Tuesday, June 30

MOD @ Sarakids!

Saya ke Mini Open Day di Sarakids Ahad lepas.


Mula-mula sampai, elok je lepas daftar nama, terus berkumpul untuk acara potong kek. Kemudian potong kek untuk Hari Bapa pula.


Selesai acara tersebut, tibalah acara yang dinanti-nantikan. Makan! 1st round, saya hanya ambil kuih-muih. Bagi chance kat En Abah makan dulu.


Kemudian turn saya pulak makan. Kongsi dengan Imran. Imran sangat suka mi kari tu okeh. Anak teruna saya ni memang suka makan mi. Entah ikut siapa entah.


3rd round (wahh dah 3rd round tau!), saya ambil kek pulak. Hohoho sangat banyak makan pastu manjang komplen gemok. En Abah dah bawak Imran ke sudut kedai stationery sebelah khemah tu. Tersorok sikit katanya. Ye lah, takut parents lain terkujat pulak bila tengok Imran yang sangat aktif ni.


Saya rasa, kalaulah ada pertandingan 'Baju Paling Comot', mesti Imran dah menang dah. Mana taknya, mula-mula, dia tumpahkan air. Lepas tu, dadih stoberi pulak. Konon nak makan sendiri tapi dia tak makan pun. Baju dia yang makan. Huuuu.... dah tu, tak puas hati pulak tu dia comot sorang-sorang. Dia tumpahkan air kat jeans mamanya sekali. Dan dia dengan senang hati telah mengelap sos spageti kat shirt En Abah yang berwarna putih bersih itu. Haih.


Seperti biasa, Imran yang tak tahan dengan cuaca panas, telah naik merah-merah di kulit mukanya. Dan dia dah start menggaru-garu leher dan kepala. Itu adalah tanda yang diberi kepada mama dan abahnya supaya cepat-cepat balik.


Tapi, nasib baik kami tak balik awal sangat. Dapat cabutan bertuah! Yay! Dapat sekotak air coklat instant dari G-Lat. Mahal ok air coklat ni. Kalau nak harapkan diri sendiri beli, tak tahulah bila. Nak minum pun sayang sebab mahal.


Lepas je dapat cabutan bertuah, kami pun cabut, Ngehngehngeh. Tak sempat bergambar ke hape. Oh ye, masa kat sana, sempat la bertegur sapa dengan Mama Adib dan Mommy Lyna. Nak tegur orang lain masa tu dah tak dan dah. Penat mengejar Imran yang masuk ke dalam kedai stationery dan berlari sesuka hati ke sana sini dalam kedai tu sebab dia ingat saya main kejar-kejar dengan dia.


Thanks kepada Farah, owner Sarakids kerana menganjurkan Mini Open Day ini. Oh, dan Happy Belated Birthday to Sara!


Selesai di Sarakids, kami pun ke Leisure Mall, Cheras untuk acara 1.5 itu. :)



8 comments:

Emma said...

ya rabbi.. u pun ade ke?? sorry x kenal... ke u mmg u x kenal i? haha..

patut la ringan betul mulut i nak tegur ada 1 family nie dok depan pintu kedai stationary.. rupanya u ke? adih!!!

-mama emma-

Siti Fatimah said...

u pon pi jugak yer... nape i tak nampak u and u tak nampak i yek!!! hehehe..... sorry lah kalau2 i yg tak perasaan kot ;)

Unknown said...

mama emma,
hahahahaha. saya la tu. tak sempat le nak tengok muka orang satu2. sibuk mengejar anak. ada ke patut dia masuk dalam kedai tu. ish. kalau tak dipantau harus bersepah kedai tu nanti.

SF,
mungkin la kot sesama tak nampak. hahaha. plus saya pemalu orangnya *wink*

Emma said...

zety, kalau perasan, ada 1 minah lonjong dok jerit2 panggil nama ryan, dok kuar masuk kedai stationery... tu i le....

-mama emma-

Queenin Murni said...

gambo ada?? please please.. :P

Fid said...

aku ja tak pi uhuks

Farah said...

aikk awat saya tak nampak zety ari tu..zety dok kat mane? isk isk

Unknown said...

mama emma,
ohhh rasanya tau kot yang mana satu. hehehe. lenkali jumpa boleh le tegur2. hehe.

queenin,
takde gambo le pulak. kamerakan rosak :)

fid,
next time masih ada. jangan lupa bawak pasta yang merveles itu ye.

farah,
haa itulah namanya seni menyembunyikan diri yang besar. hahaha. saya dok kat belakang rak suratkhabar kedai stationery tu. memang orang tak perasan punya. haha.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!