Monday, September 30

Vivix Shaklee Amalan Kesihatan Ayu Raudhah

Vivix Shaklee Membantu Meningkatkan Tahap Kesihatan Anda.

Gaya hidup hari ini penuh dengan tekanan. Tekanan kerja, tekanan kewangan membawa kepada pemakanan yang tidak seimbang dan menyebabkan sel kita ‘diserang’. Ditambah pula dengan keadaan alam sekitar yang tercemar, mudah untuk toksin singgah ke tubuh badan kita.

Vivix-Shaklee-Ayu-Raudhah


Serangan-serangan ini menyebabkan tubuh badan kita lebih terdedah kepada pelbagai penyakit yang berkaitan dengan penuaan. Oleh itu wajarlah kita menjalankan tanggungjawab kita menjaga dan melindungi sel-sel tubuh badan kita, seeloknya dengan cara semulajadi tanpa penggunaan ubatan sintetik.

Vivix - minuman campuran botanikal merupakan revolusi penemuan dalam pemakanan polifenol. Ia mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum,Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol.

Vivix-Shaklee

Apa itu polifenol?

Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel antipenuaan.

Dengan menambahkan nutrien polifenol yang diekstrak daripada buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan ke dalam diet pemakanan harian dapat memberikan kesihatan yang berpanjangan dan juga meningkatkan tenaga yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti harian.

Mengikut kajian klinikal yang dijalankan, bahan-bahan utama Vivix menunjukkan dapat menangkis tekanan biologi akibat pengambilan makanan segera yang tinggi.


Apa kebaikan Vivix?

Terdapat 1001 kebaikan Vivix. Antaranya ialah:
  • Menyokong kesihatan otak
  • Menyokong kesihatan sendi
  • Kesihatan menyeluruh
  • Menyokong fungsi kardiovaskular
  • Menyokong kesihatan jantung
  • Menyokong sistem imun
  • Perlindungan antioksidan

Vivix memperbaiki DNA dengan membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses penuaan. Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.

Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Vivix merupakan tonik anti-penuaan pelbagai manfaat yang sesuai bagi mereka yang menghidap diabetes, arthritis, gout, darah tinggi, lemah tenaga dan pelbagai penyakit yang berasal dari masalah kerosakan DNA akibat serangan radikal bebas.


Harga-Vivix-ShakleeAmalan meminum wain merah telah diketahui sejak dulu lagi dapat mengurangkan risiko penyakit jantung. Kajian menunjukkan ini adalah kerana wain merah mengandungi revesratrol yang tinggi. Dikatakan wanita Perancis tidak gemuk walaupun mengamalkan pemakanan tinggi lemak seperti keju disebabkan mereka meminum wain merah setiap hari.

Vivix mengandungi revesratrol yang kebaikannya sama dengan 3,000 gelas wain merah, tidak mengandungi alkohol serta menggunakan bahan semulajadi, tanpa pewarna dan perasa tiruan. Ia juga diakui halal oleh JAKIM. Jadi, tak perlu minum wain merah untuk dapatkan kebaikan revesratrol. Cukup dengan sesudu teh Vivix sehari.


Tak perlu lihat hingga ke Perancis tentang kebaikan revesratrol ini. Pelakon popular Ayu Raudhah sendiri mengamalkan Vivix setiap hari untuk memberi tenaga, mengawal berat badan dan menjaga kesihatan beliau. Jika dilihat dari sudut kecantikan, diakui Ayu Raudhah mempunyai kulit yang cantik, rambut yang hitam lebat (dapat dilihat sebelum beliau memakai tudung) dan mata yang bersinar-sinar. 

Vivix-Shaklee-Kencing-Manis

Selain Ayu Raudhah, Ashraf Muslim juga turut mengamalkan Vivix dan beberapa produk Shaklee yang lain sebagai supplemen harian beliau.

Ayu Raudhah dan Ashraf Muslim telah merasai kelebihan Vivix Shaklee. Kini giliran anda pula.

Tinggalkan komen anda di bawah atau PM kami untuk maklumat lanjut.

Nota: Produk ini tidak sesuai untuk wanita hamil atau menyusu serta mereka yang berumur bawah 18 tahun.










Zety Zin
Shaklee Independent Distributor
ID: 1001018
SMS/WhatsApp 01137081912

Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau mencegah sebarang jenis penyakit.






No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!