.


Saya sebenarnya dalam mod menyepikan diri (sejak hari tu lagi) dari dunia blog. Kat fb pun sekadar jadi pemerhati sambil menahan diri post status mengikut rasa demi menjaga hubungan sesama manusia.


Ecewah ayat.


So, apa update terbaru ye?


Saya masih mama kepada 3 orang anak. No 4 tak tahu bila nak start memandangkan Raisha ni tak menunjukkan tanda-tanda nak adik. Manja kemain hai. Bak kata En Abah, Raisha ni 'die hard fan' mama!


Imran dan Irma, Alhamdulillah sejak pindah kindy baru, so far ok-ok saja. Irma dah boleh membaca, Alhamdulillah. Imran masih merangkak-rangkak tapi ada progres. Imran nampak lebih cenderung kepada Maths. Pastu suka tanya tentang kebesaran Allah. Siapa cipta semut, siapa cipta kereta, macamana orang tu boleh cipta kereta. Benda-benda gitulah. Dan kata En Abah hari tu dia dengar Imran boleh baca ayat Kursi sikit-sikit.


FYI, Imran ni dulu jenis tak suka cerita apa dia buat kat sekolah. So agak susah bagi saya nak nampak takat mana progres dia. Bila kita tanya buat apa kat sekolah, dia jawab tak buat apa-apa. Agak frustrated jugak la masa tu.


Tapi sekarang ni dia lebih open dan senang nak cerita aktiviti kat sekolah. And sekolah dia ni ada macam-macam aktiviti jugak. Hari tu ada camping. Cuti sekolah yang lepas Imran kena bawak balik kelas dia punya pet and jaga for the whole two weeks. Tau apa binatang yang dia kena jaga? SIPUT B*BI okeh! Melompat mama dia ni masa tengok dia bawak balik siput tu. Hahaha.


So kesimpulannya saya agak berpuas hati la dengan progress Imran dan Irma walaupun bengkok jugak le membayar yurannya hahaha. Takpe demi anak-anak mama akan cuba yang terbaik ye hihi.


As for Raisha, dia dah boleh berjalan start umur setahun 3 bulan. Hahaha 7 bulan lepas punya cerita kan. Suka menyanyi dalam bahasa dia, dan suka joget. Sangat comel bila dia joget sebab liuk lentok dia tu lain macam sikit. Hihihi.


Hmm banyak pulak benda nak cerita rasanya tapi masa tak mengizinkan. Nak kena ke post office kejap hantar barang pada customer.


Tata then!

2 comments:

lia said...

weyhhhh seyes giler lama ko menyepi... iskkkk.... rerajin update pasni ek...

siput ba*i... ekekekee

Unknown said...

lama giler kan kan kan.

iye. siput ba*i a.k.a vavi hahaha.

sungguh busuk bila dah seminggu bela. kuat makan pulak tu. huhu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!