Individu dengan berat badan berlebihan bukan sahaja mengalami kesukaran secara fizikal, seperti mencari saiz baju yang sesuai, kepayahan untuk melakukan sesuatu aktiviti kerana mudah berasa letih, malahan juga kesukaran dari segi emosi dan keyakinan diri.
Berat badan berlebihan juga boleh membawa kepada obesiti serta terdedah kepada pelbagai risiko penyakit yang lain seperti darah tinggi, kencing manis dan lain-lain.
Pelbagai cara dilakukan untuk menurunkan berat badan, termasuklah berlapar. Tetapi wajarkah seseorang itu berlapar demi untuk menurunkan berat badannya? Baca artikel di bawah untuk mendapatkan sedikit tips berdiet, tingkatkan metabolisme, dan hilangkan berat badan dengan cara yang sihat.
#1 Tambahkan Kekerapan Hidangan Anda
Jika sebelum ini anda makan tiga hidangan besar setiap hari, apa kata cuba tambahkan kekerapan hidangan anda kepada 5 hingga 7 hidangan, tetapi kecilkan saiz hidangan anda.
Kalau sebelum ini anda makan sewaktu sarapan, makan tengah hari dan makan malam - dan ketiga-tiga waktu makan anda makan berat - kali ini cuba pula sarapan, minum pagi, makan tengah hari, minum petang dan makan malam. Boleh juga tambah supper. TETAPI pastikan setiap hidangan adalah hidangan yang sihat dan saiznya kecil. Contohnya makan buah ketika minum pagi, atau badam ketika minum petang.
Makan dengan lebih kerap dapat mengurangkan selera makan anda kerana perut anda sudah sentiasa penuh.
INGAT! Makan makanan yang menyihatkan. Jangan pula sarapan nasi lemak, kemudian minum pagi dengan 3 biji karipap, makan tengah hari penuh nasi sepinggan, minum petang dengan goreng pisang RM2 etc.
#2 Elakkan Minuman Berkafein Selepas 4.30 Petang
Minuman berkafein biasanya memberikan kita sedikit tenaga 'extra'. Ia juga buatkan kita hilang mengantuk.
Pengambilan kafein akan menyebabkan kita sukar untuk tidur di malam hari.
Kafein juga akan meningkatkan selera kita, terutama sekali kepada makanan yang manis dan kurang nutrisi. Lebih-lebih lagi kopi krana kopi mengandungi cortisol yang bertanggungjawab meningkatkan selera makan kita, serta menyebabkan tubuh badan kita menyimpan lemak di bahagian abdomen.
#3 Tidur 7-8 Jam
Tidur yang cukup akan meningkatkan metabolisme kita.
Metabolisme yang tinggi akan membantu membakar kalori dalam tubuh. Selain tidur yang mencukupi, senaman (terutama weight training) juga dapat membantu meningkatkan metabolisme.
Tidur juga ada kaitan dengan hormon leptin dan ghrelin. Kurang tidur menyebabkan hormon leptin menjadi rendah, dan ini menyebabkan kita sukar untuk rasa 'puas' walaupun selepas makan dengan banyak. Manakala hormon ghrelin akan meningkat, di mana hormon ini akan menyebabkan selera makan kita bertambah.
Omega Guard dapat membantu meningkatkan sensitiviti tubuh kita terhadap leptin dengan meningkatkan aktiviti leptin di dalam badan dan buat kita rasa cepat kenyang.
#4 Minum Air Yang Mencukupi
Minumlah air dengan banyak. Disarankan minum sekurang-kurangnya 3 liter air masak sehari jika anda ingin menurunkan berat badan.
Air bukan sahaja membantu mengurangkan seleran makan anda, tetapi juga tubuh badan akan 'melepaskan' air yang berlebihan dalam badan melalui sistem perkumuhan apabila ia 'menyedari' yang kita mempunyai kandungan air yang mencukupi.
Air juga membantu mengeluarkan toksin berlebihan di dalam badan. Oleh itu minumlah air dengan banyak bukan sahaja untuk menurunkan berat badan, tetapi juga untuk kesihatan.
Air juga membantu mengeluarkan toksin berlebihan di dalam badan. Oleh itu minumlah air dengan banyak bukan sahaja untuk menurunkan berat badan, tetapi juga untuk kesihatan.
#5 Minum Protein Shake Sebagai Sebahagian Diet Harian
Protein dapat memperbaiki tisu yang rosak, serta memberikan rasa 'puas' dan mengenyangkan.
Kajian juga menunjukkan protein membantu mengurangkan kandungan lemak dalam badan, merendahkan kolesterol dan menormalkan glukos.
Rasa 'puas' dan mengenyangkan dapat mengelakkan seseorang itu daripada makan berlebihan. Pengambilan protein juga membantu menjaga otot kita apabila kita bersenam. Otot yang baik meningkatkan metabolisme. Metabolisme pula membantu membakar kalori. Jadi ianya sekaligus dapat membantu mengurangkan berat badan.
Protein soya mengandungi phytoestrogen, iaitu sterol tumbuhan yang seakan hormon estrogen. Kajian terbaru mengatakan bahawa protein soya mungkin dapat membantu mengecilkan saiz tumor.
ESP adalah minuman protein soya terbaik yang dibuat daripada soya non-GMO. ESP juga membantu mengekalkan paras gula dalam darah, di mana ia penting untuk menurunkan berat badan dan penting untuk kesihatan dalam jangka masa panjang.
Ingin turunkan berat badan dengan lebih optimum lagi?
SMS/WhatsApp 01137081912 untuk maklumat lanjut.
1 comment:
Terbaik
Post a Comment