Friday, October 29

Surat Untuk Mu II

Wahai En Posmen


Sehingga petang semalam saya menunggu En Posmen, namun penantian saya berakhir dengan hampa. Saya pulang ke rumah membawa hati yang lara. Maka untuk menghilangkan hati yang lara, saya memandu dan buka radio dengan volume yang kuat sambil saya juga melalak-lalak dan menyanyi mengikut lirik secara suka-suki hati saya. Nasib baiklah rasa duka saya ini sedikit sebanyak dapat dihilangkan juga.


En Posmen ku,


Pagi ini saya memandu ke tempat kerja dengan dada yang berdebar-debar. Hati saya tertanya-tanya, adakah En Posmen akan berkunjung ke pejabat saya hari ini? Bayangkanlah, saya punyalah berdebar sehinggakan saya sampai pejabat pada pukul 7.30 pagi! 7.30 pagi tau Encik Posmen! Sedangkan saya masuk pejabat sepatutnya pada/sebelum pukul 8.30 pagi. Nampak tak betapa teruja nya saya? 


Penantian saya berkahir pada pukul 11.15 pagi tadi. Oh, akhirnya sampai juga kamu ya er... er... En Bukan Posmen???. Oh saya lupa. Bungkusan PosLa.ju bukanlah tanggungjawab En Posmen, sebaliknya Abang Mat Despatch (dan-dan tukar jadi abang sebab parcel dah sampai :P). Minta maaf, minta ampun wahai En Posmen. Saya dengan selambanya membuat surat terbuka kepada En Posmen padahal En Posmen tak salah pun. Ampun! :P


Abang Mat Desptach Yang Berbaju Oren (AMDYBO),


Terima kasih kerana akhirnya AMDYBO sampai juga ke pejabat saya. Tahniah juga kerana tidak tersesat sebab AMDYBO kan selalu datang sini. Jangan nak tipu ye. Saya hampir sahaja ingin membuat sujud syukur di depan AMDYBO. Namun sujud syukur itu saya reserved dulu dan digantikan dengan sengihan senyuman paling manis saya. Oh AMDYBO, senyuman itu bukan untuk AMDYBO ye, tapi senyuman keterujaan saya kerana bungkusan saya telah pun tiba.


Akhir kata sebagai penutup surat ini, saya ingin ucapkan I Lap Yu The Very Much Lah AMDYBO! Tenkiu! Syukran! Terma Kasih!


P/S: Jangan terasa hati kerana saya tidak besarkan font ayat penutup saya ini kerana kalau nak marah, barulah font jadi besar, bold dan merah. Kalau takat ucap terima kasih, guna font biasa pun cukup. Yang penting, ikhlas. Tak gitu AMDYBO? :P


Yang Benar,

Thursday, October 28

Surat Untuk Mu

Wahai En Posmen,


Apa khabar? Saya harap En Posmen sihat-sihat sahaja hendaknya. Tujuan saya menulis ini adalah untuk menyatakan rasa prihatin saya terhadap En Posmen.


Apa?! En Posmen kompius?!


Baiklah. Tak apa. Tak apa. Biarlah saya terangkan ya.


Saya sepatutnya menerima sebuah bungkusan hari ini. Sepatutnya masa-masa begini bungkusan tersebut sudah sepatutnya berada di dalam tangan saya. Akan tetapi sehingga saat ini jangankan bayang-bayang bungkusan, batang hidung En Posmen pun saya tidak nampak kelibatnya!


Saya begitu prihatin kerana saya seorang yang memahami masalah En Posmen. Memang sudah menjadi lumrah ramai encik-encik posmen serta mat-mat despatch sebelum ini yang berada di dalam kesesatan sesat barat dalam usaha untuk mencari pejabat saya ini.


Oleh itu, untuk mengelakkan En Posmen tersesat hingga entah ke mana-mana, mungkin hingga sempat ngeteh di mamak-mamak berhampiran maka saya tuliskan alamat selengkap-lengkapnya untuk rujukan En Posmen. Saya siap menyatakan akan kedudukan pejabat saya yang terletaknya di Bangunan X Lama. Oh X itu tidak bolehlah saya nyatakan di sini. Nanti ramai pula peminat saya yang datang hendak berjumpa dengan saya. Kohkohkoh. 


Ehem ehem. Maafkan saya kerana perasan terbatuk. Mungkin kah En Posmen yang menyebut-nyebut nama saya sehingga saya tersedak begini??


Beginilah En Posmen. Jika En Posmen masih tidak menjumpai pejabat saya, saya sarankan agar En Posmen bertanya kepada PakGad-PakGad dan MakGad-MakGad seantero tempat kerja saya ini. Untuk pengetahuan En Posmen, tempat kerja saya ni ada beratus-ratus PakGad dan MakGad bertauliah. Jadi saya rasa ianya bukan satu masalah untuk En Posmen mencari mereka. Mereka memakai uniform berwarna biru muda ya, En Posmen. Diulangi, biru muda. Bukan hijau, bukan kuning, bukan juga merah. Lagi sekali, biru muda ya.


Jika En Posmen berasa malu-malu kucing untuk bertanya kepada PakGad atau MakGad, En Posmen bolehlah bertanya kepada sesiapa sahaja yang berada di dalam kawasan pejabat saya ini. Mereka ini kebanyakannya adalah peramah dan berkebolehan untuk menjadi penunjuk arah. Atau paling tidak pun, mereka cuma akan menjawab, "Sorry saya tak tahu. Cuba tanya orang kat sana tu", sambil menunjuk kepada orang lain di sekitar mereka. Oh, saya dah beritahu yang mereka ini kebanyakannya berkebolehan menjadi penunjuk arah kan?


Maka bolehlah saya simpulkan bahawa tidak sepatutnya En Posmen boleh tersesat mencari pejabat saya ini. Betul, bukan?


Saya bukannya apa. Saya amat berharaplah En Posmen dapat menghantar bungkusan itu hari ini. Kerana bungkusan itu bolehlah dikatakan agak penting juga bagi saya. Saya hendak menggunakan isi dalam bungkusan tersebut dalam minggu ini juga. Esok sudah hari Jumaat dan saya sudah tidak sanggup menunggu wahai En Posmen.


Akhir kata, CEPATLAH HANTAR PARCEL AKU WEH!!!


Yang Benar,

Wednesday, October 27

Bajet Oh Bajet

Sekarang ni saya sedang berada dalam mood mengatur bajet selama 3 bulan. Huhu.

Pic googled


Almaklumlah, gaji bulan 11 nanti kan awal. 10hb dah dapat gaji dah. Gaji bulan 12 pulak masa 20hb nanti. Kalau tak plan & control betul-betul, silap-silap 1hb Disember dah kering kontang gamak eh.


Plus InsyaAllah saya sefamily (belah saya) akan pergi bercuti masa cuti sekolah nanti. Walaupun perbelanjaan kebanyakannya ditanggung beres (eheh), dah namanya bercuti, mestilah masukkan sesi bershopping sakan kan. Biasalah orang Mesia memang suka shopping. Campaklah ke mana-mana pun. Ekekeke.


Hujung minggu ni pulak InsyaAllah akan ikut En Abah ke Melaka sempena Family Day tempat kerja dia. Wah baru je start kerja dah follow orang berfamily day bagai kan. Saya sure jadi shy-shy cat masa kat sana nanti. Maklumlah ai kan perempuan melayu yang tak berapa terakhir kan. Hihihi.


So perjalanan ke Melaka, penginapan semua tu kan ke guna duit. Maka budget planning adalah perlu.


Minggu depan pulak sepupu En Abah kahwin. Mestilah kena hulur duit dalam sesalam dua kan. Tak gitu?


Oleh itu, mulai hari ni kenalah memulakan perbelanjaan berhemah Puan Zety Zin.

Contoh. Tiada kaitan dengan yang hidup atau pun yang sudah meninggal dunia.
Kalau ada hanya kebetulan sahaja :P


Sekian bebelan makcik di petang hari,

Pewut Bonch

Ada satu malam tu kami sefamily duduk bersantai tengok TV. Tiba-tiba Irma datang ke saya lalu me-landing-kan tangannya kat salah satu area di badan saya. Lepas tu dia cakap sambil meraba-raba dan memicit-micit bahagian tersebut,


"Besarnye pewut mama. Mama banyak matan te?"


Adoi la hai anakku. Itu bukan perut Mama le sayang. Itu B Mama! Sampai bila-bila pun memang besar takkan kempis-kempis. Hahahaha.


Oh, by the way, tahap bonch perut ku ini memang makin menjadi-jadi le pulak. So statement Irma tu tak salah. Cuma tangan tu je. Salah landing. Kihkihkih.


Image googled


Tuesday, October 26

Bagaimana Hendak Puaskan hati Semua Pihak?

Macamana nak buat keputusan yang dapat puaskan hati semua pihak ye? Puaskan hati di sini maknanya dapat buat win-win punya decision la. 


Kata orang, abaikan saja. Asal keputusan itu baik untuk kita. Tapi bukan ke pihak-pihak lain pun terlibat sama jugak? Apa saja keputusan yang kita buat, sedikit sebanyak akan effect pada orang lain. Saya pernah terbaca satu quote ni - apa saja perlakuan kita akan effect pada 162 orang lain. Hoh ramai tak ramai tu kan!


 Saya dalam dilema sekarang ni. Ah Zety ko memang dalam dilema sokmo! Ekekeke.


Seriously, saya dalam dilema. Kalau ambil keputusan A, apa pula kata pihak kat sana. Kalau buat keputusan B, pihak sini kecik hati pula. Lagi susah kalau pihak sinun pun tak sokong kita. Argh. Poning palo makcik ni haa!


So, apa yang boleh dibuat? Kembalilah kepadaNya. Istikharah. Tanya padaNya. Mohon petunjukNya.


Nota ZZ: Sendiri tanya, sendiri jawab. Ahaks.


Monday, October 25

Beriang?

Petang semalam sedang saya melayan anak-anak makan nasi lemak air tangan ibu mertuaku, tiba-tiba terdengar suara SIL yang ke-2 menjerit depan pintu utama rumah.


"Aaaaaaa!!!! Buaya! Buaya! Biawak!"


Terkejut, saya dan anak-anak terus berlari ke depan. Mak ai!!!! Kitorang ternampak binatang ni.


Aaaa!!! Biawak!!!!


Besar gila hokeh! Memang macam buaya. Tak pernah seumur hidup nampak biawak besar tu. Patutlah SIL menjerit!


Biawak tu lalu betul-betul depan pintu rumah. Argh. Dah la darah menitis-nitis. Rupa-rupanya mulut dia terluka.


Terkejut agaknya dengar SIL menjerit, biawak tu berlari ke celah-celah pasu MIL. Nak cuba keluar ikut pagar. Tapi sudahnya dia tersekat. Mulut tersangkut kat lain, tangan tersangkut kat lain. 


Memandangkan bukan calang-calang besar saiznya, SIL pun telefon le 999. Orang tu kata, jangan usik biawak tu. Tunggu sampai orang datang.


Dalam 15 minit menunggu (lama gila rasanya), orang dari Pertahanan Awam pun sampai. Pelik jugak. Kenapa bukan bomba ek? Bukan biasanya benda-benda melibatkan binatang ni bomba yang punya kerja ke? Ke kerja-kerja menangkap binatang ni dah jadi tugas pertahanan awam pulak? Haku ke yang tak tau? 


Masa nak tangkap biawak tu, dia melawan okeh. Siap nak panjat pagar tu. Tapi tak lepas. Sudahnya dia lari ke longkang besar tepi rumah MIL. Masa dia bergerak-gerak tu saya dah lari masuk dalam rumah sambil dukung Irma. Huwaa takut lah! Geli pun ye!


Lepas dia lari ke longkang, dia tersangkut kat dalam longkang tu. Bayangkan punyalah lebar badan dia. Bila dah tersangkut, orang pertahanan awam tu pun tangkap la dia. Sorang pijak ekor, sorang pijak kepala, 2 orang ikat kaki tangan dia. Yang kelakarnya, kaki tangan ikat ke belakang. Dah macam tangkap penjenayah pulak. Tangan dia ada la besar-besar tangan Imran. Kuku mak aiii panjangnya!


Yang kelakarnya jugak, petugas tu terpijak taik kucing yang ada kat tepi longkang tu. Lepas tu dia pijak pulak kepala biawak tu. Hehe. Patut le diam je biawak tu. Pengsan agaknya terbau taik kucing. Hahaha.


Dah dapat tangkap, diorang angkut le biawak tu. Dia pegang ekor julang ke atas. Er dapat bayangkan tak? Pandai2 lah bayangkan ek. 


Bila dia buat macam tu memang terserlah ok panjangnya. Mak rasa dalam 1.5 meter kot. Panjang kan? Memang geli lah bila tengok.


Petugas pertahanan awam tu kata, binatang ni namanya beriang ria. Spesis biawak jugak le. Beriang ni tak kacau orang, tapi kalau ada yang kacau dia, memang dia lawan balik. Dan ganas. 


Diorang pernah tangkap beriang ni kat tempat lain, saiznya 3 kali ganda dari yang kat rumah MIL ni. Mak aiii! Besarnya! masa nak tangkap tu, dia tengah makan anjing. Imagine that! Orang ramai ingat memang buaya lah kan. Rupanya biawak. Eiii!


Pagi ni saya google dan rasanya boleh lah buat kesimpulan yang beriang yang dimaksudkan tu dikenali jugak dengan nama 'biawak air'. Eh tapi kulit dia cantik juga tau. Macam kulit ular. Bukan macam biawak biasa-biasa yang kita tengok tu. 


Sebagai penutup, mari kita akhiri dengan menyebut 'Buaya Biawak' sebanyak 15 kali dengan kadar yang laju :)




Friday, October 22

Insha Allah

Lagu ini betul-betul beri semangat kepada saya yang tengah dalam mode 'jiwa kacau' nih.

Insha Allah by Maher Zain

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That you're so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never lose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x2
Insha Allah you’ll find your way
Insha Allah x2
Insha Allah you’ll find your way

Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that it's way too late
You’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never lose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x2
Insha Allah you’ll find your way
Insha Allah x2
Insha Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one can show me the way,
Show me the way x2
Insha Allah x2
Insha Allah we’ll find the way


Berjejeran air mata saya masa dengar lagu ni. Ya, jangan sesekali putus harapan padaNya. Dia sentiasa dekat dengan kita. Kita ni je yang selalu lupa, menjauhkan diri dari Dia.


Apa Yang Saya Rasa, Saya Tidak Mampu Luahkannya...

Saya memerlukan ruang untuk meluahkan apa yang saya rasa saat ini. Walaupun adanya blog ini sebagai medium nya, saya rasa amat tidak sesuai untuk saya hamburkan segala kegelisahan saya di sini.


Buntu dan resah. Saya tak tahu apa yang patut saya buat sekarang.


Orang suruh saya bersabar. Ya saya cuba. Tapi dengan hanya bersabar tanpa apa-apa ikhtiar segala kegelisahan saya ini tidak mampu dipadamkan.


Tuhan, kuatkanlah hati hambaMu ini.


Thursday, October 21

Jem dan Roti

Pagi ni saya agak lewat sampai ke ofis. Biasanya dalam 7.45 pagi saya dah punch card. Tapi hari ni pukul 8.15 pagi saya sedang terhegeh-hegeh parking kereta.


Jem makin menjadi-jadi pulak rasanya sejak akhir-akhir ni.


Kat area rumah saya aje dah start jem sebab tengah ada satu petrol pump dalam pembinaan. Habis satu lane kiri tu ditutupnya.




Dah lama tak jem kat tol Metramac tu. Tup-tup hari ni pulak jem macam hapa. Betul-betul lepas palang tol tu dah start jem. Penat makcik main clutch!


Hopefully petang ni idak le jem sangat. Penat lah!



Wednesday, October 20

Hutang

Topik pagi ni kat radio ialah hutang. Kenapa berhutang, apa puncanya? Saya sekadar sempat dengar komen pemanggil pertama je.


Rasanya zaman sekarang ni memang tak boleh nak elak daripada berhutang, especially rumah dan kereta. Itu memang dah keperluan lah kan. Tapi tang hutang-hutang lain tu, memang banyak lah yang kita kena fikirkan sebelum berhutang. Keperluan ke kehendak?


Kenapa hidup kita end up dengan berhutang keliling pinggang? Banyak sebab kot. Ni antara yang saya boleh fikirkan, berdasarkan pengalaman diri sendiri dan orang lain.


Credit Card (CC)

Credit card senang benau nak dapat. Gaji dalam RM1500 sebulan dah boleh sambar satu CC. Mula-mula memanglah berjanji kat diri sendiri - oh guna CC ni untuk isi petrol je; time emergency gila babeng barulah guna; lepas swipe CC nanti aku terus bayar balik etc. Macam-macam lah tabur janji kat diri sendiri kan.

Taaapiii, bila sekali dah swipe CC, rasa syok pulak kan. Beli pulak macam-macam. Beli baju lah, handbag lah, TV lah. Kalau mampu bayar balik takpelah jugak. Ni asyik-asyik buat minimum payment je setiap bulan. Interest bukannya makin berkurang. Mula-mula bayar RM50 je setiap bulan. Lepas tu swipe lagi dan lagi dan lagi. Elok-elok minimum payment RM50, terus jadi RM500 sebulan. Hoh.


Personal Loan

Bila hutang CC dah makin mencanak naik, mulalah menggagau cari duit sana sini. End up buat personal loan bayar hutang CC. Bagus sebenarnya ambil langkah gitu. Ye lah, interest personal loan jauh lebih rendah daripada interest CC kan. Yang TAK bagusnya, jumlah personal loan yang diambil jauh lebih tinggi dari jumlah hutang CC. Kononnya nak guna untuk benda lain jugak. Lepas tu, hutang CC tu TAK HABIS bayar pun. Katakan total hutang CC RM5000, tapi bayar RM3000 je. Lagi RM2000 apo cito? Duit personal loan pulak habis diguna untuk benda lain.

Sudahnya kena tanggung 2 jenis hutang dengan 2 interest yang berbeza. Ah sudah. Naya, naya. Interest untuk CC masih lagi kena caj. Personal loan tetap kena bayar. Ibarat gali lubang tutup lubang. Tapi lubang yang ditutup tak habis kambus. Tutup separuh je.


Kereta

Beli kereta nak yang besar. Nak yang laju. Nak yang bila lalu depan orang lain, orang lain kata, "fuyoh dasat la lu pakai kereta nih!"

Oh pembelian kereta ni kadang kala akibat pengaruh/tekanan orang lain jugak. Family suruh beli kereta A, padahal kita cuma mampu beli kereta B.

Ataupun, kawan-kawan yang seangkatan dengan kita pakai kereta mahal, kita pun nak pakai kereta mahal. Tak main lah kereta Kancil/Viva. Entah kawan kita tu gaji memang besar, ataupun dia sendiri menanggung hutang dek kerana nak pakai kereta besar kan.

Bila tak mampu bayar, kereta pun kena tarik. Bila kereta kena tarik, kenalah bayar hutang tertangguh tu. Mana pulak nak korek duit untuk loan kereta yang 3-4 bulan tu kan? Bukannya sikit. Ah sudahnya pinjam duit FAMA, takpun keluarkan cash advance CC. Takpe lepas ni amik lagi personal loan. 

Dan roda pun berpusing.


Rumah
Rumah merupakan salah satu bentuk pelaburan yang baik, bukan saja berbentuk pendapatan (sewa/jual), tapi juga pelaburan untuk kita satu family hidup dengan lebih sempurna. Loan rumah memang sesuatu yang tak dapat dielakkan. Bezanya, mampu atau tidak kita nak bayar bulan-bulan tu? 
Tang beli rumah, macam beli kereta jugak lah. Kadang-kadang dek tekanan/pengaruh family/kawan-kawan, kita pun belilah rumah. Rumah yang sebenarnya masih belum layak untuk kita. Sudahnya bayaran bulanan jadi tinggi, kita pun menggigit jari.

Again, bila loan yang pending tu makin bertambah, interest pun bertambah, mulalah cuak korek duit sana sini. 

Roda pun berpusing lagi untuk kesekian kali.


Lifestyle

Pengaruh orang keliling ni kuat tau. Jangan kata orang yang depan mata kita kat ofis, pengaruh rakan-rakan blogger pun sama kuat jugak.

Memang syok je rasa tengok orang tu pakai handbag ni, kasut tu. Semuanya mahal-mahal NM. Sesekali terfikir, eh aku pun nak beli yang ni jugak lah. Maka mari kita swipe CC. Oh hutang hari tu masih berbaki RM2000, ni swipe lagi. Harga? Hmm... no comment. Bukan keperluan pulak tu. 

Anak orang lain pakai diaper Mamipoko, anak kita pun WAJIB pakai diapers yang sama. Baru stended maaa.... Anak orang lain baju lagi mahal dari baju kita ni, anak kita pun tak boleh kalah! Kena pakai baju mahal jugak. Huu...

Hutang CC bertambah, selaras dengan cara kita memenuhi kehendak hati. 

Dan roda pun berpusing lagi dan lagi dan lagi.


Ini aje lah yang dapat saya fikirkan buat masa ni. Apa pendapat korang? Ada apa-apa lagi yang patut ditambah?


Oh apa yang saya bebelkan ni semua berdasarkan pengalaman saya dan pemerhatian saya saja ye. Kot karang ada pulak yang terasa ke apa kan, ku mohon maaf awal-awal dulu :)


Tetiba rasa stress pulak bercakap pasal hutang ni. Hahaha.
 


Friday, October 15

5S

Hari Isnin ni ada Audit 5S. Saya pulak takde kat ofis masa tu sebab kena attend kursus ICT. Maka hari ni baru nak terkedek-kedek mengemas bilik.

 





Seperti biasa, 5S akan menjadi 6S - 


































































































Sorok!!!~~~


Hahahaha.


Shhh... jangan bising-bising. Nanti auditor 5S tahu, habis la markah 5S ofis saya. Hihi.



Happy Birthday

to me. Alhamdulillah, hari ni genap 29 tahun umur aku. Tiada apa-apa sambutan. Dan aku tak mengharapkan apa-apa hadiah walaupun orang kat ofis awal-awal lagi dah bagi :) .


Happy? Ya, happy. Bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. 


Tapi masih baaaaaanyaakkkk lagi impian dan harapan yang masih belum tercapai. Perjalanan masih jauh. Dan perjuangan masih belum selesai.


Semoga dipermudahkan segala urusan olehNya. Amin.


Happy Birtday, Zety.




Mukabuku Yang Mengurangkan Rasa Gundah Gulana

Thanks to Facebook, hari yang rasa suam-suam kuku ni menceriakan hati dan hari aku.



Tuesday, October 12

Kena Usik Dengan H.A.N.T.U???

Rumah yang lama ditinggalkan menjadi tempat persinggahan makhluk lain yang tak dapat dilihat oleh mata kasar kita. Betul tak?


En Abah sekarang tinggal di kuarters yang disediakan kat Jelebu sana. Ikut maklumat yang diberi, memang dah lama unit kuarters En Abah tu tak berpenghuni.


Baru seminggu lebih En Abah dan rakan sekerjanya tinggal sana. Tapi kerap jugak diusik. Kawan En Abah, sepanjang tinggal di sana, tiap-tiap malam akan terjaga pukul 3 pagi without fail. Dan kawannya terdengar macam-macam bunyi. Bunyi kat bilik air la, bunyi starter lampu rosak la (padahal lampu tutup). Macam-macam lagi.


En Abah pulak, malam tadi terjaga pukul 3 pagi. Lepas tu, dia terdengar suara perempuan berbisik di telinga panggil nama En Abah. Huuuu.


Malam tadi pulak, Irma bersungguh-sungguh taknak tidur dengan saya. Nak tidur dengan nenek. Bila saya tanya kenapa, dia kata ada hantu kat sebelah dia. Hish. Ngeri okeh. Bila saya convince kan dia, bagitau takde hantu, dia diam. Lepas tu dia baring mengiring membelakangkan saya, dia asyik bisik, "hantu... hantu..."


Ayoyo!


Lepas bacakan ayat Kursi, Alhamdulillah Irma pun lena.


Pasal En Abah pulak, kisahnya belakang kuarters En Abah tu ada rumah mayat. Tingkat 2 memang 'berpenghuni'. Dah berapa ramai orang keluar masuk rumah kat tingkat 2 tu. En Abah pulak tinggal kat tingkat 3. Agaknya benda tu saja la mengusik gamaknya.


Saya pernah diberitahu seseorang, sebenarnya di dunia ghaib sana, di mana wujudnya syaitan, iblis, jin dan hantu ni, hantu atau momok yang selalu mengusik manusia ni bolehlah diibaratkan seperti anjing di dunia nyata. Diorang ni memang ada yang dibela. Yang terbiar pulak berkeliaran. Yelah, macam anjing lah kan. Boleh disuruh-suruh serta setia kepada tuannya. Kemudian suka pulak berkeliaran mengganggu orang. Ha, gitulah lebih kurang. 


Betul ke tidak, Wallahualam.


Nota ZZ: Kata En Abah, sekarang ni macam pesta hantu pulak. Sana sini kena usik. Kata saya, memanglah diorang tengah berpesta, baru sebulan terlepas penjara (Ramadhan). Kita ni pulak sibuk nak sambut kepulangan diorang. Asyik cerita pasal diorang je kat TV. Tetiap malam cerita hantu. Dan mungkin jugak diorang ni tengah warm up nak berpesta Halloween gamaknya. Hehe.


Monday, October 11

Tensi

Kalau dah ambik nombor tu, boleh tak tunggu je giliran korang? Kenapa kena potong line orang lain ek? Ingat korang je yang penat menunggu, orang lain tak penat ke? Cramp vontot makcik tau dak.


Hish.


Geram betul dengan kerenah sesetengah orang kat bank ni. Masa lunch hour tadi berlari le kejap kat institusi kewangan tempat orang menyimpan duit nak gi haji tu. Masa saya masuk, nombor dalam 190++. Nombor saya 268. Melihatkan pada tahap efficiency 3 kaunter masa tu, nampak macam ok. Sempatlah selesaikan urusan sebelum habis lunch hour.


Saya assume ramai gila orang kat situ mungkin kerana musim haji dah tiba. Ramai orang nak masuk dan keluarkan duit. Agaknyalah. 


Masa duduk menunggu giliran, macam-macam pe'el yang saya nampak. Kebanyakan orang bila tengok giliran dia macam lambat je lagi, diorang ni keluar le kejap pi makan ke, shopping ke. Tak kisahlah tu urusan masing-masing. Tapi pepandai le bajet masa. Kalau rasa macam dah terlajak leka bershopping kat Kompleks PKNS tu, nombor giliran dah jauhhhh terlepas, ambiklah nombor baru. Kalau takat terlepas 2-3 nombor, masih boleh dimaafkan lagik. Ini time tu dah nombor 240++, nombor awak 200++, habih camno?


Pegawai kat situ memang baik hati. Dia bagi je orang yang terlepas nombor ni teruskan urusan diorang. Orang yang kurang sabar macam saya ni la yang gerammm je nengokkan diorang.


Lagi satu, yang nak update buku ni. Memanglah boleh je nak terus pi kat kaunter mintak pegawai tu update kan buku. Bukannya lama pun. Tapi, bila dah sampai berpuluh orang buat macam tu, jadi agak terganggu jugak lah perjalanan urusan orang lain. Yelah, awak tak beratur, awak mencelah masa orang lain punya giliran. Kalau tak lama pun, tetap jugak tergendala kejap urusan orang tu walaupun makan masa cuma 2-3 minit kan.


Kalau tengok macam ramai je orang yang tengah tunggu giliran, tunggu le nanti-nanti baru update buku. Aci tak gitu? Tak pun, saya suggest kan supaya institusi kewangan tu sediakan satu kaunter yang khas untuk update buku ni. Kaunter lain bolayan. Takpun sediakan mesin untuk update buku tu ha lagi senang. 


Oh ye. Lagi satu pleaselah sediakan kaunter khidmat pelanggan. Ye lah, ramai pelanggan diorang ni kebanyakannya dah berumur. Warga emas pun ramai. Ramai yang tak berapa tahu nak isi borang. Atau mungkin jugak tak berapa nampak tulisan kat borang tu. Nak menulis pun ambil masa. Menggigil-gigil tangan saya tengok. Kesian kat diorang. Sudahnya diorang mintak tolong pegawai kat kaunter yang isikan borang. Ambik masa lagi. Kan ke melambatkan proses urusan diorang dan orang lain.


Kalau ada kaunter khidmat pelanggan tu, kaunter yang khas untuk warga emas yang memerlukan pertolongan untuk isi borang ke apa ke, cepatle sikit urusan kat kaunter lain kan. Ha takpun sediakan kaunter ekspres untuk warga emas lagi bagus. 


Oh cakap pasal warga emas ni. Tadi ada la sorang pakcik tu, buku bank dia dah hilang. Lepas tu dia nak keluarkan duit. Bla bla bla urusan dia pun selesai. Oh dia potong q ye. Masa dia nak keluar tu dah pukul 2 petang. Dia pun cakap kat semua orang yang ada dalam tu, "Sembahyang Zohor dulu. Zohor jangan dibelakangkan. Lepas tu zikir." Hok aloh. Nak je kata, sebab pakcik le saya lambat nak Zohor ni. Kehkehkeh. Kejam tak?


Lepas dia dah bebel bebel tu, dia kata lagi, "Aku ni cakap je orang. Aku pun tak sembahyang.  Buat apa sembahyang? Bla bla bla...." Hoh??? Saya saspek pakcik tu ada 'masalah dalaman' sikit kot.


Hah lagi satu pasal menyalahguna kuasa. Ohh mentang-mentang le ko kenal pakgad kat situ, ko takyah amik nombor ye. Ko terus je mintak tolong pakgad suruh bagi borang dangan buku ko kat kaunter ye. Hampes le ko nih. Ko dah la muda lagi. Nak tunggu giliran pun payah ke??? Hinsh hinsh hinsh. Geram mak okeh.


Dua jam kat sana, macam macam hal yang jadi depan mata. Fuh. Kalaulah saya kerja sebagai orang yang kat kaunter tu, harus mereng otak saya nak melayan 1001 kerenah orang. Tabik betul lah kat diorang.


Heh banyak pulak bebel ZZ ni ye.


Bebelan ni apply kat institusi kewangan yang kat Kompleks PKNS ni je la. Tempat lain saya tak sure ok ke tak ok ke.


Sebenarnya saya tengah stress sebab lama sangat ambik masa kat sana tadi. Maka singgah sebentar di McD untuk membeli Milo McFlurry untuk menyejukkan hati yang panas. Kehkehkeh. Eh tapi tak suka la McFlurry sekarang. Kecik!


Senyum!

Suka lagu ni. Rasa sungguh sweet :)


Layann...


Senyum senyum senyum
Senyum senyum


Verse
Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit


Chorus
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa


Akhirnya sempurna tiga album pertama
Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama
Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka
Kalau habis abjad aku rap dengan angka
Satu dua tiga anugerah diterima
Oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua
Tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza
Ditertawakan oleh anakku Inca Medina


Oh Inca Medina orang secantik nama
Cantik luar cantik dalam cantik macam mama
Hati macam grandmanya anginnya macam papa
Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana
Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
Nyanyi balik lagu ayat lama ayat mama
Wanita hari ini jaga sensitiviti
Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini


Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit


Ulang Verse
Ulang Chorus


Ay buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan
Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan
Aku bukan rupawan aku bukan jutawan
Tapi aku punya satu senyuman yang menawan
Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
Dengar kata hati perasaan jangan dilawan
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan


Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
Apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan
Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan
Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian


Tu boleh pun senyum cantiknya gigi
Sepuluh markah penuh seharusnya ku beri
Wanita hari ini harus pepandai puji
Kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini


Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit


Ulang Verse
Ulang Chorus
Ulang Verse


Friday, October 8

Hati di Pagi Jumaat

Hati sedang kerisauan.


Tak tenang nak buat kerja.


Harap-harap semuanya ok.


Thursday, October 7

Lelaki Mengemas Rumah?

On the way pergi kerja pagi tadi, dengar hot chat kat radio. Topiknya pasal lelaki yang suka membantu isteri/keluarga di rumah. Kiranya kategori yang ringan tulang lah kan.


Lain orang of course mempunyai pendapat/pengalaman yang berbeza. As for me, syukur Alhamdulillah sebab dikurniakan seorang suami yang rajin walaupun rajinnya bermusim ahaks. Ni cerita masa duduk Shah Alam dululah kan. Sekarang menumpang kasih kat Cheras so lain cerita lah.


Bab vakum rumah, mengemop lantai, mengemas ruang tamu memang En Abah yang buat. Kadang tu sampai vakum sofa sekali. Ehehe. Memasak pun kadang-kadang En Abah tolong. Tak pun sekadar jadi QC. Okey apa. 


Bab menjemur baju pun dia selalu tolong. Cuma melipat aje diserahkan kat saya sampai menggunung baju bersih dalam bakul :P. Oh dan jugak menggosok baju. Itu tugas saya. Sebab dah beberapa kali jadi kes baju berlubang bila En Abah pegang seterika. Ekekeke.


Terima kasih En Abah.


Saya rasa naluri menguruskan rumahtangga tu sebenarnya wujud nun jauhhh dalam lubuk hati lelaki. Ecewah. Ye lah. Sebab memang dah tugas dia kan sebenarnya. Tugas isteri menjaga dan melayan suami dan anak-anak. Correct me if I'm wrong.


Apa pun, saya rasa toleransi ialah kuncinya. Kalau isteri yang buat semua kerja sedang si suami lepak tengok TV je, kesian la kat isteri tu kan. Tolong le sikit-sikit. Ini bukan hanya untuk isteri yang bekerja je. Yang jadi surirumah pun haruslah dibantu. Apa, ingat duduk rumah sepanjang hari tu buat taik mata je ke? 


Si isteri pun, kalau dapat suami yang ringan tulang, jangan le biar dia buat kerja sorang-sorang. Oohhh mentang-mentang le si suami rajin, takkan le isteri duduk goyang kaki layan sinetron je kan. Betul tak?


Lelaki Pun Boleh Kena Rogol Tau

Pelik betul dengan dunia zaman sekarang ni. Jangan ingat perempuan je yang kena rogol. Lelaki pun kena tau. Tak caya? Meh baca kat bawah ni.
Sumber dari Kosmo!


HARARE - Seorang lelaki Zimbabwe mendakwa sekumpulan tiga wanita menculik, memberinya dadah sebelum merogolnya dalam kejadian serangan seks ke atas lelaki yang berlaku buat kali kelima dalam tempoh setahun, kata seorang jurucakap polis semalam.


Lelaki berumur 26 tahun itu memberitahu polis dia ditawarkan untuk menumpang kenderaan yang dinaiki wanita berkenaan di bandar Bulawayo selatan Zimbabwe.


Namun, lelaki itu kemudian tidak sedarkan diri apabila tubuhnya ditolak ke belakang manakala kepalanya ditutup dengan pakaian semasa berada di dalam kenderaan tersebut.


Dia mendakwa tidak sedarkan diri selepas diberikan sejenis bahan yang rasanya seperti alkohol.


"Selepas dia terjaga, lelaki itu berada dalam keadaan bogel dan wanita-wanita itu merogolnya bergilir-gilir dan menderanya," kata jurucakap polis itu, Wayne Bvudzijena.


Lelaki itu memberitahu polis, dia tidak sedarkan diri selepas serangan itu tetapi kumpulan wanita tersebut kemudian bertindak meninggalkannya.


"Wanita-wanita itu mengambil wang sebanyak AS$300 (RM929.25) dan telefon bimbit," kata jurucakap polis tersebut.


Kejadian yang berlaku pada Jumaat itu merupakan serangan kali yang kelima dilaporkan pernah berlaku di beberapa tempat di negara ini melibatkan sekumpulan wanita pelbagai saiz badan.


"Ia mungkin satu kumpulan atau lebih yang melakukan kejadian itu. Dalam semua kes, si mangsa tidak sedarkan diri dan mereka diberikan dadah supaya berasa pening," kata jurucakap tersebut.


Serangan seks yang dilakukan oleh sekumpulan wanita ke atas seorang lelaki dilaporkan buat kali pertama pada November tahun lalu.


Menurut akhbar Herald, dalam serangan itu, tiga wanita menculik seorang lelaki berumur 18 tahun.


Pada Februari lalu, empat wanita memaksa seorang lelaki berumur 25 tahun untuk melakukan hubungan seks dengan mereka.


Bulan lalu, seorang lelaki berumur 44 tahun yang dipaksa memakai kondom menjadi mangsa rogol dua wanita.


Seramai tiga wanita turut merogol seorang lelaki berumur 30 tahun yang telah diberikan dadah.


Berdasarkan undang-undang Zimbabwe, dakwaan merogol hanya dikenakan terhadap lelaki. - AFP


Bila baca, rasa macam lawak ada, pelik pun ada. Kalau perempuan kena rogol tu, ye lah mungkin hilang dara ke, atau ada kesan koyak kat area 'situ' ke kan. Tapi kalau lelaki, macamana nak check eh? 


Monday, October 4

Saya Bukannya Sombong, Saya Cuma....

... tak dapat akses nak masuk ke FB. Huwaa!!


Mintak ampun kepada sesiapa yang ada PM saya (wah macamlah ramai kan. mati la perasan! :P), atau yang cuba bertegur sapa. Ampun ampun ampun.


Lagipun, raya kan sebulan (eh tetiba je)...


TOPSYTURVYMUM FIRST LUCKY DRAW!

*STICKY NOTE *

Waduh waduh kok hadiahnya lumayan sekali pastinya aku mau join! :)
*
*
*
*
*

Yieeehaaaa...*sambil lompat keluar*

Berita gumbira untuk andaaa!! *Kalau tak gumbira pun buat2 je la gumbira ye..macam la tak biasa kannn :D*

TTM korang ni dah sampai seru nak buat LUCKY DRAW kat Dapur Malus Domestica hari ini.

Semua yang layak  memenuhi syarat2 di jemput untuk menyertai LUCKY DRAW ini.*haku  ni kalau bab bagi ayat formal memang lemah*




TOPSYTURVYMUM FIRST LUCKY DRAW!


INI HADIAHNYERR..

TENG TENG TENG!



16 Pc Dinner Set
Click on above image to view full picture

16 Pc Dinner Set

Product Information

4 Dinner Plates, 4 Bread & Butter Plates, 4 Soup / Cereal Bowls, 4 Stoneware Mugs

Additional Information

Item Code
1065856
Weight
4,275g
Category
Dinnerware
Pattern
Geometric

Product Descri

ption

Corelle Dinnerware range is break, chip, scratch and stain resistant. Its made from a unique material called Vitrelle which compresses two layers of different glass compositions, so it's incredibly tough. It's microwave. Dishwasher and oven safe.




Syarat-syarat penyertaan:

1. Anda adalah seorang blogger. (InshaAllah lain kali aku buat lucky draw utk blogger dan reader pulak ye)

2. Beralamat/mempunyai alamat di Malaysia.(Bermakna yang berada di luar negara juga boleh menyertai kalau ada alamat di Malaysia.) 

3. Penyertaan mesti dibuat di dalam bentuk entry secara STICKY POST di blog anda. Caranya, copy je la entry ni.(1 blog cuma layak masuk satu penyertaan sahaja.)

4. Setelah siap buat entry, sila hantar link penyertaan anda di ruangan komen entry ini. (Nanti aku masukkan link blog anda kat entry ni)

5. Tarikh tutupnya adalah bila-bila masa sahaja dalam minggu ni(Sebelum Isnin depan 04/10/2010). Aku akan buat entry kalau dah tutup. Bila dah tutup, maka boleh hilangkan sticky post tu.

6. Pemenang akan dipilih DI SINI.





TUAH AYAM NAMPAK DI KAKI
TUAH ANDA SIAPA YANG TAHU

*tak koser feeling2 cam abg karam hahaha*






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!