Assalamualaikum
Agak sibuk seminggu kebelakangan ni.
Saya lebih banyak di FB berbanding blog.
Plus, ayah saya dimasukkan ke IJN.
Kisahnya ayah memang dah lama sakit-sakit dada. Bila naik tangga dia akan kepenatan seolah-olah tak cukup oksigen.
Sebelum ni ketika dia mengerjakan umrah bulan 3 baru-baru ni tak silap saya, ayah tak berapa larat nak beribadat dan banyak duduk di hotel je.
Jadi dua minggu lepas ayah ke hospital untuk buat pemeriksaan. Doktor sarankan buat stress test. Few days after that, result stress test tak berapa memberangsangkan. Ayah kena refer ke IJN.
Kata doktor pakar di IJN, jantung ayah ada 3 blok. Kena operate. Aduhai cuaknya saya Allah saja yang tahu. Saya yang cuak. Ayah saya tengok relax je hehe.
Rabu malam, doktor datang ke bilik dan bagi penerangan pasal prosedur dan risiko pembedahan. Mak aii takutnya dengar.
"Dada pakcik akan dibuka, kemudian jantung pakcik akan disambung ke mesin bla bla bla..."
Cuak okeh!
"Antara risiko pembedahan ialah bleeding, kuman di tempat luka pembedahan, kemungkinan kena buka jahitan semula bla bla bla..."
Lagi cuak!
"Tapi pakcik jangan risau. Memandangkan pakcik selama ni sihat, paru-paru ok takde masalah, peratusan pakcik nak dapat risiko ni semua dalam 2% je."
Phew! Tapi still cuak.
Yang menariknya, doktor ada tanya Ayah, "Pakcik merokok tak?"
Jawab Ayah saya, "Dulu-dulu ada la doktor. Lama dah. Berpuluh tahun dulu."
Memang Ayah saya tak merokok. Seingat saya, masa saya kecik-kecik dulu ada la Ayah merokok kalau jumpa sedara-mara. Social smoker ek term nya? Gitulah lebih kurang kot. Jumpa kawan-kawan atau sedara-mara baru merokok.
Kata sang perokok, merokok ni merapatkan silaturrahim. Chait. Apa punya istilah tah. Hahaha.
Ok, berbalik kepada dialog doktor dengan Ayah, jawab doktor,"Tak kira la pakcik bila masa pakcik hisap rokok tu pun. Walaupun satu sedut je, kita tetap take into account."
Wah. Nampak ke nampak?
Walau sesedut aje kita hisap rokok, tetaplah efek kat tubuh badan kita ni. Mak aii.
Ok sambung cerita.

Hari Khamis saya asyik berdebar-debar. Walaupun kata orang takde pape. Takat by pass je. Tapi saya tetap lah cuak. Jantung tuuu!
Tapi Alhamdulillah semua dah selamat. Ayah dah selamat dibedah semalam. Sekarang ayah ada di ICU. Dah sedar dah kata mak saya. Cuma masih mamai. Kesan ubat barangkali.
Semoga ayah tak hadapi apa-apa komplikasi. Doktor pun kata everything smooth je.
Alhamdulillah syukur.
Shaklee Independent Distributor
ID 1001018
SMS/WhatsApp 0192929796
Ingin tahu harga produk Shaklee? Sila klik sini
Daftarlah sebagai ahli Shaklee hari ini dan nikmati pelbagai kelebihannya!
No comments:
Post a Comment