Wednesday, October 9

Kenapa Perlu Minum Air Masak?


Air merupakan sumber kehidupan. Tanpa air, tumbuhan dan haiwan tidak dapat meneruskan kehidupan. Begitu juga manusia. Air anugerah Allah ini amat penting kepada manusia untuk hidup. Bukan saja untuk minum, tetapi juga untuk melakukan rutin-rutin harian yang lain.

http://img.gawkerassets.com/img/18fsfy70t9rxwjpg/ku-bigpic.jpg


Kenapa air amat penting kepada tubuh badan kita? Apa manfaatnya kalau minum air masak banyak-banyak?




1. Air membantu mengekalkan imbangan bendalir dalam badan.

Tubuh badan manusia terdiri daripada 55 hingga 75 peratus cecair badan. Fungsi cecair badan ini termasuk penghadaman, penyerapan, peredaran, penghasilan air liur, pengangkutan nutrien, dan penyelenggaraan suhu badan.

"Melalui kelenjar pituitari posterior, otak anda berkomunikasi dengan buah pinggang anda dan memberitahu ia berapa banyak air yang perlu dikeluarkan melalui air kencing ataupun disimpan," kata Guest, yang juga seorang pensyarah perubatan di Universiti Stanford.

Apabila cecair badan berada dalam paras rendah, otak mencetuskan mekanisme dahaga. Dan melainkan jika anda mengambil ubat-ubatan yang membuat anda dahaga, Guest berkata, anda harus peka dan ikut kepada isyarat tersebut dan dapatkan minuman.


2. Air membantu mengurangkan berat badan

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg4UQB8FYckmOQPkOmIl40VINS1kYKQiWOfXSFcnWdrbEuGwbr5qyijM2NHjYje5wpilESXX16eXq8ToQPrsBRseIrwUm80UnIceFJKPbcNBDyvJlIFaQoMuwRDrJZvCdovPW_bGe2S-6o/s400/laxatives-to-lose-weight.jpg
Air adalah satu-satunya cecair di Bumi yang selamat diminum dan membantu mengurangkan berat badan. Dengan meminum air, lebihan-lebihan lemak dapat dibuang dan tubuh badan kita juga akan lebih segar dan bertenaga. Air tidak mempunyai 'magical effect' untuk menurunkan berat badan, tetapi dengan meminum air bagi menggantikan air manis sudah pasti dapat menyumbang kepada pengambilan kalori yang sedikit kerana air tidak mengandungi sebarang kalori.


3. Air membantu memberi tenaga kepada otot

Kekurangan air akan menyebabkan 'keletihan' otot. Apabila sel-sel otot tidak mempunyai air yang mencukupi, ia tidak boleh bekerja dengan baik. Jika sel-sel otot mendapat air yang mencukupi, sel-sel ini akan aktif dan seterusnya meningkatkan metabolisme tubuh serta membakar kalori dengan lebih baik.


4. Nak kelihatan lebih muda? Minumlah air!

http://www.lifemartini.com/wp-content/uploads/2012/07/drink-water2.jpgAir membantu memberi kelembapan kepada kulit dan ini akan membuatkan kulit kelihatan segar dan lebih muda. Tetapi jangan pula minum air berlebihan untuk hilangkan garis halus dan kedutan. (Yang itu saya cadangkan minum Vivix atau ambil Collagen atau kedua-duanya sekali)

Kekurangan air akan menyebabkan kulit kering dan kusam serta kelihatan kurang bermaya. Atau dengan nama lainnya, kelihatan lebih berumur berbanding usia kita.




5. Air membantu fungsi buah pinggang

Bendalir tubuh mengangkut bahan buangan tubuh kita ke dalam dan ke luar sel. Toksin utama dalam badan adalah 'blood urea nitrogen', sisa yang larut air yang mampu melalui buah pinggang untuk dikumuhkan dalam air kencing. Buah pinggang kita melakukan kerja yang menakjubkan untuk membersih dan menghapuskan badan daripada toksin selagi pengambilan cecair yang mencukupi.

Apabila kita mendapat air yang secukupnya, air kencing mengalir dengan bebas, berwarna jernih dan bebas daripada bau. Apabila badan tidak mendapat cukup cecair, kepekatan air kencing, warna, dan bau bertambah kerana buah pinggang perangkap cecair tambahan untuk fungsi tubuh.

Jika minum air terlalu sedikit, anda mungkin mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat batu karang, terutama di kawasan iklim panas.


6. Mengurangkan risiko pelbagai penyakit

Satu kajian selama enam tahun pada tahun 2002 oleh American Journal of Epidemiology mendapati mereka yang minum lebih daripada 5 gelas air sehari adalah 41% kurang berisiko meninggal dunia akibat serangan jantung.

Pengambilan jumlah air yang mencukupi juga telah menunjukkan mampu untuk mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 45% dan risiko kanser pundi kencing sebanyak 50%. Ia juga berpotensi untuk mengurangkan risiko kanser payudara.

Air juga membantu mengurangkan sakit kepala dan sakit belakang, serta selsema dan demam. Secara keseluruhannya, air dapat membantu meningkatkan sistem imun kita.



7. Membantu penyerapan vitamin 

http://farm5.static.flickr.com/4050/4711660113_49676b8c32_m.jpg

Air dapat membantu menyerap vitamin dan nutrien ke dalam tubuh kita. Sebab itulah, jika kita mengambil mana-mana supplemen kita disarankan untuk mengambil air yang mencukupi.


Berapa Banyak Air Yang Perlu Diminum?

"Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari" - biasa dengar? Keyword di sini ialah "sekurang-kurangnya".

Kajian terkini menunjukkan secara puratanya seorang lelaki memerlukan sekurang-kurangnya 3 liter air (lebih kurang 13 gelas) dan wanita 2.2 liter air (9 gelas). Tetapi jumlah ini sebenarnya bergantung kepada keperluan seseorang individu dan kepada beberapa faktor lain.

Antaranya, aktiviti atau rutin harian. Jika anda banyak bersenam maka anda perlukan air dengan lebih banyak lagi untuk menggantikan air yang hilang ketika berpeluh.

Hamil atau menyusukan bayi - juga perlukan lebih banyak air. Mayo Clinic menyarankan wanita hamil minum 2.3 liter air sehari manakala wanita yang menyusukan bayi mengambil 3.1 liter air sehari.

Berat badan juga antara faktor yang perlu dilihat. Semakin berat badan kita, semakin banyak air yang diperlukan.

Cuaca juga menentukan jumlah air yang perlu diambil. Kita yang berada di Malaysia ni dah tentu-tentu beriklim Khatulistiwa, iaitu panas dan lembap sepanjang tahun. Jadi pengambilan air juga lebih banyak kerana kita lebih banyak mengeluarkan peluh.

Jadi, sebenarnya berapa banyak air yang saya perlu ambil ni?

Ada banyak kalkulator pengambilan air yang boleh digoogle, antaranya di About.com.

Seperti yang selalu saya sarankan kepada pelanggan saya - minum air, minum air, minum air. Kalau ambil apa-apa supplemen mesti minum air yang cukup. Kerana apa? Kerana air itu sendiri banyak kebaikannya, dan juga membantu menyerap vitamin dengan lebih baik. Kalau makan vitamin tapi kurang diserap dalam badan, bukankah rugi? Rugi masa, rugi duit, rugi kesihatan.


Jadi, ingatlah pesan saya ini - Minum air mengikut keperluan dan berat badan anda. 1 liter bagi setiap 25kg berat badan. Kalau berat 50kg, silalah minum 2 liter air. 





Shaklee Independent Distributor
ID 1001018
SMS/WhatsApp 0192929796

2 comments:

adianiez AIDA said...

yes. penting.
aida sejak ber herbalife ni 1 hari 4 liter air!!!

Unknown said...

good for you aida!

ambil apa-apa supplemen mesti minum air banyak kan? :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!