Thursday, December 31

Anak-anak

Saya tak sure saya pernah cerita kat blog ni ke tak - lepas je pukul 6 petang setiap hari, mesti Irma akan cari saya.

"Mama? Mama?"


Bila nenek kata mama work, belum balik lagi, nanti Irma akan panjat tangga, cari saya kat atas. Sambil tu mulut dia tak habis-habis sebut "Mama? Mama?". Bila dia tengok saya tak ada, dia menangis.


Mak saya dah pernah cerita kat saya pasal perangai Irma tu sebelum ni. Tapi tiap kali mak saya cerita, saya mesti rasa tersentuh. Terharu okeh bila anak dok cari kita. Rasa seperti sungguh dihargai :)


Macamana la agaknya kalau tetiba saya kena pi kursus mana-mana, luar dari Selangor/KL? Macamana la keadaan Irma gamaknya? Imran saya tak kisah sangat sebab saya tau dia happy go lucky. Dengan sesiapa pun dia boleh 'masuk'.


Bercakap pasal Imran, ohh semakin hari semakin cheeky. Kadang-kadang sampai tak larat nak melayan dia. Hehe. Dan dia semakin hari semakin kuat makan. Berat terkini adalah 20kg. Haiyo.


Tapi saya perasan yang Imran dah tak 'bulat' macam dulu. Figure dia dah tak macam baby/toddler. Oh dah besar rupanya anak teruna mak ni. Sedar tak sedar tahun depan Imran dah masuk 3 tahun, Irma 2 tahun. Rasanya macam baru beberapa hari sudah diorang ni baby lagi. Tup tup dah besar, asyik bergaduh sesama diorang dan membebel sepanjang masa. Hehe.


Agak-agaknya macamana la perasaan kita, mak mak ni bila anak nak kahwin nanti? :P


Saya yang membebel tah apa-apa,

Wednesday, December 30

Dateline dan Azam 2010

Fuhh!


Finally... sedikit ruang untuk bernafas.


Tadi, dah la mengejar dateline. Lepas tu, entah PC, entah sistem yang buat hal. Lembs gila.... tension haku! Dah la sistem tu hanya boleh nak diakses oleh few PC je.


Nasib baik la officemate saya cuti. Boleh la saya guna PC dia. Tapi, agak menggagau le nak guna Vista. Hahaha. Ye... PC saya guna XP. Sungguh ketinggalan okeh.


Hm. Dah 30hb rupanya hari ni. Lusa dah tahun 2010. Cepat betul masa berlalu. Korang dah pikirkan azam baru ke? Azam saya tahun 2009 pun saya dah tak ingat dah. Hahaha.


Untuk tahun 2010 ni, azam saya ialah untuk menjadi lebih sihat. Bukan 'sihat' ye, tapi SIHAT. Seperti yang korang selalu baca, saya selalu mengomel mengutuk diri sendiri yang gemoks ini. Hahaha. Ye, seriously saya memang gemok. (Kepada kawan-kawan yang pernah jumpa saya - saya dah semakin 'berkembang' okeh. Tensen.)


Saya takmau tanam azam kuruskan badan, atau turun 10, 20, 30kg. Saya cuma nak jadi lebih sihat. Untuk jadi lebih sihat, mestilah menjaga BMI supaya mempunyai berat badan unggul. So, nak tak nak kenalah turunkan berat badan kan kan kan? :)


Lagi satu azam saya ialah mengurangkan hutang sebanyak yang boleh. Hooo alangkah bahagianya hidup dengan hutang yang minima. Boleh le mak shopping mana yang patut huahuahua


Harap-harap tertunailah azam tahun 2010 ni.


Oh ye. Antara rancangan 2010 jugak ialah menambah ahli keluarga. Tapi semuanya depends pada kedua-dua azam saya di atas. Hehehe. Tapi, kalau dah rezeki, saya terima dengan redha *wink*


Nota ZZ: Kenapa lah akhir-akhir ni nak menulis pun dah tak reti nak mnyusun ayat. Tunggang terbalik rasanya. Huhu.




Tuesday, December 29

Ceh

Niat di hati adalah untuk tidak lunch hari ini, memandangkan sudah makan agak 'berat' masa breakfast. Lagipun sudah tanam azam mahu turunkan beberapa kilo.


Tapi tengah hari tadi melantak sundae McD. Apakah?


Sia-sia je la weh.



Edisi Jumaat: Avatar



Jumaat lepas pi tengok cerita ni. Sebenarnya nak tengok hari Khamis tu tapi full. Yang ada pukul 11.55pm. Apa kes bawak budak-budak tengok wayang tengah malam?


Pagi Jumaat adik saya ke Jusco, so mintak la dia belikan tiket sekali untuk show pukul 3.40 petang. Tapi punyalah ramai umat, dapatlah tempat duduk ke-5 dari depan. Haiyo. Mau sakit leher mak nanti.


Pukul 3 petang kitorang pun ke Jusco. Kitorang di sini bermaksud saya, En Abah, adik-adik saya, Imran & Irma. Ye, kami angkut sekali budak-budak kecik itu. Tapi dapat masuk panggung dalam pukul 3.50 petang. Sebab parking penuh banget! Susah gila nak dapatkan parking masa tu!


Setengah jam pertama, Imran & Irma sangat kusyuk tengok wayang. Terkagum kot. Eheh. Lepas tu, Imran dan mula tak senang duduk. Nak ke sana sini. Irma pun sama. Last-last, En Abah bawak Imran keluar. Irma masih dengan saya. So far Irma cuma takmo duduk. Dia nak jalan-jalan naik tangga turun tangga yang kalerful tu. So saya biarkan aje lah sambil-sambil perhatikan dia aje.


Lebih kurang sejam terakhir barulah En Abah & Imran masuk balik dalam panggung. Duduk kat tangga lagi! Hehe. Sudahnya Imran tidur kat pangku En Abah. Kena la dukung dia bawak keluar panggung.


Cerita Avatar ni jalan ceritanya biasa-biasa aje. Tapi saya sungguh kagum dengan grafik dia. Pergh! Macam real seh. Memang kagum habis ah. Walaupun spend 2 jam 45 minit dalam panggung, sikit pun saya tak terasa waktu berlalu. Ecewah. Dan nasib baik saya bawak shawl untuk membaluti tubuh saya yang 'chomel' ini. Kalau tak sure berada di persimpangan dilema; samada nak tahan kencing atau korbankan 10 minit untuk ke toilet. Oh tidak!


Kepada sesiapa yang nak tengok cerita ni, cepat-cepatlah ke panggung wayang berdekatan rumah anda! Memang saya rekomen 100%.


Nota ZZ: Rasa macam nak ajak En Abah tengok yang 3D punya lah pulak. Hihi.




Monday, December 28

Entri Takde Idea Bergambar

Hujung tahun... kebanyakan orang busy kat ofis.


Dan idea menulis pun ala-ala mandom gituk. Termasuklah saya ni.


Maka disebabkan idea adalah zero, so saya letakkan gambar-gambar masa bercuti kat Kota Kinabalu hari tu. Layannzz...

















4 keping saje (buat masa ini). Kalau ada lagi gambar yang asik saya letak dalam fesbuk kemudian-kemudian ajelah saya upload nanti. Ngeee....



Hujung Minggu Saya

Hello!


Macamana dengan weekend kawan-kawan?


Saya tengok Avatar last Friday. Then esoknya ke Zoo Melaka. Hari Ahad lepak-lepak kat rumah MIL sambil membuncitkan perut.


Haih kalaulah every week cuti 3 hari kan ke best?  Hahaha.


Ok. Sangat busy hari ni. Till then. Tata!



Thursday, December 24

Irma @ 19 Months

Hari ni genap umur Irma setahun tujuh bulan. Cepat betul masa berlalu.


Berat Irma masih lagi sekitar 8kg - 9kg. Tinggi 75cm. Kalau ikut kat carta paed, 75cm ialah tinggi average untuk budak lelaki 12 bulan (budak perempuan 14-15 bulan). Diapers masih lagi saiz M. Jimat sikit duit diapers. Hehe.


Irma masih lagi melekat dengan tuala. Preference nya ialah tuala lembab. Sabo je la. Kalau nak tidur tu, kalau dapat tuala lembab (spesifik: tuala yang mama dia guna masa mandi petang) haruslah Irma naik 'sheikh'. High semacam. Ahaha. Try bagi tuala bersih, tuala yang kering - tak jalan. Kalau nak tuala, dia cakap,

"Alenn... alenn..." (Tuala... tuala...)


Dah pandai ikut orang ajar alif ba ta. One two three pun agak ok lah, walaupun tak ikut turutan dan pelat, definitely. Tapi pelat itu comel, kan? :)


Suka tengok Barney. Tapi dia tak panggil Barney. Dia panggil 'aleuu' - stand for 'I Love You', lagu penutup Barney tu. Ahaha. Masa nak tidur, sambil2 high menggetel 'alenn', dia akan request saya menyanyi,

"Naniey aleuu..." (Nyanyi I Love You)


Selera makan adalah biasa-biasa saja. Tapi dia paling suka nasi goreng. Dan jugak lauk sweet sour. Paling tak tahan Irma ni suka makan pedas. Pedas untuk budak lah. Kemain laju je makan kalau benda tu pedas. Takpe ke ek?


Irma sekarang kuat menjerit. Badan je kecik, tapi suara kemain! Oh dan Irma sekarang dah pandai 'lawan balik' abang Imran. Kalau abang Imran usik dia, nanti dia babab abang dia balik. Hahaha. Nasib le korang dua beradik. Gaduh main-main takpe. Jangan gaduh betul-betul, ok?


Walaupun dah tak breastfeeding, tapi Irma tetap suka 'melekat' dengan saya. Kalau saya ada, jangan harap le dia nak dengan orang lain. Unless orang lain tu ajak dia jalan-jalan pi McD ke, kedai ke.


Dan ye, antibodi dia obviuosly lebih kuat berbanding abang dia. Kalau selsema, dia yang akan baik dulu. Itulah antara khasiat susu ibu yang paling obvious sekali hasilnya :)



Tuesday, December 22

Maaf

Sejak akhir-akhir ni aktiviti meninggalkan jejak dalam blog kawan-kawan sangat kurang. Entah kenapa ek?

Saya masih ni di sini, masih tetap membaca blog kawan-kawan macam biasa.

Selalu nak tinggalkan komen. Tapi bila nak start menaip, jadi ala-ala blur gitu. Tak tahu nak taip apa. Padahal sebelum tu kemain macam-macam yang ditaip.

Tah la ek. Mungkin sebab akhir-akhir ni macam-macam benda yang ada dalam kepala otak saya ni. Semuanya nak difikir serentak.

 Minta maaf kat kengkawan, jarang benor mak tinggalkan komen sekarang ni. Huhu.



Moody

Not really in a mood today. Apsal tah.


Lebam kat mata ni makin lama makin nampak pulak. Any tips untuk hilangkan lebam? Sungguh hodoh rasanya.


Kat ofis ni tengah menunggu audit 5S pulok. *Sigh*


Silalah datang cepat-cepat. Ai dah tak koser nak menunggu lagi walaupun bilik ai takde la kemas sangat :P.





Monday, December 21

Projek Bulan Baru

Despite of insiden koyak, saya dan En Abah telah berjaya menonton New Moon. Wahaha. Mula-mula En Abah agak tak koser jugak, setelah pengalamannya menonton DVD cetak rompak Twilight yang jalan ceritanya agak slow itu.


Tapi kuasa pujukan isteri jangan dipandang remeh. Muahahaha.


Maka dengan mata lebam, spek senget dan bibir yang koyak, kami pun terkedek-kedek ke TGV Jusco Cheras Selatan.


Ceritanya not bad juga, but saya tetap prefer novel. Oh ye cik Iszan, Jacob Black itu memang 'something' lah.


Komen En Abah?

"Best jugak layan New Moon ni". Hahaha. En Abah, silalah baca novelnya untuk lebih feel. Macamlah En Abah nak baca :P


Ada satu je benda yang saya tak berkenan masa tengok movie hari tu - couple depan saya. Rasa-rasanya diorang ni budak sekolah lagi. Bergesel-gesel macam hape okeh. Tau la duduk kat couple seat tapi jangan le lebih-lebih weh. Dan saya rasa ada adegan yang tidak hingin dilihat between couple tu. Eiii...


En Abah pun perasan peel budak-budak hingusan tu. Siap senggol saya masa nak bagitau. Saya pun dengan sengajanya bercakap dengan agak kuat, "Tulah pasal! Rimas tengok! Hish!"


Terus budak-budak yang dah hampir 2 become 1 tu 'terlerai ikatan kimia' nya. Hahaha. Tau pulak segan ye.


Lepas habis wayang kitorang perasan yang couple tu hilang di sebalik tangga dekat-dekat toilet. Entah apa yang dia buat kat belakang tangga tu.

"Projek la tuh," bak kata En Abah. Huhu. Risaunya tengok budak-budak zaman sekarang. Mitak dijauhkanlah dari kita dan keluarga.




Koyak

Morning y'all!!! :)


Seronok betul cuti panjang hujung minggu. Ye, dengan tak disangka-sangka saya tambah lagi satu hari cuti Khamis lepas. So instead of 3 hari, saya cuti 4 hari. Fuh.


Bukannya sengaja nak tambah cuti.


Saya terjatuh tangga. Huhu. Jatuh tergolek-golek, sampaikan bibir atas saya koyak. Lepas tu, spek saya entah macamana 'hentam' mata saya, maka mata saya adalah kebiruan lebam macam kena tumbuk. Sampai hari ni mata saya tu ala-ala mekap smokey eyes gitu.


Sampai hari ni jugak bibir saya bengkak, walaupun dah surut sikit. Luar dalam bibir koyak. Sakit woo. Nasib baik still boleh makan. Hihi.


Ok lah. Nak bermarathon nih. Till then.




Wednesday, December 16

Santau

Semalam En Abah telah mengajak saya tengok wayang. Ohhh dah lama gila tak tengok wayang.


Sementelah saya baru je habis baca novel New Moon, so niat di hati teringin pulak nak tengok movienya. Tapi, alangkah tak best nya bila sampai kat Jusco Cheras Selatan, New Moon hanya akan ditayangkan pada pukul 11 malam. Dah lambat sangat dah tu.


Movie yang lain macam tak menarik hati la pulak. Sudahnya En Abah ajak tengok Santau.


At first saya memang takmo. Mak penakut, nyah! Saya memang TAK BOLEH tengok cerita hantu. Biarlah ceritanya bodoh macam mana pun. Kalau ala-ala Supernatural tu boleh le mak nengok.


Hmm ingat tak cerita House on Haunted Hill? Cerita tu biasa-biasa je kan? TAPI, bila saya tengok cerita tu, saya asyik dok teringat-ingat adegan hantu dia. Nak dekat sebulan jugaklah. Tension weh bila dok teringat-ingat je. Nak tidur sorang-sorang dalam bilik pun takut. Benci!


Tapi memandangkan En Abah selalu temankan saya tengok movie yang bukan taste dia, saya pun mengalah. Tengok jugaklah cerita Santau tu.


Best ke? Entahlah. 80% daripada adegan yang ada 'benda' saya tutup mata. Hahaha. Pantang muziknya lain macam sikit saya terus tutup mata.


Anyway, memang saya salute lah dengan lakonan Mardiana tu. Memang hidup lah. As for watak Halim, lakonan Esma Daniel tak berapa menjadi. Tak cukup ego bagi seorang suami yang tak percayakan benda-benda macam santau nih.


Hantu (ke jin?) yang disuruh mengganggu Halim ni memang non stop muncul. Kejap-kejap ada, kejap-kejap ada. Tu yang mak asyik tutup mata je tu. Muahaha. Nak makan pop corn pun takde selera.


Jalan ceritanya ok la untuk filem Melayu, walaupun saya awal-awal lagi dah boleh agak dah siapa yang santau Halim.Tapi saya rasa Jangan Pandang Belakang lagi seram kot. Maybe sebab cerita tu pasal hantu, sedangkan Santau ni buatan orang.


Kesimpulannya, malam tadi saya asyik mimpi hantu je. Ish. Tension betul!





Tuesday, December 15

Cuti-Cuti Langkawi 2

Kita berjumpa lagi. Meh layan lagi entri bergambar.


Hari ketiga gambar agak banyak. Hari kedua tu bateri kamera habis la pulak. Tu yang gambar pun ala-ala seciput je.



Pandangan dari bilik motel kami. Kitorang duduk kat AB Motel. Rasanya Fid pernah mention pasal motel ni. Actually kitorang takde booking pun. Main redah je. Tapi Alhamdulillah dapat jugak motel yang ok. Masa sampai sana tinggal satu je bilik.


Ada dua katil queen. So memang selesalah kami 4 beranak tidur situ. Cuma, tak tahulah bilik kitorang je ke atau semua bilik - takde remote control aircond. Sejuk wooo....


AB Motel ni kat Pantai Cenang. Belakang motel ni betul-betul ngadap pantai. Tapi kitorang tak berkesempatan pun nak mandi kat situ. Apasal tah. Padahal takde la ke mana pun.


Oh ye. Masa kami kat sana, kebetulan SIL yang baru kahwin tu pun honeymoon kat situ jugak. Tapi of course la dia duduk kat hotel yang best kan. Langkawi Lagoon ok. Sangat best bilik dia.


So bila dah sesama ada kat sana, kitorang share ajelah kereta sewa. Kami dapat kereta Nissan Sentra, RM130 sehari. Tak tahulah murah ke mahal. Tapi disebabkan share, maka ada penjimatan di situ. Ok lah tu kan.


Hari ketiga/terakhir, kami decide nak pi island hopping. AB Motel punya jugak. AB Marine namanya kalo tak silap. RM25/pax. Pi 3 pulau - Pulau Dayang Bunting, Pulau Singa Besar & Pulau Beras Basah.


Ni first time island hopping nih. Tu yang eksaited lain macam sikit. Hahaha.



Irma dan mak budak yang sangat gemok. Muahaha. Tak koser nak blur-kan muka. Kiranya ni tayangan khas lah untuk kengkawan. Hahaha. Masa ni tengah tunggu van yang nak bawa kami ke bot.



En Abah terchenta.



Ni gambar Pulau Dayang Bunting. Boleh nampak tak bentuk macam pompuan mengandung terbaring? Start dari kanan - kepala, breast, and perut. Nampak tak?



Imran yang... tak tahulah nak kata cuak ke, eksaited ke, ngantuk.



Konon nak posing manja dengan Irma. Tapi hasilnya macam posing tah hape hape. Irma pun tak sanggup nak pandang kamera. Sangat sepet mata mak selepas bukak spek. Oh sila abaikan double chin itu. Muahaha.



Sampai di Pulau Dayang Bunting. Nak ke tasik dayang bunting. Oh taklah jauh sangat tapi sebab kena panjat bukit turun bukit sambil mendukung budak serta tangan penuh dengan tuala Irma la, beg Imran la, kamera untuk posing manja yang tak jadi lah, maka sangatlah exhausted!



Dapat le bergambar satu family, walaupun Imran tak pandang kamera. Tengok tangan mak sentiasa memegang tuala, khas untuk Irma. Huahuahua. Oh gemoknya beta. Jua, kalau mak guna gambar ni untuk jadi calon Free Photoshoot boleh dak? :)



Catfish foot massage lah konon. Tapi sekor ikan pun tak sudi nak datang kat kami. Kami terlebih sihat kot.


Lihatlah peha Imran itu ye puan-puan. Gebus kan? Sama besar dengan betis bapak dia. Pejal weh betis dia. Keras! Jangan main-main. Hahaha.


Gambar ni pun saya suka gak. Ala-ala macam memori terindah gitu.




Di tasik Dayang Bunting. Air tasik ni tak masin. Miracle border katanya. Dikatakan wanita yang sukar mendapat anak elok minum/mandi air tasik ni. Entah betul ke tak. Wallahualam.




Ok. Sungguh huduhs gambar ni. Konon nak dapatkan angle macam gambar Irma semalam, tapi buruk la pulak. Anyway, mak letakkan jugak untuk tatapan korang. :P




En Abah buat iklan ubat gigi. Muahaha.




Mak budak yang kepenatan tapi masih posing kugagahkan-juga-untuk-sengih.


 
Ban nak air! Aus!




Eagle feeding kat Pulau Singa Besar. Ye, saya bukan photographer yang baik. Eagle nya halus seciput nun jauh di sana. Muahaha.




Saja amik gambar papan tanda. Bukti nih! Haha.




Imran selepas berendam dalam laut. Yang berdiri senget tu ialah En Abah.




Imran & En Abah (merangkap body guard Imran)




Lagi satu gambar sefamily. Imran cuma nampak kepala saje. Jadilah. Hahaha.
Belakang tu pelancong Taiwan kut. Friendly dan suka gelakkan Imran yang cheeky.


Ok lah. Itu saja. Saya baru dapat panggilan dari En Abah. Nak kena balik. Till then, tata!


Nota ZZ: Ya ampun nanti-nanti ku jawab segala komen-komennya ya!



Cuti-Cuti Langkawi 1

Ini adalah entri bergambar. So... layannn....



Sebelum memulakan perjalanan, kita minum duluuuu....



Baru beberapa minit Imran dah zzzzz....



En Abah yang bersemangat membawa kereta.



Bila En Abah penat, Imran pulak ganti. Haha. Kidding.
Ni masa kat Sungai Petani. Masa En Abah dok sibuk jumpa orang, kitorang pulak tunggu dalam kereta.



One of my fav pics.



Mama, banyak tak gigi Ban?



Dalam feri. Dari Kuala Kedah ke Langkawi.
Memandangkan budak-budak bawah 3 tahun tak payah beli tiket, so parents kena la pangku.
Nasib laa En Abah kena pangku budak 19kg ni. Hihi.
Tapi tak lama pun. Lepas few minutes feri berlepas, Imran 'halau' En Abah.
Dia nak duduk sorang-sorang.

"Pi Bapak, piii..."  (Tepi, bapak. Tepii...)


Sudahnya En Abah terpaksa berdiri sepanjang perjalanan. Kesian hero hensem saya ni.





Di Oriental Village. Nak naik cable car.
Tapi masa ni angin kuat sangat. So, cable car ditutup. Huhu.



Pemandangan sekitar Oriental Village.
Banyak rupanya aktiviti yang ada kat sini.
Tapi kitorang tak join pun sebab niat di hati cuma nak naik cable car sahaja.



Ada petting zoo kat sini. Imran leka layan arnab. Ada satu arnab ni 'peramah' gila.
Siap datang naik kat kita mintak makanan. Macam kucing lah pulak.
Lepas tangkap gambar ni, arnab tu naik atas Imran. Huhu. Panik mak!



Ni kat Underwater World. Kemain Imran mendongak tengok ikan.




Antara binatang yang ada kat Underwater World.



Spesis monyet yang sangat comel. Kecikkkk je. Mak tak sempat nak baca info pasal binatang ni. Sempat tangkap gambo je. Jadik la ek.




Binatang fav Imran masa kat sini - penguin. Sangat comel!


Oh lepas godek-godek kamera barulah perasan sikitnya gambar yang haku tangkap masa kat Underwater World. Tak sempat, nyah! Dok mengejar Imran aje.



Ni muka orang penat selepas main kejar-kejar dengan mama dan bapak nya.
Plus masa tu jari telunjuk dia sakit sebab dia baru lepas pegang lampu panas kat mana tah. Tu muka ketat je tu.


Gambar adalah sebelum adegan menangis/mengamuk/tantrum selama hampir 15 minit. Eh, ke setengah jam? Rasa macam lama gila Imran mengamuk masa ni. Mak sampai tak tahu nak pujuk gaya mana lagi dah. Semua yang lalu dekat cafe dalam Underwater World tu dok pandang drama kitorang anak-beranak. Hahaha.




Anak dara posing 'MySpace' pose. Style teenagers zaman sekarang amek gambo. Bulatkan mata, muncungkan mulut. Angle kena baekk punya.


Sekian untuk episod kali ini. Sehingga kita berjumpa lagi di hari dan waktu yang sama entah bila. Mungkin petang ini :P.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!