Sampai terlepas nak tulis dalam blog (T_T)
1 November lepas genap umur Raisha Saffiya 2 tahun. Dan masih menyusu badan. Alhamdulillah. Walaupun dah campur dengan formula masa kat taska, tapi saya sangat-sangat bersyukur. Sekurang-kurangnya ada kemajuan :)
Dek penangan bf, Raisha sangat rapat dan manja dengan saya. Asyik nak berkepit. Dah macam koala bear pun ye. Hehe.
Apa milestone Raisha sekarang?
- Dah boleh cakap sikit-sikit. Perkataan yang keluar dari mulut selalunya suku kata terakhir. Tengok jadi 'nok', cantik jadi 'tik'. Well you get the idea. Hehe.
- Suka mem'princess'kan diri. Sikat rambut la, buat-buat sapu bedak la. Tapi 'bedak' nya tu kuah masak lemak atau kuah kicap. Boleh?
- Gigi tak yah citer. Memang penuh satu mulut dah. Dah dua tahun kot.
- Pendiam kat taska. Pastu cikgunya selalu kata, kalau budak lain sentuh sikit pun dia nangis. Aiyak. Nape Raisha?
- Sangat suka tengok vcd (yer, vcd. bukan blu-ray. harap maklum :P), Kisah Nabi Muhammad. Asal masuk dalam kereta mesti cakap, "Nak wiwi. Mat."
- Suka makan tulang! Kalau makan ayam goreng bahagian drumstick tu, memang licin habis! Mamanya ni pun tak reti hisap tulang hehe.
- Pantang kalau orang uabh temperature air-cond dalam kereta. Mesti kena sound. "Bapakkk!!!!" Hahaha. Sebab bapaknya yang selalu slowkan temperature. Tak tahan sejuk katanya.
- Tak berapa suka makan nasi. Lagi suka ratah lauk. Akan makan banyak nasi kalau saya suapkan tiga-tiga beradik tu sekali. Masalahnya, Raisha lagi suka makan sendiri. Tak suka orang suap dia sorang.
- Suka kurma, kismis, buah. Bagus, nak!
Rasa macam banyak (memang banyak pun), tapi tetiba blank. Boleh?
Ok lah.
Selamat Hari Lahir Raisha Saffiya. Semoga jadi anak yang solehah, penyejuk mata, hati dan jiwa mama dan bapak, bijak, sihat, cantik, comel, dan yang paling penting, jadi muslimah sejati. Amin Ya Rabbal Alamin.
Sayangggg Chacha!
Shaklee Independent Distributor
ID 1001018
SMS/WhatsApp 0192929796
Ingin tahu harga produk Shaklee? Sila klik sini
Daftarlah sebagai ahli Shaklee hari ini dan nikmati pelbagai kelebihannya!
No comments:
Post a Comment