Sempena cuti Hari Malaysia semalam, saya dan En Abah bawa anak-anak ke Zoo Negara untuk kesekian kalinya.
Plan asal ialah ke Bukit Cerakah (eh apa nama baru dia ek?) tapi disebabkan Imran asyik sebut-sebut pasal Zoo Negara, jadi tak sampai hati pula. So, Zoo Negara lah kami terjah.
Dari Shah Alam ke Zoo Negara kami lalu highway Duke. Memang sekejap aje dah sampai. Sebelum tu singgah beli makanan di stesen minyak tepi highway NKVE buat bekalan dalam zoo nanti. Jimat sikit :)
Sampai di Zoo Negara, Subhanallah urut dada saya dibuatnya. Ramainya umat manusia!!! Selama saya ke Zoo Negara, tak pernah-pernah saya parking di Parking B. Kali ni ke sana tempat kami parking. Parking A ditutup sebab penuh. Dahsyat!
Lepas parking kereta, kami masuk melalui gate belakang zoo, tembus ke area akuarium. Masa nak bayar tiket, saya usha-usha harga tiket. Oh my. Harga tiket dah naik rupanya ye. Kalau dulu harga tiket dewasa RM20. Sekarang dah jadi RM30! Sejak bila harga naik ni? Ada sesiapa boleh bagitau?
Terkejut badak nengokkan harganya. Hehe.
Nak cerita pasal pengalaman ke zoo ni pun rasanya dah banyak. Cuma benda baru yang sedang jadi kat dalam zoo tu ialah, pihak Zoo Negara tengah buat pembinaan bangunan. Rasanya untuk dijadikan tempat penyelidikan dan penempatan giant panda.
Wahhh ada panda tak lama lagi. Bangunan dijangka siap November tahun ni. So maybe hujung tahun ni boleh la kita tengok panda yang super cuteness tu.
Ok satu tips yang baru saya pelajari (padahal dah banyak kali ke sana), kalau nak beli makanan, sila beli di kedai berhampiran dengan pentas pertunjukan haiwan tu. Elakkan beli makanan kat Savannah Walk sebab super mahal! Kalau kat area pentas tu harga air dalam tin RM2.80 tapi kalau kat Savannah Walk harganya RM3.50.
Naik tram semalam pun rasa kejappp sangat. Mungkin sebab kami naik sekadar nak round-round satu zoo tu. Sebelum tu dah round jalan kaki dah. Saja lepas jalan kaki kita naik tram lah pulak kan. Ambik angin sambil keringkan peluh.
Well, yang pentingnya, lepas balik dari zoo, malam tu anak-anak tidur lenaaaaaaaaa sangat. Hehehe.
Oh ok nak share satu benda. Sebelum ni balik dari zoo saya memang capek banget. Penat macam apa. Tapi semalam, "I am sweating and thirsty but I'm ok". Mungkin sebab pagi tu ambil Vita-Lea jadi rasa sungguh energetic.
Till then. Tata!
No comments:
Post a Comment