Friday, September 30

Pukul 11 Malam

Malam tadi bawak Irma pi klinik. Pukul 11 malam weh. Nasib la ada klinik 24 jam. Tapi jenuh la menunggu sebab servis agak slow. Maybe sebab dah malam sangat kot. Masing-masing mengantuk agaknya. Hehe.


Masa menunggu tu pun dok tersengguk-sengguk sambil menguap. Udah la datang berdua je dengan Irma. Imran tinggal dengan En Abah sebab tak larat le nak menjaga dua-dua sekali masa mata dah bagai digam. En Abah pulak tak larat nak ikut dek kepenatan balik kerja lambat.


Setengah jam lepas tu baru la dapat jumpa doktor. Bukan apa, badan Irma ni penuh dengan bintik-bintik. Nak kata ruam panas pun tak sure la pulak. Bila doktor tengok, katanya allergik. Eh? Irma allergik apa pulak eh? Selama ni tak pernah pulak dia naik biji-biji macam ni. 


Mata Irma pun dah bengkak-bengkak dengan merah-merah. Satu badan gatal pastu meggaru-garu. Sian sungguh. Dia dok kata, "nyamuk gigit Irma..." sambil menggaru-garu. Huhu. Takkan la sampai beribu-ribu nyamuk gigit awak nak oii...


So doktor bagi calamine lotion, ubat allergik dengan ubat gatal. Pastu mintak sekali ubat batuk sebab malam-malam Irma dok terkungkang-kungkang batuk.


Malam tadi dia masih terjaga tengah malam dek kerana gatal. Pagi ni tak sempat pulak nak cek sebab terlambat jaga dari tidur! Kelam kabut bersiap nak pi kerja. 


Hopefully kurang la gatal-gatal Irma tu. Udah le weekend ni ada wedding yang wajib attend huhu. Kalau ikut ke-tak larat-an mak buyung ni memang tak kuasa nak jejak mana-mana wedding yang makan hidang ni. Satu, event nya lama bebeno dan kita kena tunggu. Semenjak dah memboyot ni tidur lewat dari pukul 11 malam adalah satu punca yang buatkan aku exhausted gila babeng keesokan paginya. 


Dua, jenuh memikirkan cara macamana nak handle anak-anak supaya boleh dok diam-diam kat meja makan jangan merayau-rayau. Lagi laaa bila ada sepupu sepapatnya memang takleh dok diam la kat meja. Adeh. Ditambah pulak dengan keadaan Irma yang gatal-gatal gitu. Haruslah dia moody aje pastu asyik merengek. 


Get well soon, Irma!


Wednesday, September 28

Makan-makan @ Rumah

Marilah lupakan kisah yang membencikan kalo tak nanti stress manjang.


Better cerita pasal benda yang menggembirakan seperti jamuan raya kecil-kecilan untuk sedara mara di hujung minggu.


Ye, last week kami laki bini jemput sedara-mara dekat untuk sesi makan-makan sempena raya. Tekalah siapa yang memasak. Hahaha. Aku la siapa lagi. Ada orang tu memula volunteer nak masak tapi sudahnya aku jugak yang terkedek sorang-sorang kat dapur tu. Hehe. Takpelah sebab orang tu sibuk kemas rumah dan sorok apa yang patut supaya rumah takde lah nampak bersepah sangat :P. Ada excuse di situ.


Kitorang eh, aku masak sup tulang dengan sup ayam. Makan bersama bihun atau mee kuning atau nasi impit ikut sukati tetamu. Kononnya masak sup tulang style utara lah konon. Entah ori ke tak rasa sup utara aku tu. Yang penting bihun haruslah kaler kuning dan ada sambal merah dia tu instead of cili kicap.


Memandangkan aku tak pernah memasak untuk lebih kurang 100 orang, penatnya Ya Rabbi tuhan ajelah yang tahu. Panik pun ye. Maklumlah selama ni masak untuk 2-3 orang je makan kan. Tetiba hamek ko kena masak untuk 100 orang. Haruslah menggelabah tak tentu pasal. Hahaha.


Resepi aku amik dari MyResepi. Memang sedaplah. Dan Alhamdulillah dapat pujian ramai. Ecewah. Paling penting En Abah puji melangit dan makan bertambah-tambah. Susah wooo nak dapat pujian dia nih. Paling tak pun komennya sekadar "ok" atau paling hebat pun "sedap". Tapi kali ni dia puji "sedap giler" banyak kali. Hahaha. Haruslah aku kembang kan walaupun sekadar ikut resepi orang. Muahaha.


Kitorang susun masa pagi sedara belah En Abah yang datang. Petang pulak sedara aku. Preparation mula sejak hari Jumaat lagi. Majlis hari Ahad. Hari Jumaat tu En Abah sekadar pi beli tulang dengan daging aje. Start hari Sabtu barulah beli benda-benda lain. Siap pi beli pokok kat Sungai Buloh dengan lampu kat Setia Alam. Siap tukar lampu ko! 


Petang Sabtu tu aku start masak. Mula dengan sup ayam dulu sebab takde periuk besar. Sup ayam ni khas untuk FIL sebab diorang tak makan daging so buat sikit-sikit aje. Main menu adalah sup tulang + daging. 


Kononnya lepas pasang lampu nanti kitorang nak pi beli periuk saiz 44cm kat Seksyen 7. Sekali bila pi aje, kedai dah tutup. Ah sudah! Apa lagi aku pun roger2 la mak aku kat Cheras. Nasib baik la ayah aku sudi hantarkan periuk. Hehe. Inilah penangannya kalau buat kerja last minute. Oh kitorang decide nak buat jamuan ni masa hari Khamis ok. Memang last minute sungguh la.


Malam tu baru la aku start masak sup tulang + daging. Start rebus tulang pukul 1.45 pagi ok. Muahaha. Sampai tertidur-tidur aku. Daging tu apinya aku biarkan aje sampai Subuh. 


Pagi pukul 10 rumah kitorang still macam tongkang pecah lagi. Mak sedara En Abah pulak dah start kol tanya direction rumah. Hoho panik panik panik! Aku dengan belum mandinya menyambut mak sedara En Abah. Hahaha. Dah la FIL dengan parents aku belum sampai so alat-alat bantuan macam tempat hidang sup takde lagik. Sudahnya mak sedara En Abah terpaksa la self-service masuk dapur kaut sup sendiri. Hahaha. Dasat ek?


Lepas tu start le sedara mara datang. Aku adalah super penat sebab tidur 2 jam lebih je malam sebelumnya. Tengah hari tu aku lepak baring kat bilik jap sementara parents aku ada kat bawah. Penat wooo. Pinggang dah mencucuk-cucuk macam apa. Siap aku cakap kat En Abah, "Lenkali kita order aje laaa makanan. Huhu."


Tau En Abah cakap apa? "Kalau order tak dapat sedap macam ni." Boleh? Takpelah aku anggap tu pujian dari suami yang bininya masak sedap. Kehkehkeh.


Petang tu lepas orang semua dah balik aku memang dah exhausted giler. En Abah suruh aku rest aje. Pukul 9.30 malam aku dah bawak anak-anak naik bilik paksa diorang tidur sama-sama dengan aku sementara En Abah kemas rumah. Ehehe. Nasib baik lah En Abah volunteer nak kemas rumah sorang-sorang. Kalu dak memang aku merajuk lah! :P


Esok pagi aku sungguh tak larat. Maka aku gi klinik. Doktor check bp aku rendah so dia bagi rest 2 hari. Hoyeh dapat mc dua hari. Hahaha. Semalam hantar anak-anak ke taska sementara aku membuta kat rumah. Hihi.


Seronok jamu orang makan ni. Tapi lepas semua orang dah balik memang aku rasa macam nak nangis. Muahaha. Mungkin kerana telah memboyot maka mudah sangat la rasa penat.


Insyaallah ada rezeki tahun depan kitorang buat lagi. Insyaallah aku masak kalau aku tak pregnant (lagi) tahun depan. Miahahaha. Kali ni kita try jemput kawan-kawan sekali :)

Makcik Yang Sungguh Membencikan

Aku tau time pregnant tak elok emosi sangat. Kalau sakit hati kena banyak bersabar. Tapi malam tadi memang aku sangattt sakit hati tahap takleh tahan dah.


Malam tadi aku gi klinik untuk buat ujian BSP sesi akhir. Memandangkan En Abah belum balik kerja maka aku kenalah angkut anak-anak ke klinik.


Kat klinik punyalah ramai umat tapi memandangkan aku amik BSP takat cucuk jari amik darah je, so aku takyah amik nombor. Tunggu je diorang panggil nama.
Kat klinik tu ada la sudut untuk budak-budak. Ada kerusi meja plastik dengan mainan. Anak-anak aku join budak-budak lain duduk kat situ. Kat situ Imran lah yang paling tua dan besar aku rasa. Yang lain-lain umur 2-3 tahun la kot. 


Dah namanya budak-budak, bila dapat kerusi Ikea yang kalerful tu memang diorang selalu seret-seret ke hulur ke hilir. Bukan anak aku sorang je yang buat gitu. Budak-budak lain pun sama. Ala-ala macam racing pulak. Hehe. So bagi aku, as long diorang main dengan happy, takde yang menangis atau tercedera, itu dah cukup baik memandangkan anak-anak aku memang aktif walau di mana saja diorang berada. 


Takkan aku asyik nak kata, "Imran, jangannn..." atau "Imran, takmo mainn...." kan? Nanti parents budak-budak yang lain terasa pulak seolah-olah apa yang anak aku dan anak diorang buat tu salah. 


Nak dijadikan cerita, aku duduk satu sofa dengan sorang makcik ni. Style aku perhatikan anak-anak ialah PERHATI. Selagi diorang tak membahayakan atau mengganggu budak lain, aku hanya perhati. Paling tak pun sekali sekala aku tegur kalau dah nampak tanda-tanda lain macam sikit. Tak koser aku nak bertukar jadi singa betina depan orang. Lagi-lagi dengan bawak perut saiz 8 bulan ni. Koser aku haih.


Masa aku duduk satu sofa dengan makcik tu, laki dia tengah jumpa doktor. Aku yakin makcik tu tau aku ni mak Imran. Sekali elok je laki dia keluar dari bilik doktor, dia dok komplen kat laki dia. Kebetulan masa tu kerusi yang Imran pegang tu terjatuh.


"Ganas betul budak tu. Dari tadi jatuhkan barang. Mak dia tak reti nak tegur ke? Orang dari kecik la kena ajar. Tadi budak tu datang depan I, I geleng kepala je. Kalau I, I dah lama cubit dah.Ni asyik jatuhkan barang, buat rosak harta orang je!"


Kalau korang jadi aku, apa perasaan korang? Selamba badak je makcik tu sound padahal dia bukan tak tau aku ni mak Imran. Takleh tunggu masuk dalam kereta ke baru bebel kat husband dia? Ke saja je cari pasal?


Aku terus la cakap kat Imran. "Imran, dah takmo main dah. Ada orang MARAH." Saja je aku tekankan perkataan marah tu. Terus laki makcik tu senggol lengan makcik tu. Pastu aku terus la suruh Imran simpan kerusi tu sampai menangis anak aku tu. 


Masa aku tengah pujuk Imran duduk kat sofa aku cakap dengan suara yang agak kuat gak la kat Imran, "Imran, kita ni kalau nak menegur kena la bertempat tau Imran."


Nasib la apa makcik tu nak pikir aku kurang ajar ke apa ke. Ko tak pernah ada anak kecik ke makcik? Ke anak ko dulu dok diammmm membungkam je tak reti nak main dengan budak-budak lain? Ko lagi suka kot anak ko duduk terdiam je kot? Gerak sikit je kena marah, main sikit je kena cubit. Tu style ko la kot ek makcik?


Kot kalo ko dapat cucu sok, macamana la agaknya ko layan cucu ko nanti ek? Tingin aku nak tengok.


Hish geram betul aku nih. Sampai sekarang terngiang-ngiang apa yang makcik tu cakap. Hnsh hnsh hnsh. Sampai aku lak boleh terasa macam aku ni seorang mak yang loser giler sebab tak leh nak kawal anak. Eh ye ke aku ni loser? Patut ke aku sentiasa halang anak aku dari main-main dengan budak lain kat public? Patut ke aku marah anak aku depan public? Patut ke aku sentiasa suruh anak aku duduk diam-diam jangan main atau buat apa-apa?


Apa pendapat korang?


Friday, September 9

Punca Gatal

Ok now dah tau apa kena dengan Imran. Dia kena scabies atau bahasa melayunya kudis buta. Bila aku search kat Internet ni kudia buta biasanya berjangkit bila ada direct contact dengan orang yang ada kudis buta. Kebarangkalian jangkitan sangat tinggi kat tempat-tempat macam hostel atau nursery. Boleh jugak berjangkit bila guna tuala orang yang ada kudis buta tu.


Cara nak mencegah kudis buta ni ialah dengan mengelak dari bersentuh dengan orang yang bawak kegatalan tu. Adoyai. Imran dapat kudis buta ni dari taska dia ke? So sekarang ni Imran takleh gi taska la kot? Kang berjangkit pulak kat budak lain.


Doktor bagi ubat sapu dengan ubat minum bagi dia tahan gatal. Bila aku google lagi, katanya cream ni one-time punya treatment tapi rasa gatal tu might lasts for about two weeks. That's why doktor bagi ubat minum tu. Pastu segala cadar, baju kena basuh guna air panas. Merebus baju la gamaknya aku nanti. Ni untuk elakkan daripada orang lain berjangkit terkena kutu kudis buta tu. 


Kudis buta ni selalu terkena kat celah-celah jari tangan, tapak tangan dengan kaki, kat kemaluan, punggung, ketiak. Uhhh malam tadi teruk ok si Imran menggaru-garu sampai takleh tidur. Kudis buta ni memang sangat le gatal especially waktu malam. Patut la siang dia ok. Malam je hamik ko berperang masa tidur. Kesian sungguh.


Hmm tapi doktor kata kat jari tu memang la kudis buta, tapi kat area badan ni macam tanda allergy la pulak. Aduih. Dua punca kegatalan dalam satu masa. Imagine that. Sah gatal tak hengat lah tu.


Scabies ni bukanlah berpunca dari sikap tak jaga kebersihan. It's simply because of the mites yang suka suki datang singgah kat kulit. Kalau aku nak kata taska tu kotor macam tak adil lah pulak sebab aku nengok bersih je. Mungkin berjangkit dari budak-budak lain kot. Tapi bila aku tanya kat cikgu dia, cikgu dia kata takde pulak yang kena scabies ni. Tah la ek. Aku pun dok buntu la pikir dari mana punca kutu kudis buta nih.


Imran, cepatlah sembuh nak. Boleh lah kita tidur lena di waktu malam :P.


Rendang Sedap Tapi....

Assalamualaikum and hello!


Macamana sambutan raya kawan-kawan? Tahun ni aku takde pun bergambar satu family. Huhu. Plan nak repair kamera kami tak kesampaian dek kesibukan berpindah dan siapkan rumah.


Alhamdulillah akhitnya dah pindah semula ke Shah Alam walau kelengkapan rumah tu masih banyak yang takde. Redah jer apa yang ada. Hoho.


Yang menariknya raya kali ni, Alhamdulillah aku berjaya masak ketupat, kuah kacang, rendang ayam dan rendang daging sendiri. Muahahaha. Sampai sekarang rasa tak percaya weh. Hahaha. Statement orang tak pernah masak untuk raya la nih. 


Resepi semuanya aku cari dari internet. Ada yang dari forum Cari, ada yang dari MyR. Paling best ialah sambutan terhadap rendang daging aku. Anak-anak kemain suka. En Abah lagi la suka sebab ada limpa dengan paru. Malangnya rendang tu bertahan sehingga malam raya pertama aje. Sempat le family in law aku merasa. Sedih sebab family aku sendiri tak sempat merasa.


Basi weh rendang aku. Waaaa. Semuanya dek kerana tengahari raya pertama tu semua orang excited nak gi balik kampung En Abah lalu masing-masing terlupa nak simpan rendang tu secara proper. Main tinggal gitu je sampai ke malam. Memang basi le kan. Huhuhu.


Ok cukup-cukuplah pasal raya. Aku ingat nak buat test BSP tu tapi takut nak tengok resultnya sebab aku tak ready. Hehe. Biasalah kalo raya tu makan sah-sah le ikut sedap tekak je kan. Takde maknanya nak kontrol sangat. So aku sangat le takut nak pi buat test tu. Tapi nak tak nak kena buat jugak la kan. Huhu.


As for anak-anak, nampaknya diorang dah makin ok nak ke taska. Maybe sebab bila dah kat Shah Alam ni kitorang laki bini takde la pujuk manja-manja sangat diorang kalau diorang takmo gi taska ke apa. Nak tak nak diorang kena gi jugak. So I guess diorang dah pasrah la kot hahahaha.


Tapi now aku risau tengok Imran ni. Malam tadi dia tergaru-garu satu badan. Dari malam sampai ke pagi. Mula-mula aku ingat dia kena gigit nyamuk ke apa. Pastu bila belek betul-betul jari dengan badan dia rupanya naik macam biji-biji halus. Penuh jari-jari dia dengan benda tu. macam ruam pun ye. So aku bagi la ubat allergy dia (Adezio) baru la hilang gatal-gatal tu.


Tak tau apa sebab dia kena macam tu. First time naik biji-biji satu badan ni. Biasanya merah-merah kat muka dengan mata je. Tu masa zaman dia bawah 2 tahun la, masa dia still sensitif sangat dengan susu lembu.


Karang nak bawak Imran ni ke klinik. Pastu nak tanya pulak kat taska apa menu diorang dua tiga hari ni. Pastu compare dengan apa yang aku bagi makan. Rasanya aku takde pulak bagi benda yang buat dia gatal-gatal. Nak kata allergy kat kacang, hari tu kemain banyak dia makan kuah kacang, nampak ok je. Seafood memang aku tak bagi kat dia sebab bila tengok En Abah makan seafood je mesti bersin-bersin tak hengat. So takut Imran pun gitu maka aku pun tak bagi la dia makan. Dia sendiri pun tak makan seafood kecuali ikan la.


Ok lah. Nak gi klinik sat. Tata!



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!