Baru-baru ni harga rokok naik lagi. Sekotak dah jadi RM12.
Tahukah anda dengan berhenti merokok, banyak duit yang dapat dijimatkan dan boleh disalurkan untuk keperluan lain?
Tak percaya?
Jom kita kira.
Sekotak rokok harganya RM12. Anggap sekotak rokok 20 boleh bertahan selama 3 hari. Jadi, sebulan sudah 10 kotak. Dan nilainya ialah RM120. Betul?
Sebulan RM120. Maka setahun anda sudah membelanjakan sebanyak RM1,440.
Sudah berapa lama anda merokok?
Kebanyakan lelaki mula merokok seawal belasan tahun lagi. Saya mempunyai seorang kenalan yang mula merokok ketika berusia 11 tahun!
Ok kita beranggapan lelaki mula merokok sekitar usia 15 tahun. Sehingga bila agaknya perokok akan terus merokok?. Kebanyakannya merokok hingga ke akhir hayat. Mari kita ambil usia Nabi Muhammad sebagai purata umur. 63 tahun.
Jadi, di sini kita buat andaian perokok merokok selama 48 tahun (63 - 15). Wow! Lama betul!
So, duit yang telah anda bakar adalah sekitar RM69 ribu. (Andaian: Harga rokok kekal RM12 sehingga akhir hayat perokok)
RM69 ribu! Boleh beli kereta. Boleh renovate rumah. Boleh buat simpanan pendidikan anak-anak. Boleh melancong ke luar negara. Eh pendek kata boleh macam-macam lah!
Ini hanya jumlah belanja beli rokok. Belum kira harga lighter atau mancis. Ye, nampak murah tapi kalau dah 48 tahun, takkan guna satu lighter je kan?
Satu lighter tahan berapa lama ye? Boleh saya anggap sebulan? Ok, Satu lighter yang biasa-biasa tu harganya RM1 kot. Setahun RM12. 48 tahun? RM576. Lighter sahaja tu.
Belum kira kos rawatan penyakit berkaitan rokok lagi.
Kita ambil penyakit yang sinonim dengan rokok. Kanser paru-paru.
Kos rawatan kanser paru-paru adalah sekitar RM12 ribu sehingga RM26 ribu. Untuk satu cycle. Yang pernah saya baca, kebiasaannya bagi kanser tahap 4, 6 cycle diperlukan. Jadi kalau satu cycle kosnya RM12 ribu, 6 cycle berapa pula jumlahnya?
Sila kira sendiri sebab saya tak sanggup nak kira.
Berhentilah rokok dengan segera sebelum terlewat. Badan pun akan bertambah sihat, duit pun jimat :)
Ketahui cara berhenti merokok dengan membaca testimoni seorang perokok yang berjaya buang tabiat sia-sia ini.
Shaklee Independent Distributor
ID 1001018
SMS/WhatsApp 01137081912
Ingin tahu harga produk Shaklee? Sila klik sini
Daftarlah sebagai ahli Shaklee hari ini dan nikmati pelbagai kelebihannya!
No comments:
Post a Comment