Tuesday, June 28

Cengeng

Pregnant kali ni aku adalah cengeng. Yang sebelum-sebelum ni takde lah aku sensitip melampau. Semuanya under control. Kot kalau aku teringin nak sesuatu tapi tak dapat takde la aku rasa down ke apa ke. Tapi kali ni...


Ye lah tekak pun ngengada nak merasa macam-macam. And macam-macam jugak le yang tak dapat. Hahaha. Tapi ada sekali tu benda yang aku teringin tu murah je pun. Bersepah dijual. Maka aku pun mintak le En Abah belikan. 


Dah dapat bendanya mestilah rasa seronok. Aku pun rasa lah sikit. Lepas tu letak atas meja jap sebab aku ke dapur. Bila aku ke depan balik tup-tup benda yang aku teringin bebenor tu tinggal seciputt je. Aik? Siapa pulak yang rembat nih?


Lalu aku membawa diri masuk ke dalam bilik. Lepas tu, aku nangis tak ingat dunia. Sedih woo... dah la nak macam-macam semuanya tak dapat. Tetiba benda murah bersepah jual kat kedai runcit India pun kena rembat jugak. Mau tak sayu aku? Sampai bengkak-bengkak mata jugak le aku nangis. Hahahaha. Lawak pulak bila ingat balik.


Bila En Abah masuk bilik haruslah dia pelik kan. Awat la bini dia ni mata merah-merah macam kena rasuk? Haha. Masa tu aku dah rasional sikit dah maka aku adalah malu nak cerita kat En Abah. Sebab rasa macam budak-budak sangat. Hihi. Last-last aku bagitau jugak kat En Abah. Nasib baik le member tak gelakkan aku. Siap offer nak belikan yang baru. Ekekeke. Tapi aku takmo. Takpelah. Takde hal pun. Bebila pun boleh beli.


Dari dia offer nak belikan aku benda tu lagi sekali, kan ke bagus kalo dia offer belikan durian musang king atau roti jala Kerinchi untuk aku? Muahahaha.


Korang masa pregnant pernah tak cengeng macam aku ni?


Monday, June 27

Kejutan

Pagi tadi aku dapat call dari bahagian pentadbiran. Dan telah mendapat berita yang boleh tahan jugaklah berjaya buat aku terkejut.


Aku dapat transfer ke ofis lain. Dah lama dengar khabar angin nya. Cuma hari ni baru le orang pentadbiran nak call. So takdelah terkejut sangat. Cuma mula-mula tu katanya minta aku start kat tempat baru 1hb ni. Hoh? Haruslah aku terkujat! 1hb maknanya Jumaat ni la kan???




Gila cepat! Mana nak handover kerja-kerja sekarang, mana nak berkemas, mana nak transfer segala file personal (opsss... :P) dari dalam PC yang dah kategori warga emas ni. Ekekeke.


So, diorang tanya kalau 15hb boleh ke? Aku kata aku Insyaallah takde masalah. Cuma kena tanya la bos aku dulu ye dak. 


Dulu masa dapat tau kena transfer punyalah aku tak sexcited sebab dah lama bebenor kat unit sekarang ni. Now bila dah dapat tarikhnya tup-tup rasa cuak la pulak. Sure banyak cabaran baru and benda baru yang aku kena belajar dan hadapi. 


Doakan aku ye kawan-kawan! :)

Friday, June 24

Tahniah!

Baru dapat pengkhabaran SIL yang sulung dah selamat melahirkan anak sulungnya. Dapat anak perempuan.


Tahniah Long!


Insyaallah malam ni balik Seremban.


Lawak Pulak Rasanya

Kadang-kadang dapat SMS scam pasal simcard anda menang hadiah, no telefon anda berjaya lah apa lah, ada jugak yang lawak sebab nampak bebeno tipu secara terang-terangan.


Ni SMS yang aku terima hampir sebulan lepas. Dari tuanpunya no 0135434211. Baru teringat nak cerita hari ni. Eheh.


"Congratulations! Simcard Anda B'jaya Menangi Cabutan B'tuah RM30,000.00 Dr "PETRONAS"SDN.BHD No Siri:254799 Maklumat lanjut Sila Call Office: 014-2036-808"


Ni SMS yang aku taip betul-betul ikut ejaan dia.


Ok. First of all, awat hang guna bahasa rojak eh? Kejap English, kejap BM. Pastu siap guna short form lagi. 
Kedua, Petronas Sdn Bhd? Biar benar??? Sejak bila pulak Petronas ni jadi Sdn Bhd? Kehkehkeh. 
Last sekali, ngape no office Petronas Sdn Bhd guna no handphone ek? Dah takde fixed line ka?


Adeh la. Aku dengan En Abah tergelak bila dapat SMS ni. Kot ye pun menipu kan. 


Bila Google memang ada jugak orang yang dapat SMS yang lebih kurang cenggini, dari orang yang sama, dapat no siri yang sama (hahaha tak boleh blah betul!) and suruh hubungi nombor yang sama jugak. 


Ada sesiapa pernah dapat SMS cenggini?


Thursday, June 23

Rasa Sangat...

... kosong hari ni.


Macam-macam benda bermain dalam fikiran. Tapi perasaan dan jiwa tu.... K.O.S.O.N.G.


Ikutkan hati aku nak balik ke rumah, cari katil dan hempaskan badan lalu tidur untuk lupakan semua yang ada dalam otak aku ni kejap.


Adeh.


Sabarlah Zety. Sabar.

Tuesday, June 21

Family Gathering

Last Sunday family belah mak aku buat gathering kat kampung kitorang kat Jalan Klang Lama tu. Misi gathering ialah sesi fotografi the whole family serta solat hajat untuk anak sepupu aku yang bakal dibedah tak lama lagi.


Sesi fotografi sebab tak lama lagi Insyaallah tanah kat kampung ni akan dijual. So kiranya ni sebagai kenangan terakhir la bergambar beramai-ramai. Isk. Sedih pun ada. Kampung kitorang tu penyewanya semua dah keluar kecuali beberapa orang je lagi. So memang sunyi sepi la. 


Kalau aku pun rasa sedih tah macamana pulak mak aku & adik beradik dia rasa. Especially Pak Long, Mak Jah & Cik Ton aku tu. Yelah, sejak lahir sampai sekarang menetap kat situ. Diorang lah yang menjaga kampung warisan moyang aku tu. Tapi, ye lah... kena lah ikut kesesuaian zaman. Lepas generasi diorang, siapa lagi yang nak jaga kampung tu dengan aman sejahtera ye dak? Nak harapkan anak-anak ie generasi aku ni semuanya dah menetap dengan family masing-masing. Dah tak duduk dah kat kampung tu. Sekadar datang berkumpul masa weekend je.


Nak letak gambar tapi takleh nak copy dari FB. So kalau nak tengok gambar family aku tu boleh le jenguk FB aku tu :)


Well, harapnya walaupun lepas ni dah tak berkumpul dah kat kampung tu, family kitorang still mesra dan rapat macam dulu jugak. Lepas ni entah nak berkumpul kat mana la agaknya. Huhu. 


Oh pasal anak sepupu aku tu pulak, next month dia kena operate jantung. Khamis ni pun ada solat hajat untuk dia kat Masjid al-Hidayah, Seksyen 18. Hopefully semuanya baik-baik aje untuk Danish (macam nama anak aku pulak :))


Puasa & 5S

Hari ni 1st day puasa ganti. Haha gila lambat ah ganti puasa. Takpe takpe yang penting ganti kan? 


Hari ni jugak 1st time puasa semenjak pregnant baby no 3 ni. Pagi tadi Alhamdulillah sempat le sahur ala kadar. Pukul 9 pagi perut haku dah mula bunyi-bunyi. Lapar tu satu hal la kan. Tak kisah le sebab puasa. Ni datang sekali dengan pakej angin dan kunjungan tanpa henti ke toilet. Dah berapa hari dah gini. Tension woo.


Hari ni jugak satu opis sibuk buat last minute preparation untuk audit 5S esok. Kali ni diorang nak cek workstation pulak. Haih. Tang wprkstation ni memang banyakkkk le yang nak kena kemas. Meja penuh dengan fail, kena bagi kosong. Laci punyalah penuh dengan barang, kena susun elok-elok. Even bakul sampah pun kena buat tempat parking & label dia. Eheh. Layan je la labu.


Thursday, June 16

Peguin

Pregnancy kali ni memang agak berbeza lah dari yang sebelum ni.


Baru masuk 5 bulan tapi jalan sudah terkengkang-kengkang macam peguin. Hahaha. No bukan sebab perut besar. Ha tu pun satu benda gak. Kali ni perut nampak macam (macam je :P) kecik sikit. Mungkin sebab perut memang asal-asalnya besar kot. Hahaha.


Jalan terkengkang sebab peha dah mula la nak berlaga-laga. Hoho.


Pastu cepat nau termengah-mengah. Kalau naik turun tangga tu munasabah la jugak kalau tak cukup napas. Ni dok dalam kereta nyanyi lagu tak sampai korus lagi pun dah penat. Ok amalan menyanyi dalam kereta harus ditukar kepada zikir. Astaghfirullah hal azim Zety oii... muhasabah la sikit...


Eh tadi rasa macam banyak nak bebel tapi tetiba blank pulak tak reti nak cerita apa. Later later eh. Bye!


Tuesday, June 14

5th Anniversary

Jumaat lepas anniversary kami yang ke-5. Alhamdulillah dah lima tahun bersama. 


Tak sambut apa-apa pun. Dah la saya demam & selsema Jumaat tu. Siap amik MC lagi sebab tak larat nak drive. Hoho.


Hari Ahad kami ke Raub pulak. Dari Seremban ke Raub, siap lalu jalan dalam lagi. Gila ah. Naik pitam saya dibuatnya. Udahlah demam, jalan pulak macam ular kena palu. Pulak tu En Abah bawak agak laju sebab dah berjanji dengan orang. So, gabungan semua di atas = disaster. Hoho. Asalnya nak lalu highway je tapi tah kenapa En Abah nak lalu jalan dalam pulak. Katanya kawan dia bagitau jalan dalam lagi dekat. Iyolah tu! Mungkin la dekat tapi bila dah asyik beratur belakang lori je memang macam siput lah kan.


Ada benda kelakar/geli jadi sebelum kitorang bertolak ke Raub tu. Dah siap-siap panaskan enjin kereta, masukkan segala mala barang, tetiba Irma menjerit dari dalam kereta,

"Busutt!!! Busuttt!!!! Bau busut la mama!"


Tau apa yang busuk? Si Imran punyalah bertuah terpijak pulak t*ik kucing. Pastu siap panjat masuk dalam kereta, pijak-pijak seat belah driver dengan co-driver. Haiyoh! Nasib baik la seat bukannya jenis kain. So senang nak bersihkan.


Kami pi Raub balik hari. Gila penat ah Tuhan je yang tahu. Esok paginya selsema saya bertambah teruk, siap pakej dengan migraine lagik. Adehh. Memang tak larat nak angkat kepala. Dah siap bangun mandi pagi, gosok baju, solat Subuh bagai. Tapi in the end haku terbaring jugak atas katil. Mak tak larat nok.


En Abah lagi kesian. Hari Sabtu dah sedia penat angkut kotak-kotak tolong Abah nya pindah ofis. Pastu drive jauh-jauh lagi. Pastu malam tadi balik nak dekat pukul 1 pagi. Adehhh... sian saya nengok En Abah. Nak amik cuti takleh. Sabar ajelah ye En Abah.


Apa-apa pun, Happy Anniversary En Abah. Semoga hubungan kita bertambah erat dan dirahmatiNya. Amin.


Friday, June 3

Menjadi SAHM

... selama 4 hari. Ehehehe.


Akan bercuti sampai Selasa ni. Bercuti ye. Bukan cuti-cuti Malaysia ke, Indonesia ke, Vietnam ke hape.


Atuk dengan nenek sekali lagi gi honeymoon almaklumlah dua-dua dah berstatus pensioner maka berjalan aje lah kan. Ehehe. So anak-anak takde siapa nak jaga maka mamanya ni lah yang kena amik cuti.


Hari ni hari 5S kat opis aku nih. Bila sebut 5S je haruslah aku pening sekejap, especially bila tengok meja aku ni ha. Hahaha. Sakan le tenggelam di sebalik fail-fail dan kertas-kertas ni satgi.


Semalam eh kelmarin masa tengok berita kat TV aku sungguh rasa sayu. Siap menitik air mata aku bila tengok berita pasal bayi yang dicampak dari tingkat 5 tu. Buduh sungguh la kan. Sampai bersepai kepala baby tu. Aduyai. Pastu ada pulak mayat bayi yang tersangkut kat batu tu. Huuuu.... Apa nak jadi kat Malaysia ni. Takut aku.




Wednesday, June 1

Nota Rawak

  1. Entah kenapa pregnant kali ni buat aku saaaaangat malas nak update blog. Eh, ada kena mengena ke ek? Entah. Agaknya la kot :P

  2. Hari tu Irma turun tingkat bawah sorang-sorang lagi. Masa tu En Abah belum balik so lampu kat bawah biar terbukak. Lepas tu tetiba je Irma melalak tak ingat dunia. Bila tanya dia, dia kata "Mr Bean pandang Irma! Mr Bean tu jahat! Irma tatot!" Hok aloh. Kebetulan masa tu dia baru je dapat mainan Mr Bean KFC tu. Tapi dia kata Mr Bean yang pandang dia tu Mr Bean lain. Mr Bean mana pulak yang dok pandang Irma ni weh? Cuak pulak haku.

  3. En Abah sangat busy sekarang ni. Dah berapa malam dah balik lambat. Malam tadi pukul 3 pagi baru sampai rumah. Pukul 6.30 dah bangun balik. Sian tengok En Abah kepenatan.

  4. Niat nak balik ke 'sarang' sendiri dah makin membuak-buak sekarang ni. Hopefully tercapailah niat kami laki-bini nak sambut raya kat rumah sendiri :)

  5. Alhamdulillah makin murah rezeki akhir-akhir ni. Makin dipermudahkan jalan. Rezeki baby no 3 agaknya :)

  6. Sejak masuk 2nd trimester ni cepat bebeno rasa lapar. Tensi hokeh. Ye lah haku kan kena jaga makan dan berat badan. Tapi kalo dah every 3 hours perut bunyik-bunyik, siap loya-loya pulak kalau tak ngunyah apa-apa, camno? Tensi sungguh.

  7. Sedang dalam usaha banyakkan minum air masak. Takmo la fail MGTT nanti. Haih. BP pun kena test tetiap hari. So far nampaknya ok kot.






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!